Sebaik anda menyedari gelaja morning sickness semakin bertambah baik malah selera makan juga semakin meningkat, itu bermakna anda sudah pun memasuki trimester kedua kehamilan. Apa yang berlaku di trimester kedua dan apa yang boleh bakal ibu lakukan?
Trimester kedua kehamilan adalah jauh lebih mudah berbanding trimester pertama dan trimester ketiga. Selain perubahan bentuk perut yang semakin membesar, ini yang perlu anda tahu mengenai trimester kedua kehamilan.
Apa itu trimester kedua kehamilan?
Secara umumnya, satu proses kehamilan yang normal dan lengkap akan berlangsung selama 9 bulan ataupun bersamaan 40 minggu. Minggu-minggu ini pula akan terbahagi kepada 3 trimester dan trimester kedua adalah melibatkan proses kehamilan dari minggu 13 hingga 27.
Pada saat ini, bentuk perut hamil 5 bulan adalah sedikit besar berbanding trimester pertama namun sedikit kecil berbanding trimester ketiga. Kebanyakan ibu yang hamil 5 bulan dan seterusnya juga akan menganggap ia adalah proses yang jauh lebih mudah berbanding trimester lain. Namun, itu bukan bermakna anda hanya perlu membiarkan sahaja ia berlaku tanpa berbuat apa-apa ya? Bakal ibu tetap masih perlu berhati-hati dalam setiap perkara!
Apa berlaku pada ibu & janin?
Sama seperti trimester-trimester yang lain, ketika trimester kedua kehamilan juga akan menyebabkan pelbagai perubahan pada ibu dan janin.
Ibu hamil 5 bulan akan mengalami:
Ketika ini, simptom-simptom yang dialami adalah hampir sama seperti 3 bulan terawal mengandung namun akan berkurang sedikit. Ramai wanita pada ketika ini menyatakan bahawa rasa loya dan penat akan mula hilang dan merupakan trimester yang paling mudah dilalui.
Semasa trimester kedua ini, berikut adalah perkara yang mungkin akan berlaku:
Sila berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor jika mengalami simptom berikut:
Janin ketika 5 bulan akan mengalami:
Selain ibu, janin di dalam kandungan juga akan mengalami perubahan atau perkembangan pada trimester kedua kehamilan. Sebagai contoh, janin akan mula bergerak, mendengar dan menelan selain mula tumbuh bulu-bulu rambut pada kepala.
Selain itu, akan mula berlaku juga proses janin bangun serta jaga dari tidur dan kitaran ini pasti dapat dirasai oleh si ibu. Menurut American Pregnancy Association, besar janin pada ketika ini dipercayai 14 inci panjang dan seberat kira-kira 2 paun.
Pemeriksaan doktor
Meskipun dikatakan ia adalah trimester kehamilan yang paling mudah, itu tidak bermakna kalian tidak perlu berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor. Pada waktu ini, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk melakukan pemeriksaan secara berkala seperti berikut:
Pemeriksaan berikut adalah sangat penting untuk mengetahui jantina, kesihatan dan jika terdapat kecacatan pada janin dalam kandungan. Dalam pada itu, ia juga adalah sangat penting untuk mengetahui tahap kesihatan si ibu yang perlu kekal sihat sepanjang hamil 5 minggu ke atas.
Tip sihat
Ketika ibu sedang alami bentuk perut hamil 5 bulan ke atas, ada beberapa perkara yang kalian perlu buat serta perlu elak dan ini adalah huraiannya.
Apa ibu hamil perlu buat:
Apa ibu hamil perlu elak:
Persediaan memasuki trimester ketiga dan bersalin
Anda mungkin akan berfikir dan berkata baru sahaja hamil 5 bulan, masih awal untuk melakukan persediaan untuk bersalin kelak. Pun begitu, adalah penting untuk melakukan persediaan dengan lebih awal untuk memastikan trimester ketiga nanti lebih mudah.
Berikut adalah beberapa persediaan untuk bersalin trimester kedua:
Dalam pada itu, doktor mungkin akan bertanyakan sama ada anda mahu atau tidak mengambil ubat tahan sakit sebelum proses kelahiran bermula. Ini kerana mungkin akan ada beberapa risiko dan komplikasi lain yang anda perlu tahu sekiranya ingin mengambil ubatan ini ketika bersalin.
Paling penting, sentiasa dapatkan maklumat dan kemas kini terkini mengenai tahap kesihatan anda dan janin dalam kandungan dari doktor.
Menarik: Saling Tukar Shift Jaga Anak, Kamal Adli Bangga Sifat Keibuan Uqasha!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Kredit: Hello Doktor