Apa Perlu Buat Bila Nak Tidur Dalam Kereta. Dr Ini Jelaskan Caranya. Take Note!

Share

Ramai yang sudah maklum mengenai tragedi yang menimpa  tiga dari empat sahabat maut lemas dalam kereta. Mereka maut dipercayai lemas akibat terhidu karbon monoksida ketika berehat di dalam kereta.

Impak berita ini, ramai yang sedar mengenai kepentingan keselamatan ketika tidur dalam kereta.

Menyedari akan hal ini, doktor di unit kecemasan ini telah memberikan maklumat yang kita semua kena alert.

Ikuti perkongsian ini.

Kejadian sebegini bukan kali pertama terjadi. Sudah banyak kali terjadi. Nak tidur dalam kereta yang dimatikan memang tak selesa. Panas! Jadi ramai yang amalkan tidur dalam kereta dalam keadaan kereta masih dihidupkan ketika berhenti berehat. Ini bahaya!

BAGAIMANA IA BOLEH MEMBUNUH

Apabila enjin kenderaan dihidupkan dalam masa panjang, kebocoran gas boleh berlaku daripada ekszos dan masuk ke kabin penumpang.

Keracunan karbon monoksida berlaku selepas menghirup karbon monoksida (CO), sejenis gas yang sangat toksik.

Karbon monosikda tidak berbau dan tidak berwarna, jadi kalian tidak akan sedar yang kalian sedang menyedut gas beracun ini.

Karbon monoksida yang disedut akan bergabung dengan hemoglobin dan membentuk karboksihemoglobin(HbCO) di dalam darah.

Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke sel-sel badan.

Hemoglobin buat kerja ‘delivery’. Angkut gas yang disedut dari paru-paru dan dibawa ke seluruh badan.

Pembentukan karbosihemoglobin akan menghalang oksigen dari bergabung dengan hemoglobin.

Jadi, tiada oksigen akan dihantar pada sel badan seterusnya kerosakan organ akan berlaku dan menyebabkan kematian.

TURUNKAN TINGKAT DAPAT KURANGKAN RISIKO

Mungkin ramai yang percaya bahawa menurunkan tingkap sedikit dapat mengelakkan risiko lemas ini daripada berlaku.

Tapi sebenarnya walaupun dengan tingkap dibuka, pengumpulan karbon monoksida tetap boleh berlaku apabila enjin dibiarkan idle. Tambahan pula gas ini tidak dapat dilihat, tidak dapat didengar dan tidak dapat dihidu.

Berbanding ketika berjaga, perubahan dan tandanya akan dapat dirasai seperti berasa tidak selesa, mual, pening, loya dan sebagainya.

Namun apabila sedang tidur, badan akan terus terasa lemah sehingga ia digelar ‘pembunuh senyap’ dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).

KENAPA PENGALIRAN OKSIGEN PENTING

Pengaliran oksigen amat penting dalam memastikan tubuh kita dapat berfungsi.

Seperti yang kita tahu, asap ekzos tadi mengandungi pelbagai jenis gas merbahaya.

Walaupun tidak berlaku kebocoran, gas-gas ini tidak dapat dibebaskan ke persekitaran dengan lancar oleh kerana kenderaan tidak bergerak.

Selain menyebabkan pencemaran, gas-gas beracun ini juga boleh masuk ke dalam kereta melalui tingkap yang dibuka.

Apabila kereta tidak bergerak,tiada udara baru yang masuk. Pengaliran oksigen tidak berlaku dengan baik. Risiko untuk berlaku keracunan karbon monoksida akan meningkat.

APAKAH TINDAKAN YANG BETUL

LANGKAH PENCEGAHAN

1. Pastikan penghawa dingin kereta diperiksa dan diselenggara mengikut jadual atau sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan.

2. Jangan amalkan tidur didalam kereta dalam keadaan kereta masih hidup walaupun tingkat dibuka.

3. Keluar dari kenderaan dan berehatlah di tempat yang sesuai untuk segarkan dan rehatkan badan.

4. Jangan tinggal anak-anak bersendirian didalam kereta kerana risiko anak lemas lebih tinggi berbanding orang dewasa.

Kredit: Dr Ahmad Samhan

-Doktor Kecemasan Anda-