Kita pastinya mahu anak-anak bila sudah dewasa tahu untuk urus dan pandai jaga kebersihan rumah. Pun begitu dalam mendidik anak tentang bab mengurus rumah ini, kita juga perlu berubah. Sebab anak-anak akan ikut apa yang kita buat.
Di sini dikongsikan satu perkongsian dari seorang anak tentang rutin harian arwah ibunya. Bolehlah dijadikan contoh tauladan untuk kita dalam bab mengemas rumah dan menjaga kebersihan. Jom semak.
Saya senaraikan beberapa perkara yang semasa hidupnya Mak dah tunjuk contoh tauladan yang baik dalam bab penjagaan/ mengemas rumah:-
1) Bangun pagi perkara pertama Mak buat adalah kemas tempat tidur, dan katil tu takkan ada siapa berani landing untuk bersantai- santai / berehat. Nak landing sila ke sofa/ruang tamu tengah. Sampai malam katil tu cadarnya tetap 'tegang'. Hehehe.
2)Mak akan basuh baju di awal pagi selepas solat Subuh. Sesiapa lepas solat Subuh tidur balik dan bangun lambat silalah basuh baju sendiri. Kalau taknak basuh sendiri, mandi dulu kemudian sambunglah tidur semula. Hahaha. Dalam baldi memang takkan ada pakaian kotor.
3) Mak akan sidai pakaian sebaik sahaja siap cuci. Takde tangguh-tangguh. Kadang- kadang Abah perli,
" Matahari pun tak muncui lagi. Awei beno pun sidainya.."
4) Selepas sidai pakaian di ampaian luar Mak akan ambil penyapu luar. Mak sapu halaman dan sapu dalam longkang. Buang daun kering etc. Kemudian Mak masuk rumah semula, ambil penyapu di dalam dan sapu dalam rumah pula.
5) Mak akan breakfast. Lepas makan terus basuh pinggan, cawan. Rumah kami takkan ada pinggan mangkuk dalam sinki. Abah pun basuh pinggan dan cawan sendiri walaupun dia seorang guru besar, ketua di sekolah dan juga ketua keluarga. Abah pun tunjuk contoh tauladan yang baik. Kerja rumah mesti sama-sama buat. Bukan harap Mak semua. Settle breakfast kemudian Mak akan berehat sambil baca surat khabar.
Ads
6) Tepat pukul 10 pagi Mak akan masuk dapur untuk masak. Settle masak Mak akan siap hidang semua. Pinggan, gelas, periuk nasi semua dah ada atas meja. Dapur pula Mak akan lap, kemudian Mak akan sapu semula ruang dapur.
7) Selesai masak dalam pukul 12 tengahari Mak akan angkat pakaian di ampaian dan terus lipat. Dalam rumah kami memang takkan ada longgokan baju yang belum dilipat. Mak pantang tengok benda berlonggok.
8) Kemudian Mak akan terus mandi, pakai telekung dan menunggu waktu solat Zohor.
9) Lepas Zohor Mak akan makan dan berehat sehinggalah pukul 4 Mak dah siap mandi dan stand by untuk Asar.
10) Waktu petang aktiviti santai. Ada masa sambil bersih halaman Mak bersembang dengan jiran, ada masa Mak dok rumah menonton tv. Kalau ada kelas mengaji biasanya lepas Asar Mak akan pergi sampailah pukul 6.30 petang.
11) Nak masuk Maghrib Mak akan mandi lagi sekali. Waktu ni Mak akan make sure semua orang dah rendam pakaian dalam baldi untuk dibasuh keesokkan hari. Bagusnya Mak ni setiap kali nak menghadap Allah dia akan make sure mandi dan badan dalam keadaan bersih. Sehari Mak mandi 4 kali. Sebab tu kalau nak tahu kulit badan Mak cantik. Tiap kali mandi dia akan gosok daki di badan, sabun. Bila Mak sakit setiap kali mandikan dia saya memang suka tengok kulit Mak. Mak dah la putih, kulit pulak bersih, halus walaupun dah berumur 70++.
Ads
12) Selepas solat Maghrib ada masa Mak akan makan dulu, ada masa Mak akan tunggu Isyak.
13) Settle dinner Mak akan bersihkan semua meja makan. Sampah kalau dah penuh Mak akan buang di tong sampah luar.
Selain itu:-
1) Towel, telekung, selimut, sarung bantal, cadar, Mak ada jadual berkala untuk basuh. Sebab tu kalau tengok semua telekung Mak takkan ada kotoron contoh kuning di dagu, tahi lalat etc. Sampai reput kain tu tetap bersih. Sama juga dengan towel, selimut. Dah bertahun- tahun pun masih elok.
2) Bilik air bukan tunggu kotor baru cuci. Sambil mandi pun kadang-kadang dengarlah Mak memberus.
3) Buku cerita/mainan selepas baca/main silalah simpan di tempatnya. Bukan suka hati nak selit sana sini. Kalau tak letak di tempat yang sepatutnya Mak akan ambil.
Ads
Habit ni saya dah perhati dari kecil lagi. Imagine hari-hari tengok rutin yang sama. Memang 'meresap' masuk dalam otak dah. Hehehe. Ia bukan soal kemas, bersih semata-mata sebenarnya, tapi ia berkaitan dengan DISIPLIN. Mak ni tambahan masa muda orangnya lemah lembut je. Saya pun tak ingat bila mak pernah marah. Mak tak pernah pun bagi arahan/ marah kami untuk ikut rules dia. Mak bukan jenis pot pet, pung pang marah. Bukan.
Tapi..
Saya belajar dari PEMERHATIAN. Bila dah biasa dengan keadaan begitu, sebagai anak kita pun dah terikut habit Mak. Sebab tu kalau nak anak- anak buat sesuatu, kita mesti buat dulu dan tunjuk contoh tauladan yang baik.
Percayalah..
Terima kasih Mak sebab dah didik satu perkara yang baik untuk kami ikut. Bila terkenang rutin harian Mak ni rasa rindunya Ya Allah. Rindu pada susuk tubuh itu.
Al fatihah Mak..
*Ini bilik Mak Abah di sini. Semua dah tinggal kenangan. Walaupun dah berumur, tapi sebab dah biasa kemas tetap akan kemas juga kan..
Pernah tak hadapi situasi bila kita nak keluar atau nak masuk ke rumah, tapi terhalang dek kereta jiran di hadapan rumah kita. Kalau waktu tu kita tak urgent tak mengapa, tapi kalau waktu rushing, stress juga jadinya!
Kalau yang jenis kita tegur terus ubah sikapnya tiada masalah, tapi yang jenis ‘tak makan saman’ ni payah juga ye?
Yang mana buntu dengan situasi ini, jom ikuti perkongsian dari seorang Peguam Hartanah, Syazwan Mohd Jafri ini. Kita ‘ajar’ mereka guna cara undang-undang pula! Harap berubah sikap la ye lepas ni. Hehe
ADUHAI PENING DENGAN JIRAN ASYIK PARKING KERETA BLOCK PAGAR RUMAH! 😫😵 (Ketahui hak anda sebagai jiran teraniaya)
Jika anda menetap di taman perumahan (landed terutamanya), pasti PERNAH MENGALAMI masalah pagar rumah dihalang oleh kereta orang lain (selalunya kereta jiran lah). Pastinya juga menyusahkan, menyakitkan minda dan menyakitkan hati anda. Teguran secara baik tidak berkesan. Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.
HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (APJ 1987)
👉Seksyen 48(1) APJ 1987 menyebut – adalah menjadi kesalahan bagi pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan/menghalang pengguna lain. Jika didapati bersalah, boleh didenda minimum RM1,000.00 dan maksima RM5,000.00 ATAU penjara tidak kurang 1 tahun ATAU kedua-duanya.
HAK ANDA DI BAWAH AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKK 1955)
👉Selain APJ 1987, AKK 1955 juga ada menyebut tentang kesalahan letak kereta depan rumah orang. Seksyen 22 AKK 1955 menyebut – barangsiapa yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah, boleh didenda sehingga RM50.
JALAN TERAKHIR JIKA JIRAN MASIH TERUSKAN SALAHLAKU PARKING BLOCK PAGAR RUMAH
👉Ramai tidak tahu, sebenarnya di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987 – pihak berkuasa seperti pegawai polis/pegawai JPJ/pegawai majlis perbandaran, dibenarkan untuk CLAMP dan TOWING kereta yang menghalang/menyusahkan orang lain. Oleh itu, semasa membuat aduan, pastikan anda maklumkan akta ini Bila tahu kereta nak kena tow, pasti jiran tidak akan ulang kesalahan sama.
INFO TAMBAHAN
🟢Meletakkan kereta block rumah orang juga dikira sebagai kesalahan “TORT KACAU GANGGU PERIBADI”
🟢If all else fails, anda boleh saman di mahkamah dan dapatkan Perintah Injunction (Perintah halangan) agar pelaku tidak meneruskan lagi salah laku.
KESIMPULAN
👉Isu ini mungkin nampak remeh tapi hakikatnya memang banyak terjadi. Perkongsian kali ni pula bukan untuk menggalakan pergaduhan sesama jiran namun lebih kepada memberikan “awareness” tentang isu ini supaya semua pihak sama-sama elak dari lakukan kesalahan ini.
Sekian..
Ratu Pop Tradisional, Noraniza Idris, melakar sejarah baharu apabila nama tercatat dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia yang berlangsung di Dataran Merdeka, pada Ahad.
Noraniza atau lebih mesra dipanggil kak ani mendendangkan lagu baharu beliau berjudul Ala Ewa-Ewa duet bersama Hazama serta dua lagu popular, Intan Payung dan Dikir Putri diiringi 565 penari yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan pelajar antarabangsa dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Noraniza berkata, persediaan kurang daripada 10 hari menghimpunkan 565 peserta menghadiri bengkel bukan sesuatu yang mudah.
“Saya bersyukur berkat kehadiran guru pengiring yang sangat komited, acara ini berjaya dilancarkan. Kepuasan tidak sama dengan menang anugerah kerana pengiktirafan ini seolah-olah kita melahirkan sesuatu buat generasi pelapis.
“Pada peringkat awal, saya berhasrat mengundang peserta antarabangsa sepenuhnya. Namun, disebabkan universiti dan sekolah antarabangsa sedang bercuti, jadi saya terpaksa berbincang semula dengan MBOR untuk mengubah kriteria kelayakan rekod yang masih belum terisi.
“Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKIM) dan sekolah antarabangsa, impian itu akhirnya terlaksana.
“Walaupun hanya sempat melatih mereka dalam tempoh lapan hari sahaja,” katanya.
Tambah Noraniza, acara itu menjadi hari bersejarah buatnya apabila dapat membawakan lagu Irama Malaysia dalam persembahan khas tarian asas tradisional yang terdiri daripada peserta tidak berpengalaman dalam seni dan budaya.
“Kalau ikutkan hampir gugur jantung, sedih, pelbagai cabaran dan dugaan untuk melatih peserta dalam tempoh yang singkat.
“Kami mengadakan tujuh bengkel secara berperingkat semata-mata melatih pelajar ini. Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran berjaya menerima pengiktirafan ini,” katanya.
Acara yang mencipta rekod itu berlangsung selama tujuh minit di Dataran Merdeka bagi mengisi menutup tirai Festival Permainan Malaysia anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan.
Selain Malaysia, persembahan khas tarian asas tradisional disertai pelajar pelbagai negara iaitu India, Myanmar, Afrika Selatan, Turkiye, China, Bangladesh, Thailand, Nigeria, Iraq, Nepal dan Jepun.
Objektif utama acara itu untuk mengangkat semula Irama Malaysia sebagai salah satu agenda kempen #SaveIramaMalaysia agar terus dekat di hati generasi pelapis melalui aktiviti bengkel dan pensijilan aktiviti kokurikulum yang membabitkan merit pelajar.
Acara dianjurkan bersama Malaysia International Tourism Development Associasion (MiTDA) dan Persatuan Tatihseni Malaysia juga bertujuan mengembalikan kegemilangan sektor pelancongan Malaysia ke tahap lebih membanggakan di kalangan masyarakat Malaysia khasnya.
Ia juga berperanan sebagai aktiviti tarikan pelancong untuk terus bercuti ke Malaysia menerusi aktiviti seni dan kebudayaan di Malaysia.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perjalanan seorang isteri dalam mencari syurga perlu baginya memperjuangkan ketika hari pertama dirinya berkahwin. Hakikatnya syurga itu menjadi dambaan setiap antara kita dan jalan menuju ke syurga bukan mudah. Ada ujiannya dan perlulah bersabar dan harus diperjuangkan hingga hujung nyawa agar penghujungnya syurga buat yang berusaha.
Itulah juga yang disarankan oleh peguan syarie Roslina Sabiyah, melalui tulisan penuh bermotivasi untuk mengajak wanita terus bangkit dalam memperjuangkan untuk memiliki syurga idaman.
Ini pekongsiannya.
Wanita.. Perjuangkan Syurgamu..
Syurgamu.. pada setianya kau melayan suami yang bertanggungjawab dan memberikan perlindungan padamu.
Syurgamu.. pada lelahnya kau melahirkan dan membesarkan anak-anakmu, mendidik penuh kasih dan memimpinnya menjadi manusia berguna untuk ummah.
Syurgamu.. pada tegasnya kau berkhidmat mencurah bakti di segenap penjuru bidang yang memerlukan sumbangan buah fikiran dan tenagamu.
Syurgamu.. pada taatnya kau melaksanakan semua yang diperintahkan Allah dan Rasul dan meninggalkan segala yang dilarang oleh-Nya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya, dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)”.
(Hadis Riwayat Ahmad)
Biarpun dalam perjuangan itu kadangkala kita tewas..
Pada tipisnya kesabaran seorang isteri..
Pada letihnya tugas seorang ibu..
Pada peritnya mujahadah melawan hawa nafsu semata untuk menjadi hamba-Nya yang taat..
Pada lemahnya kudrat seorang wanita..Yang kadang-kadang diperlakukan sewenangnya..
Dipukul, dirogol, disakiti, dizalimi hatta dibunuh di tangan suami sendiri yang dirasuk amarah..
Ketahuilah wahai wanita.. perjuangan kita menggapai syurga tidak pernah terhenti di situ..
Walau kudrat lemah, walau jiwa pasrah, walau jasad sudah dikandung tanah..
Ada sedekah jariah yang menjadi penyelamat kita..
Ada ilmu bermanfaat yang terus mengalirkan pahala..
Ada anak-anak dan generasi yang kita tinggalkan yang doa-doa mereka diharap mampu membantu menghantar kita ke syurga..
Setiap amal yang baik, walau hanya sebesar zarah akan kekal bercambah subur..
Setiap air mata, peluh dan darah akan Allah ganjarkan kebaikan..
Maka jangan pernah kecewa dan putus asa..
Teruslah berbuat baik, bersangka baik dan menyebarkan kebaikan.
Maka dengan seluruh kudrat, tekad dan semangat, mari kita terus perjuangkan syurga kita selagi nyawa di kandung badan. Moga Allah redha dan memimpin kita dengan rahmat-Nya dalam setiap tindakan yang kita lakukan.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...