Perkongsian daripada seorang ibu bernama Nurzaliana bt Zumroh, 34 yang merupakan suri rumah sepenuh masa, berkongsi kisah tentang minatnya bercucuk tanam menarik juga untuk dijadikan idea buat kita anak beranak praktikkanya.
Ini kisahnya.
Bercerita tentang bagaimana timbulnya minat saya bercucuk tanam, lain tak bukan disebabkan kesukaan anak-anak saya makan sayur.
Boleh kata, macam-macam sayur mereka suka makan dan dari situlah timbul minat cuba nak tanam sayuran sendiri sejak 3 tahun yang lalu secara serius di sekeliling rumah.
Macam-macam tanaman
Jadi tidak hairanlah pemilihan tanaman sayur berasaskan apa yang keluarga suka makan, contohnya seperti sayuran berdaun,sawi, kangkung, pakcoy, bayam, salad, kacang panjang, jagung manis bendi,kobis,labu air, dan terung.
Selain itu tanaman lain pun ada juga untuk dijadikan rencah masakan seperti kunyit, halia, ulam raja, serai dan limau purut untuk kegunaan sendiri.
Berkebun jadi xtvt harian
Keseronokan atau keluasan lain kalau kita tanam sayur sendiri, bagi saya adalah pada saat melihat sayuran membesar hidup subur, walaupun tanpa guna bahan kimia.
Bila tanam sendiri, saya guna kaedah tanam secara organik. Baja saya guna ialah bahan sisa buangan dapur kompos kulit pisang (mol Mikro Organisme tempatan) tinja ayam dan kambing.
Setakat ini tiada masalah apa pun cuma pastikan kawasan sentiasa bersih dan rajin merumput.
Dan menariknya lagi bila merumput, anak-anak saya akan turun padang tolong sama,dah jadi aktiviti harian setiap petang kami. Mereka lakukan dengan tanpa dipaksa!
Paling seronok ialah time menuai hasilnya dan berkongsi dengan jiran-jiran. Bagi saya bercucuk tanam ni adalah satu kepuasan tersendiri selain menjadi terapi jiwa dan mata.
Sumber : Nur Zaliana