Apabila Isteri Jadi Seorang Ibu, Berakhirlah Masa Tidur Yang Sempurna. Dunia, Impian & Cita-Cita Hanya Untuk Suami & Anak-Anak

Share

Isteri itu dijadikan dari tulang rusuk dari bahagian tepi. Dekat di lengan untuk dilindungi, dekat di dada untuk disayangi dan dekat di hati untuk dicintai.

Pengorbanan isteri bukan hanya melahirkan dan membesarkan anak, tapi  lebih daripada itu. Semuanya dilakukan demi keluarga tercinta.

Justeru, sebagai suami bukan sahaja kena menghargai  isteri, bahkan juga ibu anda kerana mereka ini adalah wanita terhebat yang dilahirkan dan melahirkan anda agar menjadi insan berjaya. Hadamkan perkongsian dari saudara Mizan Dzai ini.


KITA LELAKI BANG.

Baru ini aku berkesempatan singgah ke Mahkamah Syariah menemani saudara perempuan aku menyelesaikan hal rumahtangganya.

Kasihan, sedih dan marah yang bercampur baur bila aku tahu kes sebenar saudara perempuan aku ni. Pasangan lelakinya pula tak hadir sedangkan saman telah pun pihak lelaki terima.

Cukup melambat dan menyusahkan urusan bicara serta penyelesian antara mereka.

Sepanjang tempoh perkahwinan tidak bekerja, memukul dan memaki, ditanggung serba serbi oleh isteri, ditangkap atas kes dadah dan bermacam hal lagi.

Itu pun masih tak reti bersyukur.

Peluang demi peluang telah diberi, hinggakan keluarga pihak perempuan langsung tidak tahu menahu, cukup tabah bagi seorang isteri merahsiakan perkara sebegini dari pengetahuan keluarga sendiri.

Seolah-olah taklik perkahwinan yang kau sebagai suami lafaz sebelum ini bagai angin yang berlalu pergi.

Sepertinya kita yang lelaki dan suami ini lupa janji pada mertua, lupa janji pada isteri dulu dan paling mengecewakan, lupa janji pada orang tua kita sendiri yang siang malam mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kita sebagai anak.

Aku ni lelaki, kau orang pun lelaki. Kita ni memang Tuhan ciptakan fitrahnya tertarik pada benda yang cantik, kebendaan, duit, wanita yang cantik, juga pada rumah dan kereta yang cantik.

Nafsu kita besar, kau orang pun faham.

Kalau nak lawan fitrah, kita akan jadi geng kunyit yang dilaknat oleh Allah. Nak buat macam mana? Cuma, kita ni dikurniakan akal dan tanggungjawab sebagai seorang lelaki, suami dan bapa.

Sebelum kahwin kau memang akan menilai bakal pasangan dari segi luaran, penampilan, paras rupa dll. Tapi bila dah sebantal esok, kau akan lalui fasa dimana pasangan tahu busuk mana mulut kau bila bangun pagi, hebat mana bunyi dan haruman kentut kau.

Tak ada benda yang kekal kat dunia ni, Allah dah beritahu. Takkan ada, lebih-lebih lagi kesenangan, kesusahan dan paras rupa. Tak campur kecing atau berak lupa nak flush. Belum cerita spender dan stokin campak merata.

Inikan pula duit motor dan duit rokok pun isteri yang bagi. Allah, apa gunanya hidup jadi lelaki? Tak malu ke?

Kau ada cara kau enjoy, aku ada cara aku enjoy. Takat karaoke, tak salah, tak berdosa pun. Yang salahnya bila kau dok menghidap benda yang bukan-bukan, usung perempuan ke hulu hilir masa bini kau tengah berpantang, masa sedang membaik pulih tenaga dan luka meneran keluarkan zuriat benih cinta demi perkahwinan kau.

Isteri dalam pantang sepatutnya kau jaga 24 jam. Emosi, keperluan dan semangat untuknya. Tak tengok isteri bersalin dalam labour room ke? Tak rasa bertambah sayang pada isteri ke lepas anak kau keluar?

Janganlah sampai sanggup cederakan isteri sendiri demi perempuan lain yang belum gelebeh perutnya bawa zuriat kau. Bacul kau pukul isteri sebab perempuan lain. Dayus kau pukul isteri jika isteri tak ikut kata kau yang menyuruh buat benda yang bukan-bukan.

Kalau jadi depan mata aku, aku mesti join. Mesti.

Perempuan bawa perut ni penat bang. Sangat penat, dengan alahannya lagi. Macam Eleena, aku baru keluar toilet lepas mandi dikatanya aku bau ikan kering, belum sakit pinggang lagi, itu belum asik keluar masuk toilet.

Sampai ada perempuan yang terkencing dalam seluar sebab baby dok tekan-tekan pundi diorang, tak boleh control langsung. Kekadang sampai menangis sebab letih. Kita yang lelaki ni paling letih, paling kuat pun tertidur.

Tolonglah kita lelaki ni jangan jadi jantan keparat yang sebelum kahwin hari-hari panggil sayang, lepas kahwin penumbuk yang melayang. Kau tengok Ayah Rani Kulup, muka punyalah ganas tapi sayang kat bini dia kau tahu?

Sebab tu suka aku pesan, kurangkan melepak kurangkan enjoy, apa kau dapat kalau asik nak enjoy je? Member cabar, member hasut, macam-macam jadi nanti. Kalau tak ada urusan penting, luangkan masa dengan anak isteri.

Ikut sangat cakap member, bukan dia yang doakan kau sepanjang hari. Kau susah nanti isteri juga disebelah.

Apa yang kau dapat ikut sangat apa member cakap, apa member buat? Bangang ke tak boleh fikir?

 

Dah kahwin buat cara dah kahwin. Hargailah isteri kita yang bertarung nyawa melahirkan anak-anak, cuba tenung wajah isteri di saat isteri sedang tidur, tak rasa sayang dan kesian ke? Bila kau curang tak rasa serba salah ke?

Jaga-jaga bang, bila kau rasa dah bosan dengan isteri, beratus lagi lelaki lain yang teringin atau nak menggantikan tempat kau. Sentiasa akan ada yang sanggup. Masa tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah.

Isteri yang dalam berpantang ni, sakitnya tak hilang lagi. Eleena sampai sekarang tak boleh genggam tangan sekuat dulu. Sekali isteri kau jadi seorang ibu, berakhirlah masa tidur dia yang sempurna. Dunia, impian dan cita-cita dia hanya untuk kau dan anak-anak.

 

Takkan kau sanggup keluar karaoke dengan perempuan lain sambil berpegangan tangan? Habis semua lelaki handsome macam aku kena cop Playboy, aku kalau nak pergi karaoke lepas ni pun line dah tak clear.

Tolonglah ingat, ingat, ingat. Lelaki dilahirkan untuk berkorban dan berjuang, bukan asik mengangkang. Kalau tak bersedia, tak puas lagi enjoy main game sampai tak nak kerja, yang kau kahwin tu pasal apa?

Perkahwinan ni saling melengkapi, bukannya mementingkan diri sendiri.

Kita yang jantan ni asik nak mengikut Sunnah atau perbuatan Nabi kalau bab kahwin lagi atau bab perempuan, tapi ada tak ikut perbuatan Nabi Muhammad sendiri yang tak pernah memukul kaum wanita?

(HR Ibnu Majah)

Isteri itu dijadikan dari tulang rusuk dari bahagian tepi. Dekat di lengan untuk dilindungi, dekat di dada untuk disayangi dan dekat di hati untuk dicintai.

Ubahlah.

Aku pun ada 2 anak lelaki, aku tak tahu bagaimana masa depan mereka nanti tetapi kita sebagai lelaki jadilah pemimpin dan ketua keluarga yang bertanggungjawab serta pandai bersyukur.

In shaa Allah.

Untuk tidak terlepas atau inginkan lebih Tips Premier tentang Seni Kehidupan, Perkahwinan dan Perniagaan boleh sertai Telegram Channel : https://t.me/TipsPremierMizanDzai