
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.
Trend memilih nama malaikat juga dilihat semakin popular kini namun adakah ia boleh digunakan? Ini pandangan Mufti Wilayah Persekutuan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Mufti Wilayah Perseketuan, hukumnya adalah HARUS menamakan anak dengan mana-mana nama para malaikat.
Pun begitu, MAKRUH untuk empat nama malaikat iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
“Menamakan anak dengan nama para malaikat hukumnya adalah harus, kecuali nama-nama yang sinonim dengan nama malaikat, iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
Adapun nama-nama lain bagi malaikat yang turut biasa digunakan oleh orang ramai seperti Malik dan Ridhwan, maka tiada kemakruhan padanya.
Terdahulu, terdapat perbalahan dan pendapat seorang pengguna media sosial yang berkongsi mengenai perkara tersebut selepas seorang selebriti menamakan anaknya dengan nama Muhammad Jibril.
Sumber: Mufti Wilayah Perseketuan
Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!
Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, Budak Lelaki 11 Tahun Sanggup Tolak Nenek Hidap Strok Sejauh 20KM!

Setiap orang ada masalah tersendiri. Tak kisahlah yang kaya dengan harta benda pun kadang berbeban dengan pelbagai masalah, apatah lagi yang serba kekurangan semestinya diuji supaya diri lebih didik rasa sabar dan tabah dengan masalah yang melanda.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang dipikul. Itulah gambaran boleh diumpamakan setelah melihat nasib seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hidup bersama neneknya yang sudah uzur.
Apa yang lebih meruntunkan jiwa adalah kesanggupan kanak-kanak tersebut menolak neneknya yang menghidap penyakit strok atau turut dikenali angin ahmar sejauh 20km kerana tidak mampu membayar sewa rumah.
Menerusi hantaran dikongsikan oleh Khidmat Komuniti Irdk dalam hantaran Facebook, kanak-kanak kurang bernasib baik itu terpaksa menyorong neneknya dari Kok Lanas ke Kg Batu 8, Jalan Kuala Krai, Kelantan dengan menggunanakan kerusi roda rosak.
Menurut pengguna tersebut, budak lelaki tersebut terpaksa berbuat demikian selepas mereka tidak mampu membayar sewa rumah sejak beberapa bulan selepas nenek diserang angin ahmar.
“Sebelum ini, neneknya bekerja sebagai seorang pencari besi buruk setelah kematian suaminya beberapa tahun lalu,”maklumnya.
Difahamkan, mereka kini sedang berlindung di bahagian dapur rumah arwah ibu tiri kanak-kanak tersebut buat sementara waktu selain mengharapkan belas ihsan jiran-jiran.
Katanya lagi, mereka dua beranak ini amat memerlukan bantuan dari segi lampin dewasa, barangan dapur dan basikal bagi memudahkan urusan harian.
“Dari pemerhatian penulis, pesakit ini amat memerlukan lampin dewasa. Bayangkan 5 pek lamping dewasa pun sudah berharga RM100 lebih. Barangan dapur kerana jiran-jiran boleh tolong masakkan untuk mereka.
“Basikal kerana cucunya terpaksa berjalan kaki jauh juga untuk membuang lampin pakai buang neneknya di tong sampah,”tulisnya.
Dalam pada itu, dia turut memohon doa orang ramai agar segala urusan dua beranak itu dipermudahkan.
Rata-rata warganet turut bersimpati dan terkesan dengan nasib malang menimpa dua beranak tersebut selain turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.
Sumber: Facebook Irdk services
Anak Bergaduh Antara Yang Kecil & Yang Besar, Jangan Marah Yang Besar. Deep Perkongsian Ustaz Ni!

Setiap antara kita ada cara dalam mendidik anak-anak dan tidak dinafikan dalam usaha kita sebagai orang tua mengajar anak-anak ini, pasti ada perasaan marah. Apatah lagi perangai anak-anak ini memang menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa. Malah menjadi perkara biasa pula bila adik beradik ini sering bergaduh disebabkan perkara yang remeh.
Pun begitu walau dengan kemarahan itu tujuannya baik untuk mendidik, namun dalam emosi marah ada cara dan skil yang perlu dipraktikkan. Agar matlamat kita untuk mendidik itu tercapai dan bukannya apa yang dimarahkan itu seakan mencurah air di daun keladi pada anak-anak.
Ini dijelaskan secara mudah melalui perkongsian daripada Ustaz Khailil Razak, semoga perkongsian ini dapat menjentik hati kita menjadi ibu bapa yang lebih baik dalam mendidik anak-anak. InsyaAllah.
Dulu Masa kecik saya selalu bergaduh dengan abang saya no 5.. Macam anjing dengan kucing.. Ibaratnyee.. Hehe.. Tapi mak saya selalu menangkan abang saya.. Mak selalu marah saya rotan saya.. Pernah sekali saya pernah mencarut.. Kuar perkataan bukan-bukan.. Semoga Allah maafkan saya..Abang-abang pun apa lagi tangkap saya dan mak ambil cili dan cilikan mulut saya.. Perghhh rasa 2 inci laa tebal mulut ni.. Padahal tu salah abang saya.. Bukan salah saya.. Saya rasalah.. Haha..
Satu hari saya duduk dalam satu ceramah parenting daripada satu orang ustaz ni.. Ustaz tu kata “Kalau anak kita bergaduh yang kecil dan besar.. Jangan marah yang besar.. Sebab dia dah besar.. Malu dia depan adik dia dia kena marah.. Tapi marah yang adik.. Nanti abang dia tengok adik dia kena marah si abang akan rasa kesian pada adiknya..”
Saya terus terfikir.. MasyaAllah mak saya tak pernah pun pergi ceramah parenting saya rasa.. Atok-atok nenek kita tak pernah pun pergi kursus sebagainya..
Tapi rupanya mereka ni orang tua-tua masyaAllah cara mereka mendidik menyebabkan kita hari ni jadi “manusia”..
Ada sorang cikgu ni bagitau saya satu lagi ilmu.. Macamana nak kasi anak-anak kita berkasih sayang.. Rupanya dari kecil lagi kita kena latih mereka bagi hadiah sesama dia..” akak.. Ni hadiah adik bagi.. Akak cakap akak sayang adik…” kadang-kadang bagitau jugak kat kakak.. “adik.. Ni kakak ada bagi hadiah..” sebenarnya kita yang bagi hadiah tu.. Tapi gunakan nama anak-anak kita yang bagi.. Nanti mereka sayang antara mereka..
Sedih lihat hari ni.. Kadang-kadang pergi shopping dengan wife tertengok gelagat mak ayah.. Marah anak depan orang ramai.. Cubit lempang depan orang dan depan anak-anak yang lain.. Saya baru faham sebenarnya setiap anak ini ada maruah masing-masing. Jangan jatuh kan air muka anak kita depan anak-anak yang lain supaya mereka saling dapat sayang menyayangi.. Hormat menghormati..
Sebab tu kadang-kadang saya ditanya.. “Anak saya ni makin besar dah makin tak nak ikut kami pergi mana-mana ustaz..budak-budak sekarang..” Bagi saya sama sahaja budak sekarang dan budak dulu.. Tapi bagaimana cara kita mendidik dan suasana yang kita wujudkan di rumah dan di tempat dia belajar..
Anak-anak hari ni lebih suka duduk dengan kawan-kawan mereka sebab kawan-kawan lebih pandai menghargai dirinya berbanding kita ibu bapa hargai anak kita.. Kita lebih suka bercakap dengan talifon dan senyum pada talifon berbanding senyum dan bercakap dengan anak-anak kita.. YaAllah.. Ampuni kami.. Semua salah saya..
Saya pernah di kongsi satu orang pakcik dia suami kepada cikgu kimia saya dulu cikgu Joned Badar.. Pakcik mus ada 11 orang anak lelaki.. Dan semua berjaya macam-macam profession.. MasyaAllah.. Masa kecik anak-anak mereka ni kalau datang raya habis rumah orang dikerjakan.. Pecah sana pecah sini.. Tuan rumah berbulu je tengok.. Tapi pakcik mus ni hanya senyum dan tegur-tegur biasa je.. Tapi lepas balik rumah.. Pakcik mus akan bawa anak dia yang buat salah tadi masuk kereta dan bawa pusing-pusing makan ais krim lepas habis makan dia akan marah dan nasihat anak dia dalam kereta sorang-sorang..
Bukan di hadapan anak-anak yang lain.. MasyaAllah.. Banyak saya belajar dengan pakcik mus..
Kadang-kadang perasan tak.. Kita kata kat anak kita “ibu nak Ahmad balik sebelum pukul 6.30..!” Bila dia balik lewat kita marah mereka kita tengking mereka kita pukul mereka.. Tapi ada masa dia balik lagi awal daripda 6.30 kita lupa nak hargai mereka.. “Bagus anak ibu balik awal.. Anak soleh betul….” Kadang-kadang kita kedekut nak puji anak kita.. Kita lebih suka lihat kebaikan anak orang lain.. Puji anak orang lain berbanding kita puji darah daging kita sendiri.. YaAllah ampuni kami.. Semua salah saya..
YaAllah tuhan kami..maafkan kami..kami bodoh.. Tak pandai jadi ibu dan ayah.. Kami abaikan tanggungjawab kami untuk didik anak kami cara sunnah.. Kami tak kenalkan mereka denganMu dan nabi saw… Maafkan kami yaAllah kami lebih sibuk dengan dunia kami harta kami berbanding didik anak-anak kami jadi seperi sahabah rhum.. YaAllah ajarlah kami jadi ibu dan ayah seperti sahabah RHum.. Wahai Allah tuhan kami.. Janganlah jadikan anak-anak kami sebagai pengahalang pada kami untuk masuk syurgaMu.. Amiiin
Share jika terkesan di hati dan bermanfaat untuk jadi ibu bapa yang baik..
Ustaz Khailil Razak, Motivator Remaja
sumber : Ustaz Tido
Solat & Kalkulator. Unik Cara Ustazah Ni Guna Pada Anak!

Bila ditanya bagaimana trik yang anda gunakan untuk memastikan anak-anak dapat menunaikan ibadah solat dengan sendirinya tanpa disuruh-suruh, tentu setiap antara kita ada caranya yang tersendiri.
Namun diakui juga, terkadang usaha itu berjaya dan tidak kurang juga tidak terkesan di hati anak-anak. Maklumlah budak-budak, fikirannya belum matang.
Jadi di sini dikongsikan kaedah boleh digunakan sepertimana yang dipraktikkan oleh Ustazah Isfadiah. Menariknya trik ini, beliau menggunakan kaedah kiraan kalkulator.
Bagaimana dan apa hujjahnya, jom kita sama-sama hadam dan bolehlah dipraktikkan.
Solat dan kalkulator.
Tetiba saya teringat pengalaman sewaktu nak biasakan anak saya untuk solat, di usianya tujuh tahun. Waktu itu sebagaimana biasa saya mengajaknya untuk solat zuhur.
Dia bangun dalam keadaan merungut-rungut sambil berkata “Asyik solat, solat, solat!”.
Saya tersenyum dan dalam kepala teringat kakaknya juga dulu pernah tawar menawar solat asar nak buat 2 rakaat sahaja.
Saya tanyakan dia apa perasaannya jika saya umminya ucapkan terimakasih bila dia buat benda baik, dia jawab “I am happy!”. Saya tanya lagi “tau tak berapa banyak nikmat Allah kita ambil secara free?” Segera dia jawab “banyak”, saya tanya lagi pernah tak dia kira berapa banyak oksigen dia hirup? Dia geleng kepala. Saya minta dia ambil kalkulator, “jom kita kira berapa banyak kita ambil oksigen Allah sehari!” Nampak dia sangat excited.
“Okey picit 24 (jam) darab 60 (minit) berapa jawapannya? Dia jawab “1440”. Saya kata “setiap hari ada 1440 minit!”, “Sekarang darabkan minit dengan saat, 1440 x 60 ada berapa?” Saya tanya lagi. Anak lelaki saya kemudian tunjukkan saya kalkulator yang tertera di skrin nya nombor 86 400. Tak tahu sebut lah tu! “Banyak tak?” Saya tanya lagi dan Dia angguk.
Kemudian saya jelaskan padanya, kalau setiap saat kita ambik oksigen Allah begitulah jumlah banyaknya oksigen yang kita sedut 86 400! kita ambil dengan free tau! Tak payah bayar! Kita hanya perlu ucap terimakasih sahaja pada Allah. Dan cara terimakasih yang paling Allah suka adalah dengan solat, itu belum kira nikmat penglihatan, pendengaran, degup jantung, boleh jalan, kerdip mata. “Isyk banyaknya nikmat tu, dan kita hanya perlu balas 5 waktu solat!!! Macam tak padan kan? Dia terdiam.
Kemudian saya kata lagi “so now! What should we do?” Dengan segera dia jawab “Solat! Lantas dia bingkas bangun dan panggil paksa adiknya untuk turut sama solat! Semenjak itu dia segera solat.
(Jangan risau tempoh suka segera solat ni bertahan hanya seminggu je!) Lepas tu kena cari idea lain la pulak…
Mari kita ajak anak kita mengira nikmat Allah, sungguh tak akan terhitung bilangannya apatah lagi nilainya! dan berterimakasihlah dengan balasan ketaatan kita pada Allah. So Manfaatkanlah kalkulator di rumah.
sumber : Isfadiah