Umum mengetahui Johan dan isterinya, Ozlynn dilihat sering berkongsi kegembiraan mereka sekeluarga di media sosial.
Malah keluarga ini sering menjadi perhatian ramai apabila sering menjadikan anak-anak adalah keutamaan mereka dalam mencari rezeki.
Tular perbualan Johan mengenai doa anak tanpa hijab, membuatkan ramai kagum dengan cara Johan menghargai anaknya.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Menerusi akaun milik TikTok azhxrr.___ Johan dilihat ditanya mengenai rezekinya yang melimpah ruah, namun tenang dan rendah diri, pengacara popular ini menjawab bahawa ia adalah rezeki anak-anaknya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Ini semua rezek. Rezeki anak-anak yang sering mendoakan kejayaan ayahnya. Tak adil jika saya dapat gaji tak ada bahagikan untuk mereka.”
Johan menjelasnya bahawa orang dewasa ini doanya agak sukar dimakbulkan berbanding doa anak kecil yang tiada hijab doanya.
“Doa anak-anak ini tak ada hijab. Doanya terus diangkat. Setiap apa yang saya dapat adalah rezeki anak. Saya sebagai parents akan agihkan sahaja kepada anak di samping kegunaan saya.
Lagipun keperluan saya setiap bulan hanya main game je. Satu bulan satu beli vdc baru tu aje. Saya bukan nak beli handbag,” katanya sambil ketawa.
Ads
Nyata, sikapnya yang bersahaja itu sebenarnya dia adalah seorang suami dan ayah yang tahu mengenai tanggungjawab. Dia memahami konsep bahawa doa anak itu makbul tanpa hijab. Moga perkongsian ini menjadi inspirasi kepada kita untuk membahagiakan keuarga.
Tatkala empunya diri,Mira Filzah berkongsi berita diri sedang hamil, rata-rata peminatnya menitipkan doa serta ucapan tahniah.
Bahkan, rata-rata teruja dan tak sabar menantikan perkembangan diri pelakon dan juga hos terkenal ini.
Terbaru, isteri kesayangan Wan Emir Wan Astar mencuri tumpuan ramai, apabila memuatnaik gambar bersama suami ketika menghadiri undangan perkahwinan rakannya.
Dalam gambar tersebut, jelas kelihatan ‘baby bump’ aktres jelita berusia 29 tahun itu mengundang perhatian ramai terutama peminatnya.
Malah, ramai memuji bakal ibu ni nampak cukup manis dan berseri walaupun tampil ringkas dalam persalinan jubah moden rona merah jambu.
Dalam masa yang sama, rakan selebriti dan peminatnya memuji kecomelan pelakon The Maid ini dan turut mendoakannya serta bayi dalam kandungan semoga sihat selalu serta dipermudahkan segala urusan sehingga melahirkan kelak.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman kini telah memasuki fasa trimester ketiga. Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Banyak orang tanya, Ustaz Hanafi apa amalan murah rezeki?
“Ustaz, gaji saya tak cukup setiap bulan. Terduduk juga saya fikir hal ni. Sedih bila terbayang muka isteri dan anak-anak di rumah. Tolong saya ustaz.”
Ustaz jawab cuba guna formula D.U.I.T
Cliche juga sebab ramai yang sebut formula ini.
Ustaz nak kongsi formula D.U.I.T versi ustaz supaya mudah nak ingat dan buat.
D yang pertama kita kena buat ialah DOA, DHUHA dan DERMA. U pula USAHA berterusan. I ada tiga iaitu IKHTIAR, IKLAN dan ISTIGHFAR T yang terakhir ialah TAWAKAL dan TAQWA.
Ustaz nak kongsi kisah benar mengenai DERMA.
Pernah satu hari ada seorang ibu telefon anaknya. Gaji anaknya kecil sahaja, kemudian buat part time mengurut orang.
Ibunya telefon merayu nak RM300, nak buat kenduri kesyukuran. Anaknya jawab, “InsyaAllah mak, nanti abang bank in.”
Dia terus ke bank. Tengok-tengok dalam akaun ada RM250 sahaja. Dia pinjam RM50 daripada kawannya untuk cukupkan RM300.
Alhamdulillah dapat dan bank in kepada ibunya. Sedangkan waktu tu, dia pun ada tanggungan isteri dan keluarganya. Tapi atas niat nak gembirakan maknya, terus dia bagi apa yang ada.
Pada malam hari, dia pergi mengurut orang kaya. Upah yang diterima hanya RM50. Walau sikit, dia tetap bersyukur.
Esoknya, orang kaya tu telefon.
Berdebar-debar hati lelaki tadi.
“Apa kamu buat dekat saya ni? Datang ke rumah saya sekarang.”
Sampai ke rumah orang kaya cerita.
“Lepas kamu urut, badan saya sihat dan batu karang keluar dari saluran kencing. Rasa luar biasa, sihat dan saya sangat gembira. Alhamdulillah. Saya nak bagi saguhati lebih sikit. Nah, ambil ni.”
Bila dibuka sampul surat tersebut, terkejut sangat lelaki ni. MasyaAllah ada sejumlah duit yang sangat banyak.
Begitulah kelebihan berbuat baik dan sentiasa banyakkan infak dan DERMA kepada ibu ayah. Didunia lagi kita sudah dapat merasa ganjarannya lebih-lebih lagi berkaitan rezeki.
. Kisah kedua berkenaan ISTIGHFAR.
Kisah Imam Ahmad bin Hambal. Ada satu ketika waktu dia tidur di masjid, dia dihalau oleh orang masjid. AJK masjid garang sangat.
Waktu tu lepas isyak. Dia jalan keluar dan tiba di satu kedai yang dah bersiap nak tutup.
Sambil menguli dan berkemas, mulut pembuat roti di kedai berkumat kamit.
Imam Ahmad nak tahu dan bertanya.
“Wahai penjual roti, apa yang kau kumat kamitkan tu?
“Oh aku beristighfar.”
Selepas kedai ditutup, pembuat roti ajak Imam Ahmad tidur di rumahnya.
Dia tak kenal Imam Ahmad bin Hambal ni.
Imam Ahmad pun tanya lagi.
“Apa kelebihan istighfar yang kau dapat tu?”
“Oh banyak, rezeki aku murah. Roti aku habis dijual Malahan hajat-hajat aku dipenuhi Allah.” Jawabnya
“Cuma ada satu doa ni belum tercapai lagi. Aku nak jumpa Imam Ahmad bin Hambal. Sekali je pun cukuplah.”
Imam Ahmad pun terperanjat dan mengaku.
“Oh! akulah Imam Ahmad bin Hambal. Kerana istighfar kau inilah, dengan izin Allah aku hadir ke kampung kau.”
MasyaAllah gembira sangat pembuat roti.
Banyakkan istigfar.
Nak lihat bukti? Kita sendiri kena buat dan akan jumpa bukti² kelebihan istighfar. Buat dan lihat apa yang akan datang.
Sebenarnya, sebagai hamba kita tak perlu risau urusan rezeki. Allah sudah mencukupkan. Mungkin ada satu sisi, sebagai hamba kita terlepas pandang bab tanggungjawab kita; kurang DERMA dan kurang ISTIGHFAR.
Jom, pujuk hati kita tingkatkan amalan ini dan doa Allah luaskan rezeki kita dunia akhirat.
Apabila anak diserang penyakit, ibu ayah pastinya tidak keruan. Malah ada yang sanggup cuti tanpa gaji. Namun ada juga segelintir yang ambil remeh tentang kesihatan anak sehingga ada yang mengabaikan rawatan dengan lambat membawa anak ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Malah ada kes yang membawa kematian. Melalui perkongsian seorang pegawai perubatan iaitu Dr Sakinah Sulong melahirkan rasa terkilan melihat sikap segelintir ibu bapa yang bersikap ambil mudah mengenai kesihatan anak.
Sebagai Pakar Perubatan Keluarga, salah satu tugas saya ialah menghadiri Mesyuarat Kematian Kanak-kanak bawah 5 tahun.
Selalu kami akan meneliti apa kronologi yang membawa kepada kematian anak-anak ini dan memutuskan samada kematian itu sepatutnya boleh dicegah mahupun tidak.
Ada beberapa kes yang saya dapati, di mana anak-anak ini dibawa lambat ke klinik/hospital. Bukan untuk menyalahkan ibubapa tapi tak ramai ibubapa yang tahu apa tanda-tanda bahaya yang perlu diperhatikan bila anak-anak sakit.
Majoriti anak-anak bawah umur 5 tahun akan mengalami jangkitan kuman, secara puratanya 6 kali setahun. Selalunya dalam bentuk batuk, selsema. Ini kerana sistem imun anak-anak masih dalam perkembangan dan anak-anak juga banyak terdedah dengan individu yang menjadi pembawa kuman, contohnya di taska atau sekolah harian.
Kebanyakan jangkitan ini disebabkan oleh virus dan mampu sembuh sendiri tanpa perlukan antibiotik. Disebabkan itu saya akan nasihatkan untuk beri panadol mengikut jam dalam dos yang diperlukan bagi kes-kes ringan sebegini. Biasanya demam virus biasa mengambil masa selama 4-5 hari untuk kebah dan tidak sepatutnya berlarutan melebihi seminggu.
Tapi keadaan anak-anak ini mampu berubah.
Hari ni mungkin masa dia dibawa jumpa Dr, keadaan dia masih stabil, tapi keadaan ini boleh bertukar. Dan jangan pula sangka Dr yang bagus akn beri banyak jenis ubat. Yang penting, Dr bertanggungjawab memeriksa dan menilai samada keadaan anak ini masih stabil atau perlu rujukan/kemasukan ke hospital.
Itu lebih penting.
Apa tanda-tanda bahaya yang memerlukan anak ini dibawa berjumpa doktor secepat mungkin?
1. Ada gerakan seperti sawan – tangan/kaki tersentak, mata pandang atas, mulut berbuih.
2. Anak tidak aktif, tidak mahu bermain dan tidak respond pada penjaga.
3. Anak tidak boleh minum atau makan apa-apa pun, hingga pampers pun kering tak basah dengan kencing. Anak-anak normal biasanya perlu tukar pampers 2-3 kali sehari, sekurang-kurangnya.
Jangan fikir sebab anak sudah dibawa berjumpa Dr minggu lepas, anda merasakan anak sudah OK dengan ubat yang diberi. Bila ada tanda bahaya jangan ambil mudah dan berlengah. Dan jangan bawa kepada bomoh dengan anggapan kena sampuk, tu saya rasa macam mak bapak yang saya nak hempuk!
#Membebelsayang
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...