“Apa Yang Ibu Fikirkan & Perasaannya Ketika Itu.” Umur 10 Hari Ditinggal Di Perhentian Bas 22 Tahun Lalu, Jejaka Ini Mahu Cari Ibu Bapa Kandungnya.

Share

Sebak dan memilukan bila membaca kisah lelaki ini. Dia ditinggalkan ibu bapa sendiri di sebuah perhentian bas ketika beruimur 10 tahun. Begitu pun dia sangat positif dan memilih untuk bersangka baik. Bahkan, dia sanggup mencari ibu dan bapa kandungnya.

Kisah lelaki bernama Mohamed Putera Zainuddin pernah tular di laman sosial selepas dia memuat naik keratan akhbar mengenai dirinya sewaktu ditinggalkan di perhentian bas di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996.

Menurut Mohamed Putera Zainuddin, kisahnya itu diceritakan oleh ibu bapa angkatnya. Mengakui  pasti ada sebab mengapa ibu bapa kandungnya berbuat demikian.

menjelaskan idea untuk mencari ibu bapa kandungnya bermula selepas dia berkunjung  ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan yang menjadi tempat tinggalnya sebelum dijaga oleh keluarga angkatnya. Ketika itulah, tergerak hati untuk menjejaki semula ibu dan bapa kandungnya.

“Keluarga angkat mengambil saya sebagai anak angkat sejak saya berusia sembilan bulan lagi. Mereka juga berterus terang akan status  ini  sejak  saya di tadika lagi. Saya boleh menerima kenyataan itu,” katanya yang juga anak tunggal dalam keluarga angkatnya itu.

Bagaimanapun, jauh di sudut hati lelaki yang dibesarkan di Muar, Johor ini, dia ingin mengetahui keadaan kedua ibu bapanya sama ada masih hidup.

Inilah tempat Mohamed Putera ditinggalkan.

“Saya kembali ke Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah untuk membuka semula fail saya bagi mendapatkan petunjuk lokasi tempat tinggal ibu bapa saya.

“Bagaimanapun, kakitangan rumah kanak-kanak itu hanya menyerahkan fail sebelum meminta saya baca sendiri,”katanya.

Bersama ibu angkatnya.

Jelas Mohamad Putera, hatinya menjadi luluh selepas membaca keratan akhbar yang disimpan di dalam buku rekod berkenaan.

“Saya ingat akan jumpa keluarga kandung dengan mudah sebaik melihat rekod berkenaan, namun sangkaan saya meleset.

“Tak sangka, saya dijumpai di perhentian bas oleh seorang bidan kampung atau kini dikenali jururawat masyarakat ketika berusia 10 hari,” ujarnya.

Tidak pernah menyalahkan tindakan ibu dan bapa kandungnya itu, Mohamed Putera akan terus berusaha mencari mereka.

“Mereka (ibu bapa kandung) tinggalkan saya dapat keadaan baik, lengkap berselimut, sarung tangan serta sarung kaki bayi dan baju yang comel.

“Mesti mereka menantikan kelahiran saya dan pasti ada sebab mereka lakukan begitu,” katanya.

Mohamad Putera berkata, jika tidak dapat mencari ibu bapa kandung sekurang-kurangnya dia ingin bertemu dengan bidan kampung itu.

“Jika bukan kerana wanita itu jumpa saya, tidak tahu sama ada saya masih hidup atau tidak,” katanya.