“Apabila Diajak Berjemaah, Adam Asyik Nak Jadi Imam”. Ibu Dedah Rahsia Setelah Viral Video Anaknya Usia Tiga Tahun Pandai Solat

Share

Sebak apabila melihat adik kecil usianya baru tiga tahun tetapi bacaan solatnya jelas dan yakin. Mana mungkin anak seawal usia begini yang boleh berbuat demikian penuh displin jika tanpa didikan asuhan yang baik daripada ibu bapanya. Sebagai ibu bapa tentunya kita inginkan mengetahui apakah tip pasangan suami isteri ini sehingga mampu mendidik anak yang masih kecil ini dengan amalan solat. Bak kata perpatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah yang diadapdatasikan oleh keluarga ini. Ikuti perkongsian ini . Moga kita muhasabah diri dan masih belum terlambat untuk kita memberikan yang terbaik buat anak-anak kita. Aminn

Berikut adalah video viral oleh puan Nurzuhaili Shamsudin yang terkini mendapat lebih 5 ribu share serta mendapat pujian  daripada netizen antaranya ada yang mendoakan anak ini bakal menjadi iman masjid dan didikan ibu bapa yang baik.

Apabila diajak berjemaah, Adam asyik nak jadi imam. Katanya, Papa baca laju. Adam tak sempat nak catch up ?

Jadi, apa yang kami buat, kami akan solat dahulu. Kemudian, Papa akan berpura-pura solat sekali lagi dengan Adam. Kali ni, Adam akan jadi imam.

Adam, Mama doakan Adam membesar menjadi pemimpin yang berilmu dan beriman.

Dalam pada itu, puan Nurzuhaili Shamsudin melahirkan rasa terkejut dengan tidak menyangka rakaman videonya itu mendapat perhatian ramai. Beberapa hari selepas itu, beliau memuat naik status perkongsian bagaimana beliau mendidik anaknya. 

Saya sangat terkejut apabila video Adam solat ni mendapat 1K share dan lebih daripada 30000 views. Komen daripada orang ramai menyatakan rasa syukur juga sangat banyak. Alhamdulillah. Ramai juga berharap untuk mendidik anak mereka agar menjadi seperti Adam suatu hari nanti.

Izinkan saya berkongsi sedikit cara saya mendidik anak-anak. Untuk makluman, saya hanya mempunyai 2 orang anak, seorang 7 tahun (Safiyya) dan seorang 3 tahun (Adam).

Sebagai ibu muda, saya banyak melakukan eksperimen semasa mendidik anak. Cuba sesuatu teknik, jika tak sesuai, saya akan ubah.
Untuk tanamkan minat membaca, setiap malam sebelum tidur, saya akan bacakan cerita kepada mereka. Kami juga selalu bermain kuiz, teka teki, membuat aktiviti ‘art’, mengemas rumah dan solat bersama-sama. Gadjet? Mereka dibenarkan bermain gadjet, tetapi bersyarat.

Sebagai ibu bekerja, masa bersama anak sangat terhad. Jadi, saya carikan guru yang bagus untuk mengajar mereka. Seawal 3 tahun, mereka telah ke tadika. Saya pilih tadika yang merangsang perkembangan anak-anak. Mereka belajar melalui bermain. Mereka belajar solat dan hafalan surah beramai-ramai. Mereka belajar adab dan bagaimana mengurus diri. Tadika SMG Bandar Utama, Sg. Petani 013-8656734/019-5144056 ialah tadika yang banyak membantu saya mendidik anak-anak.

Moga perkongsian ini menjadi pencetus untuk kita muhasabah diri mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Aminn

Sumber: Nurzuhaili Shamsudin