Sedangkan bermain pun kita latih anak-anak agar mahir dan cekap inikan pula dalam menunaikan tanggungjawab besar, iaitu mendirikan solat lima waktu.
Apa yang utama, ketika melatih dan membiasakan anak-anak untuk menunaikan solat, kita sebagai ibu ayah perlu mengajar anak-anak sedari awal. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya!
Lalu pendekatan bagaimana untuk ibu ayah memulakan cara untuk mengajar anak dalam hal bacaan dan perbuatan dalam solat sehinggalah mereka faham sepenuhnya dan dengan sendirinya tanpa disuruh sudah mengerti kewajipan menunaikan solat?
Menurut perkongsian Firdaus Mokhtar, ramai ustaz ustazah pesan, “Apa pun jadi, solat jangan tinggal. Buat lah walau macam mana pun.”
Betul kawan-kawan. Sungguh sebab daripada solat lah menjadi titik tolak hidup kita akan Tuhan betulkan segalanya.
Solat itu penghubung antara kita dengan Allah.
Ads
Jadi siapa yang tidak menunaikan solat bererti dia telah memutuskan hubungan dengan Allah.
Begitu juga bila kita tidak mendidik anak-anak mengutamakan solat, bermakna kita telah mengajar anak-anak untuk tidak mengutamakan Allah dalam kehidupan.
Berat!
Maka ajarlah anak-anak tentang solat sampai anak-anak tahu, faham dan ada rasa pentingnya solat untuk diri dan hidup dia.
Ads
Hinggakan kalau kita tak ada pun, anak-anak tahu bila waktu dia kena solat, dan dia sendiri yang akan tunaikan solat.
Ajar dan perhatikan solat anak kita. Cukupkan solat dia 5 waktu, semuanya di hadapan kita. Luangkan masa kita untuk duduk dan tengok solat anak-anak.
Tengok semua rukun solat. Dengarkan semua bacaan solat dia. Mana yang tak tahu kita ajarkan. Mana yang tak tepat kita betulkan.
Ads
Begitulah. Akhirnya pesan juga ke anak pesanan yang sama. Apa pun jadi dalam hidup, solat jangan sekali-kali kita tinggalkan.
Ada orang kata, perempuan ni kalau nak terlihat cantik bergaya, terasa sakit pun tak apa. Betulke begitu?
Contohnya macam petua cantik dengan lemon. Memang diakui kesannya memang wow pada kulit wajah bila diamalkan, tapi tidak dinafikan juga anda perlu tahan akan rasa sedikit pedih.
Jadi bagi yang ingin mencuba, jom buat seperti mana yang diamalkan oleh Mak Jemah Nelly ni.
Bahan-bahan :
2 hirisan lemon & 1 sudu kecil soda bikarbonat
Caranya :
1. Cuci muka terlebih dahulu.
2. Ambil hirisan lemon dan tekapkan dengan soda bikarbonat.
3. Ratakan pada wajah dan sental secara lembut diwajah.
4. Biarkan selama 15 minit sebelum di cuci bersih.
sumber fb mak jemah nelly
Dan inilah hasilnya setelah rajin diamalkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian tentang menghantar anak kita ke sekolah jenis kebangsaan cina SJKC.
Ada pro dan kontra menghantar anak-anak kita ke SJKC, antara pro yang amat jelas ialah, anak-anak kita dapat mempelajari 3 bahasa.
Kontranya ialah anak-anak kita hanya ada kelas agama 2 kali sahaja seminggu. Oleh itu ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas mengaji atau SAR selepas sekolah.
Berikut adalah beberapa tips berdasarkan pengalaman kepada mereka yang berhajat untuk menghatar anak-anak ke SJKC supaya dapat mengurangkan stress mengendalikan anak-anak kelak:
1. Hantar anak-anak ke tadika yang ditempatkan di sekolah cina yang hendak kita tempatkan anak kita di darjah 1 kelak. Contohnya, jika kita nak hantar anak kita ke SJKC Lai Meng, hantarlah anak kita ke Tadika Lai Meng dari umur 5 tahun. Ini memudahkan transisi ke darjah 1. Pengalaman mengajar menghantar anak ke tadika yang glamour konon nya mengajar mandarin tidak digalakkan. Tadika sedemikian nak duit aja silibus tah apa-apa.
2. Kenali cikgu-cikgu anak anda untuk mengenalpasti perkembangan anak-anak anda. Perlu kejar cikgu kerana cikgu di SJKC ni semuanya busy belaka kerana mereka akan periksa homework anak-anak murid hari-hari.
3. Tubuhkan satu kumpulan sokongan “support group” dengan ibu bapa yang lain supaya dapat bantu membantu. Oleh kerana sekolah Cina wajib dah harus buat homework yang banyak, kadang-kadang 10 ke 15 homework sehari, senarai homework (kongker) selalunya akan disalin atas papan hitam. Jika anak-anak kita lembab nak salin nanti dia tidak tahu homework mana nak dibuat. Semasa buku homework di “pass up” dan anak kita tak buat homework dia, dia akan dimarahi oleh guru secara kaw kaw. Bila guru marah bukan salah guru, dan guru marah kerana dia nak anak kita “improve”. Jika kita campur tangan bila guru marah anak kita, nanti anak kita bakal di boikot oleh guru. Selagi guru menghukum dengan tidak menjatuhkan maruah, kita tak sepatutnya marah. Oleh itu, pastikan anak kita buat SEMUA homework. Tolong menolong antara ibu bapa adalah kunci…whatapp group itu pasti membantu. Lantik seorang ketua ibu bapa dalam whatsap group yang “caring” dan suka membantu. Sebagai contoh dalam group parents kelas 2B, seorang ibu bernama Vivian Ngok selalu membantu anak-anak dan ibu bapa. Silalah bersedia untuk membantu anak-anak buat homework hingga larut malam.
4. Anak-anak darjah 1 hingga 2, perlu penglibatan ibu bapa yang lebih untuk memeriksa buku-buku yang perlu dibawa. Jangan tak bawa buku kerana akan dikenakan hukuman seperti berdiri di luar kelas dan ini akan memberi tekanan kepada anak kita. Salin jadual waktu dengan cermat and know what is going on. Jika ada ujian ejaan bahasa cina (ting seah) pastikan anak-anak buat hafalan. Kalau salah pasti kena!
5. Disiplin adalah keutamaan di SJKC. Peraturan adalah peraturan dan kelonggaran tidak diberikan. Oleh itu ibu bapa seharusnya peka terhadap peraturan sekolah. Jangan hantar anak-anak lewat. Rambut harus pendek seperti peraturan. Kuku kena pendek. Lencana dan tag nama harus dijahit kemas. Hari murid-murid pakai baju sukan MESTI pakai baju sukan. Hari Isnin sila datang awal kerana ada perhimpunan. Jika langgar peraturan anak kita akan dilabel bermasalah dan ini akan mengganggu prestasi akdemik mereka.
6. Bagi orang Islam, sediakan bekal jika was-was makanan kantin. Cari parents yang buat business bekalan halal untuk anak kita jika tiada masa.
7. Jika kita tak nak hantar anak kita ke tuition sekolah (sampai pukul 3) cari tuition untuk dia. Jika hantar anak kita ke SAR pastikan homework siap sebelum tidur.
8. Kena marah dengan cikgu adalah perkara biasa…terutamanya cikgu yang suka bising-bising….jadi jangan sensitif sangat dan minta sediakan mental anak kita untuk menerima keadaan tersebut.
9. Jika muslim, kenali Ustazah/ Ustaz di sekolah anda. Pastikan silibus agama diajar. Ajar anak anda sendiri baca fatihah, surah lazim dll.
Tolong lah jangan saja-saja nak letak anak-anak anda ke SJKC tanpa persediaan. Main hantar aja tanpa tahu apa-apa. Naya anak kita! Kesianlah kat dia….Cikgu juga stress nak uruskan anak-anak yang ibu bapa mereka lepas tangan.
InsyaAllah jika kita istiqomah, anak-anak kita akan mendapat kebaikan jika kita hantar ke sekolah SJKC ini. Mereka akan berdisiplin dan hormat kepada ibu bapa dan guru. Jika kita masukkan elemen agama setiap masa luar sekolah, lagilah baik, akhirat juga terbela. Cumanya saya lihat anak-anak jadi skema sikit kerana kadang-kadang SJKC ini terlalu strict. (tapi ini ada kebaikannya). Ini sajalah perkongsian yang saya boleh berikan.
Maaf jika penulisan ini panjang. Sebenarnya perkongsian ini merupakan pengalaman isteri saya Sharifah Suhaiza Tuan Sidek dengan anak kami Batrisyia Emilyn Bahari. Saya tukang tulis sahaja.
Kecoh di media sosial mengenai perkongsian yang memandang rendah kepada individu yang tidak mempunyai medical card.
Dengan caption, “Dah 2022 tak ada medical card? Lemah.” Membuatkan ada segelintir warganet tidak bersetuju cara begitu dinyatakan. Ia seakan menyindir golongan yang tidak mempunyai card medical.
Sebagaimana perkongsian ini menegur caption begitu yang memberi peringatan bahawa tidak semua orang mampu berbuat demikian.
Semoga kita muhasabah diri dan menghormati privasi setiap keluarga.
Tak hina pun tak ambil medical card. Tak de yang tak elok pun guna servis hospital kerajaan.
Sebelum saya ada medical card pun, di tempat beginilah saya dapatkan rawatan. Rawatan ok, ubatan ok, tempat pun selesa. Cuma bab menunggu tu je kena sabar sikit.
Di hospital swasta pun masih ada yang perlu menunggu. Dah tempat tumpuan orang ramai kan. Mana nak elaknya.
Bagi yang mampu nak ada medical card, alhamdulillah. Boleh beri ruang pada mereka yang tak mampu untuk dapatkan rawatan percuma.
Tapi, jangan sesekali persoalkan orang yang tak ada. Bukan semua orang mampu
Ini peringatan buat saya dan sahabat agen takaful juga. Untuk kita sebarkan kesedaran. Bukan memburukkan keadaan. Dan perlekehkan seolah kita duduk di kayangan.
“Bukan semua mampu untuk komitment bulanan.”- netizen
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...