Anak yang anak lihat dan belajar, itulah yang akan kekal dalam mindanya sewaktu membesar. Oleh sebab itulah mak ayah perlu memilih saluran yang tepat untuk anak belajar dan tonton.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, berjuanglah untuk beri tontonan yang baik pada anak-anak kita. Jangan kita menyesal di kemudian hari nanti.
Hari tu saya dah geram sangat. Mulut anak-anak asyik menyanyi lagu Tik Tok. Tarian bukan-bukan pun diorang ikut. Paling tak best, diorang dah pandai tiru prank yang diorang tengok.
“You are what you watch. Kalau korang pilih tengok cerita bukan-bukan, perangai kita pun akan ikut jadi bukan-bukan. Perasan tak?”
Berkali-kali saya tekankan ayat,
“You are what you watch”
“You are what you watch.”
“Masa tengok video tanya kat diri, ada tak aku belajar benda bagus dari video ni? Kalau tak ada, next. Cari video lain.” Kata saya.
Lepas-lepas tu, jarang sangat diorang klik Netflix dan YT. Kalau klik pun, anak-anak pilih dokumentari dan video origami macam ni.
Saya tak kisah korang nak cakap saya kuno ke apa. Saya memang percaya kuasa bahan tontonan ni. Dia boleh bentuk pemikiran anak.
Apa yang kita suap ke otak, itulah yang kita jadi. Tak percaya, tengok apa yang anak istiqomah tonton hari ni, dah tengok kesannya 3 tahun akan datang.
Yang rajin layan video bahasa Inggeris, akan cenderung cakap bahasa Inggeris.
Yang rajin tengok video Huggy Wuggy, main pun ganas dan disturbing.
Yang suka tengok cerita seram, tingkah laku pun misteri semacam.
Kalau nak anak rajin mengaji, rajinlah bukak rancangan mengaji.
Kalau nak anak elok beradab, pilihlah cerita-cerita yang ajar adab dan sunnah Nabi.
Kita mak ayah kena ada rasa tanggungjawab untuk bantu anak pilih. Jangan sampai benda ni pun, Allah tanya kat akhirat nanti. Especially, bila pengaruh buruk skrin berleluasa sangat. Anak tak cari pun jumpa. Sebab nak cari benda baik kat skrin ni susah sangat.
You are what you feed your mind. Kalau kita suap otak dengan ilmu, percakapan dan gaya hidup yang bukan-bukan, lama-lama ia akan bentuk cara kita fikir jadi bukan-bukan jugak.
Cara fikir yang bukan-bukan tu juga akan jadi punca perangai kita jadi bukan-bukan. Pilih betul-betul bahan tontonan. Sama macam kita pilih buku dan pilih kawan.
Semoga kita kuat berjuang nak tolong anak-anak kita ni.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Bukan Salah Saya. Saya Cuma Nak Dipuji.” Luahan Anak Buat Wanita Ini Terkejut. Moga Jadi Iktibar.
Dalam tempoh membesarkan anak, ramai ibu bapa alpa tentang perasaan anak.
Emosi anak-anak dianggap remeh temeh oleh ibu bapa. Situasi ini jika dibiarkan menganggu perkembangan anak.
Begitulah yang didedahkan oleh Adlil Rajiah yang terkenal dengan perkongsian berkaitan keibubapaan.
_____________
Semalam, saya berborak dengan beberapa orang anak jiran yang datang “buat bising” kat rumah.
Saya tanya setiap sorang, apa yang diorang selalu harapkan daripada ibu bapa. Dan sokongan emosi macam mana yang diorang perlukan untuk rasa happy dan dihargai sebagai seorang anak.
.
Dan tanpa saya sangka, anak2 ni kalau bercakap soal emosi dan perasaan, boleh tahan jujur dan berdesup tembus ke jantung. Hahah.
Rupanya setiap anak yang wujud di muka bumi ni, mempunyai keperluan emosi yang tersendiri. Yang kalau kita ambil peduli, pasti connection kita dengan anak jadi sangat kuat, dan anak tu boleh jadi orang yang sangat berjaya dalam semua segi, insyaAllah.
Sebab EMOSI mempengaruhi 95% daripada seluruh aspek kehidupan manusia.
Kan?
.
So penting untuk ibu bapa kenalpasti KEPERLUAN EMOSI anak2.
Tapi macam mana?
.
Mesti la kena selalu berinteraksi dan berbual dengan anak.
Berbual kat sini means BERBUAL ye.
Bukan tanya dah makan belum,
dah buat homework belum,
dah solat belum.
.
Itu bukan berbual.
Itu berbuih.
.
Kalau ibu bapa asyik suruh suruh suruh, nasihat nasihat nasihat, maaf cakap la—
kalau saya jadi anak pun saya akan lari dari rumah.
.
So kita kena ambik tahu juga KEPERLUAN EMOSI anak. Terutamanya bila mereka semakin membesar, behaviour makin pelik2. Sebab behaviour ni sebenarnya SANGAT bersangkut paut dengan keperluan emosi.
.
So approach yang sama saya gunakan untuk menyelami emosi anak2 jiran saya tadi.
Untuk pengetahuan, range umur mereka adalah antara 6 hingga 13 tahun. Dan mereka datang dari latar belakang keluarga yang berbeza-beza.
Tapi setiap yang terluah dari mulut anak2 ni sangat membuka minda saya seluas-luasnya.
So mohon baca—
DENGAN HATI.
1) “Bukan salah saya. Saya cuma nak dipuji.”
Ini luahan seorang anak perempuan jiran saya.
Pernah sekali dia senyap-senyap masuk bilik ibunya dan main set make up ibunya.
Lepas dah siap conteng muka, dengan bangganya dia pergi tunjuk kat mak dia,
dengan harapan mak dia akan puji “kepandaian” dia ber-make up.
Tapi sebaliknya berlaku.
Bukan kena puji, tapi kena marah.
Siap kena rotan lagi.
Dan mak dia terus suruh pergi cuci muka.
So budak ni sangat sedih dengan reaksi ibunya.Sebab niat asal dia hanya mahukan perhatian dan pujian dari seorang ibu. Tapi yang dia dapat adalah kemarahan dan hukuman.
And according to her, dia sentiasa kagum everytime tengok mak dia make up sebelum pergi kerja. So hari tu, dia cuma nak buat mak dia pulak rasa kagum dengan dia, sepertimana dia kagum dengan mak dia setiap hari.
Itu je.
Tapi sebab mak dia tak faham keperluan emosi anak dia ketika tu, maka merasa lah rotan singgah di badan.
Imagine if you were in her shoes.
Sedih kott.
2) “Saya nak sentiasa jadi nombor satu dalam hati ibu bapa.”
Ini luahan paling banyak saya terima dari anak2 yang saya tanya.
Most of them kata, mereka benci bila dinombor-dua atau dinombor-tiga-kan oleh ibu bapa mereka sendiri.
Nombor satu siapa?
Anak jiran, sepupu2 atau anak kawan sepejabat mak ayah.
Contoh paling tipikal,
“Tengok anak kawan mama tu. Juara tilawah al-qur’an, johan pertandingan silat, dapat anugerah pelajar cemerlang. Seronok mama tengok dia. Tapi anak mama? Hmm..”
Anak sendiri dipandang rendah, anak orang lain dipandang tinggi.
Macam..biasa dengar je skrip macam ni, kan?
3) “Saya anggap Papa macam superhero saya. Tapi..”
Ada sorang budak ni, jawapan dia paling membuka minda saya.
Seorang anak lelaki yang sangat memandang tinggi kepada bapanya.
Reason dia, sebab dia kagum tengok bapak dia pergi kerja pakai baju uniform tentera.
Pada pandangan anak ni, bapak dia lah yang paling segak, paling kacak, paling berkuasa, dan jauh lebih power dari captain america katanya.
In fact, dia bercita-cita nak jadi seperti ayahnya satu hari nanti.
Tapi, as time goes by, dia semakin tak selesa bila dia mula faham banyak perkara negatif pada ayahnya.
Merokok, pukul mak dia, dan panas baran.
So secara tak langsung emosi dia jadi tak stabil dan keliru.
Sayang, kan?
Nampak tak, betapa setiap dari kita ni ibarat superhero di mata anak?
Dah elok2 anak admire kita, tapi kita cemarkan imej sendiri dengan perangai negatif. Sepatutnya kita sentiasa be that superhero. Be that idol di mata anak.
Sebab ada anak yang keperluan emosi mereka adalah emosi ibu bapa mereka.
Kepimpinan melalui teladan, kan?
Nak anak yang baik, kita dulu kena jadi contoh yang baik.
4) “Izinkan saya explore dan beri saya peluang.”
Rintihan yang banyak saya dengar jugak—
mak bapak jarang bagi peluang dan pendedahan.
Anak nak tolong potong sayur, tak bagi.
Anak nak tolong kelim karipap, tak bagi.
Anak nak tolong basuh kereta, tak bagi.
Anak nak tolong lipat baju, tak bagi.
Alasannya tetap sama,
nanti lambat siap, nanti tak jadi, nanti menyusahkan mak bapak nak kena re-do kerja.
Oh kamon.
Siapa guru terbaik kalau bukan pengalaman?
Tepuk dada,
hantuk kepala kat dinding.
5) “Dengar lah cerita saya.”
Ramai anak jiran yang saya tanya, akan cakap, parents jarang dengar cerita mereka.
Pura-pura dengar selalu lah, tapi betul-betul LISTEN jarang sekali.
Sebab kita selalu anggap cerita budak2 ni remeh, buang masa dan tak lojik.
Kan?
Saya nak share satu perkara.
Rumah saya kat Perak ni takde TV.
Dan jiran2 selalu rasa pelik dan anggap rumah kitorang ni sunyi dan boring sebab takde TV.
Tapi almost everyday, anak2 diorang datang berkumpul kat rumah saya.
Nak-nak kalau cuti sekolah.
Memang dari pagi sampai ke maghrib tu diorang melekat kat rumah saya je.
WALAUPUN TAKDE TV.
Walaupun mak abah diorang kata rumah saya boring.
Nak bagitahu kat sini,
anak2 ni sebenarnya hanya perlukan somebody to LISTEN to them.
Cuma nak didengari dan diberi perhatian.
Itu je.
Bagi saya, rumah yang ada TV 80 inci, 800 juta channel, adalah jauhhh lebih sunyi daripada rumah yang takde TV langsung,
tapi mempunyai sepasang telinga yang sentiasa mendengar.
FIKIRKAN.
6) “Saya selalu berusaha untuk buat mak bangga. Tapi mak kata saya gagal.”
Ini especially bila musim exam.
Most parents tengok result exam, berbanding effort anak untuk menghadapi exam tu.
Sebab kita selalu percaya, result represents effort. Which sebenarnya SALAH YANG TERAMAT SALAH.
Apa masalahnya kalau anak kita score hanya dalam subjek yang dia minat?
Apa salahnya bangga dengan pencapaian anak walaupun tak seberapa?
Apa salahnya bagi dorongan instead of menghukum?
Adakah sebab anak tak mampu capai target yang kita tentukan?
TARGET YANG KITA TENTUKAN?
Bukan ke target sepatutnya mengikut potensi anak?
Dapat 4A 1B pun kena bebel, kena paksa pergi tuisyen nambelas kali seminggu. Padahal baru darjah 1.
Hmm. Kalau mentaliti macam ni, memang anak akan jadi robot la nanti.
Bukan jadi manusia.
7) “Saya nak sokongan, bukan hentaman.”
Sorang anak jiran saya bagitahu yang dia selalu dibuli kat sekolah. Dan setiap kali dia dibuli, dia akan melawan dan kadang2 dibalas balik.
Dah banyak kali dia cuba nak ceritakan kat cikgu, tapi respon yang diterima tetap sama–
“PILIH KAWAN. Jangan jadi samseng kat sekolah.”
Bila dia mengadu kat mak ayah pun, kena marah. Dituduh pulak dia yang mulakan pergaduhan dan suka cari gaduh.
So sekarang ni, apa yang emosi dia tak dapat adalah sokongan dan perlindungan daripada orang yang lebih dewasa, especially mak ayah dia.
I almost cried listening to his story.
Sebab bagi saya, dia sangat baik.
And he told me, kalau boleh dia nak jumpa saya setiap hari, sebab dia rasa selamat.
So nampak tak, emosi dia sebenarnya nak apa? Cuma nak perlindungan dan sokongan je. Itu pun susah mak ayah nak bagi.
Sekian 7 kisah luahan perasaan anak2 jiran yang selalu datang rumah saya.
Amacam? Bergetar eyebag baca keperluan emosi diorang, kan? Rasa macam boleh relate dengan perangai sendiri sebagai ibu bapa kan? Macam sentap-sentap pedih-pedih je rasa dia kan?
Bayangkanlah saya yang dengar sendiri dari mulut diorang. Sebak woih! Sebab macam baru tahu apa yang terpendam di lubuk hati anak2 selama ni.
Saya pun belum sempurna dan selalu jugak neglect emosi anak sendiri. Parenting author walaupunnn. Tapi banyak juga cacat celanya.
*tetiba sedar diri*
So lepas ni kena lebih perihatin dengan keperluan emosi anak okay?
Sebab behaviour problems yang kita lihat pada anak selalunya berkait rapat dengan keperluan emosi mereka.
So cara paling mujarab untuk tangani adalah dengan mendalami emosi mereka.
Semoga bermanfaat,
Sumber: Adlil Rajiah
“Harapan Tinggi, Nak Jumpa Mak Di Sana. Tak Tahulah Ke Mana Tuhan Letak Aku Nanti.” PU Azman Kongsi Momen Bersama Arwah Ibu, Buat Netizen Sebak Baca
Isi Kandungan
ToggleRindu yang paling sakit adalah rindu pada yang telah tiada. Itulah kata-kata yang sering diungkapkan apabila merindui mereka yang telah pergi buat selama-lamanya. Terutama sekali insan yang paling disayangi seperti ibu kita.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, PU Azman ada memuat naik luahan rasa mengenai arwah ibunya menerusi laman instagramnya.
Aku takut kehilangan, semua orang takut kehilangan.
Tapi bila Allah takdirkan sebuah kehilangan, rupanya Allah nak anugerahkan sebuah rasa.
RINDU. Rindu yang menyingkap kenangan.
Dalam pada itu, PU Azman turut berkongsi masakan kegemarannya yang sering dimasak oleh arwah ibu.
Masa Mak ada dulu, dia masakkan lauk kegemaranku. Masak lemak cili api tenggiri, sambal ikan selar dan sayur goreng tanpa seafood.
Sekarang ni akak yang selalu masakkan untuk aku. Persis masakan Mak.
Aku dibesarkan oleh beberapa wanita agung. Mak panggil aku adik. Kalau dia mengamok, dia panggil nama penuh.
Dulu kalau mak naik hantu, dia kejar aku dengan rotan. Aku cari meja. Berlari keliling meja. Akak akan back up.
Dulu kalau nak tinggalkan Mak masa nak balik rumah aku, Mak akan berdiri di muka pintu sambil lambai aku. Sampai hilang dari pandangan, dia masih berdiri dengan tenaga tuanya.
Sekarang ni Mak yang tinggalkan aku. Macam nak masuk dalam perut Mak balik. Taknak pergi ke mana-mana.
Tatkala melihat waniat lain seusia ibunya membuatkan dia kembali teringat dan rindu dengan ibunya.
Sekarang ni, kalau nampak wanita wanita tua, memang aku jatuh sayang, sebab teringat mak. Aku anggap mereka macam mak aku.
Harapan aku tinggi. Nak jumpa mak di sana. Tapi tak tahulah ke mana Tuhan letak aku nanti. Tapi selagi masih hidup, aku cuba usaha terbaik untuk diri sendiri dan doa terbaik untuk mak.
Aku pun tak pasti Mak tahu ke tak yang kat tengkuk aku ada taik lalat.
Sekarang ni aku masih ada Abah. Mak jangan risau Mak, Abah takder awek lain,” Demikian perkongsian oleh PU Azman.
View this post on InstagramA post shared by Azman Syah (@pu_azman) on
View this post on InstagramMoga Allah ampunkan dosa aku dan dosa emak. Tahun ni, Ramadhan ketiga tanpa mak.
A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on
Pengikut PU Azman turut berkongsi pengalaman dan kenangan dengan yang tersayang menerusi perkongsian tersebut.
ciksal8897 Sedih… Rindu. Sy rindu kwn baik sy, anak sy, suami sy.. Sy hrp kt sana nnt sy jmpa semua. Cik man dh bt sy ?
zana_dyg_zanariah Sebak baca. Wpun last ayat tu Ada unsur lucu. Tp paham apa yg tersirat. Tq cik man. Stiasa mgingatkan kmi yg kdg2 lupa.
jaja_mafuza88 Assalam ustaz..boleh x bg sy masakkan utk ustaz plak?..ehh..??..ni kang ade yg sebok stalk aku comment kt cni..ciss..xleh tgk org senang sket..??
siti_aswad875 Saya kehilangan arwah suami yg sgt baik..dlm usia yg muda Dan ank ank masih kecil…org yg merasa sj akn phm perasaan kehilangan ni..tp Allah ada Allah sayang?
ashahussin Sedih nya ustaz kerana saya juga da tak da mak rindu mak
rosniabdkadir betul sangat?? kalau dulu, ada tempat mengadu..
nak pegi keje call mak, otw pegi keje jln kem call mak, kat tempat keje tgh stress call mak, balik keje jln jem pun call mak lagi..rindunya tempat mengadu, kalau xcall mak rase xlengkap hidup sehari?? tp Allah syg kan mak..mak pergi dulu..
shieralova Al Fatihah. Mmg sedih kehilangan org tua kita. Rindu yg xtrkata. Perginya abah sy tiada pengganti. Bila ada org tua serupa dgn abah. Tp terbatas utk kita. Xblh peluk xblh cium.hanya pengubat rindu sedikit. Btl lah ibu bapa tiada pengganti. Tp caption ustaz sy bca dri ats mula2 sedih. Smpi bwh trus ketawa. Main jiwa lah ustaz @pu_azman moga org tua kita tenang disana. Amiin?
nasuhahahahaha Alfatihah buat ibu kesayangan pu azman
ayu_mahmud_ Rindu yg paling sakit adalah rindu pada yang telah tiada
Disebalik rasa sebak dan luahan yang menyentuh hati itu, netizen sedikit terhibur dengan penghujung ayat dicoretkan PU Azman.
zana_dyg_zanariah Sebak baca. Wpun last ayat tu Ada unsur lucu. Tp paham apa yg tersirat. Tq cik man. Stiasa mgingatkan kmi yg kdg2 lupa.
qasehmanjeputeri_zainrose ????Mata dh bgenang cik man??Tp bila baca part last tersembur Nescafe sayaaaa????Hahahahahahahahahahahahahahaha
mrs.nadya_norman Sedih da ayat atas.. tang xde awek lain .. terus gelak.. tang taik lalat lg laaa.. ??♀️?
kerana_aku_lah_ahmad_itu dah nak bergenang air mata..tetiba masuk part abah takde awek lain pecah rumah plak aku gelak?
sarahmumtaz Nak tekeluar air mata, tiba2 termasuk balik air mata tu
haszra Baru nak fefeeling airmata tetiba xjdk bila baca part last ??♀️
Sumber: IG pu_azman
Pasangan Baru Kahwin Idamkan Hubungan Berkekalan Sepanjang Hayat? Ni 10 Tip Dari Peguam Syarie!
Sekarang ni buka je laman sosial, pantang scroll feed mesti akan naik gambar rakan-rakan kita menamatkan zaman bujang mereka.
Lebih-lebih lagi sekarang ni dengan situasi yang tak mengizinkan, kebanyakan memilih untuk membuat secara kecil-kecilan sahaja dengan mengehadkan jumlah tetamu.
Pada yang tak dijemput, jangan terasa hati. Lebih baik kita mendoakan yang baik-baik. Kan?
Pada pasangan pengantin, perkahwinan ni bukan untuk setahun dua, harapnya kekal hingga selama-lamanya. Jadi, yang mana masih lagi belajar untuk hidup berdua, jom ikuti perkongsian dari peguam syarie, Fahmi Ramli tentang perkara penting yang anda perlu buat untuk elakkan kemusnahan rumahtangga.
10 Perkara penting “Pengantin Baru” kena buat untuk elak perceraian
Kadang kala, semasa nak jadi pengantin baru ni, ada pasangan yang mungkin tak ambil tahu tentang persiapan yang perlu selepas kahwin. Bukan terlambat, cuma jangan tidak ambil tahu langsung.
Selepas berkahwin, banyak cabaran besar bakal berlaku kepada pasangan baru. Khususnya hal yang berkaitan pengurusan dan undang-undang keluarga Islam. Jika enggan peduli tentang isu ini, pastinya akan berlaku keretakan besar istana yang dibina.
Jadi, saya nak kongsikan 10 perkara penting kepada bakal pengantin baru perlu ambil peduli selepas kahwin kelak.
1. Teruskan belajar tentang ilmu kekeluargaan Islam
Selepas saja suatu pasangan diakadnikah, mereka perlu tahu bahawa mereka sudah terikat dengan Undang-undang Keluarga Islam. Jadi, mahu atau tidak, suami dan isteri perlu belajar tentang ilmu kekeluargaan Islam.
Khususnya perkara yang penting untuk diketahui berkaitan dengan hak suami isteri selepas kahwin, hak anak, hak selepas perceraian dan hak suami isteri jika berlaku kematian.
Memang kita tak mahu cerai dan mati, tapi kita perlu tahu, ajal dan jodoh atas ketentuan Allah. Mahu atau tidak, kita perlu terus belajar dan ambil peduli tentang perkara ini.
2. Suami kena sedia tempat tinggal yang selesa & berasingan kepada isteri
Rumah adalah keperluan wajib untuk suami sediakan kepada isteri. Sebaiknya, rumah ini disediakan berasingan daripada orang lain termasuk ahli keluarga suami atau keluarga isteri.
Jika suami dan isteri ‘PJJ’ atau perkahwinan jarak jauh, tidak tinggal bersama, suami tetap wajib sediakan rumah kepada isteri. Boleh sewa atau beli, yang penting disediakan tempat tinggal yang selesa dan berasingan kepada isteri. Ini termasuklah perbelanjaan rumah seperti elektrik dan air perlu dibayar oleh suami.
3. Rancang kewangan dengan bijak
Salah satu sebab terjadinya pergaduhan suami isteri sepanjang karier saya, didapati banyak pasangan yang bercerai diawal usia perkahwinan adalah disebabkan ‘duit tak cukup’ atau bergaduh ‘sebab duit’.
Pada saya, untuk elakkan pergaduhan tentang wang ringgit, mesti perlu ada budget atau perancangan kewangan yang bijak serta mesti dipatuhi suami isteri. Kalau negara kita ni pun, sampai berdebat dalam Parlimen untuk budget diluluskan, maka amat penting jugalah suami isteri bincang betul-betul budget bulanan dan tahunan.
4. Masukkan nafkah belanja isteri secara online transfer setiap bulan
Jika suami itu seorang anggota tentera, pasti tak ada isu tak dapat Nafkah sebab anggota tentera wajib ada potongan kepada isteri. Mungkin isu yang timbul adalah isu tak cukup nafkah. Itu perkara lain. Namun, contoh ini patut diteladani oleh pasangan yang lain.
Setiap bulan, suami wajib masukkan duit belanja isteri ke dalam akaunnya bagi mudah membuktikan bahawa pemberian nafkah berlaku. Sekiranya duit yang hendak diberikan suami itu termasuk duit rumah, perbelanjaan isi rumah dan anak-anak, perlulah masukkan sejumlah wang yang wajar. Janganlah masuk setiap bulan RM200, tapi duit itu jugalah untuk isteri bayar sewa, beli barang dapur, beli barang anak. Memang tak cukup sangat lah.
5. Dapatkan nasihat atau kaunseling jika berlaku perbalahan
Sekiranya berlaku pergaduhan suami isteri, segera dapatkan khidmat kaunseling di Pejabat Agama. Jangan pendam setiap masalah. Ia perlu diluahkan kepada orang yang boleh bantu selesaikan masalah anda.
Tidak semestinya suami yang perlu mohon kaunseling, isteri secara bersendirian boleh mohon untuk kaunseling walaupun suami enggan kaunseling.
6. Adu pada keluarga sebarang masalah, jangan pendam
Setiap isu dan permasalahan yang timbul, andai perkara itu kecil macam mana sekalipun, jangan simpan sendiri. Ada yang ahli keluarga tak tahu sebarang masalah, kerana tak pernah diberitahu.
Misalnya sering berlaku pergaduhan fizikal, duit belanja tak cukup dan lain-lain. Kadang ahli keluarga bukan nak suruh cerai, tapi nak jadi orang tengah yang boleh bawak berbincang. Kalau nak nikah dulu pun pakai ahli keluarga untuk bercakap, takkan bila jadi isu, kita abaikan mereka.
7. Buang tabiat lama yang negatif
Jika semasa bujang, ada tabiat merokok misalnya, selepas kahwin patut buang kerana duit belanja harian akan bazir dan bahaya kesihatan anak isteri. Begitu juga dengan tabiat lain isteri, kalau masa bujang banyak bergaul mesra dengan rakan sekerja, maka selepas kahwin, perlu ada batasannya.
Sama juga dengan hobi yang mungkin tak bagus untuk perkahwinan. Contohnya, suami asyik main game tak kira waktu siang malam sebab biasa buat semasa bujang, hobi tu patut dibuang atau dikurangkan. Ini adalah salah satu punca pasangan muda bercerai zaman ini.
8. Siang waktu bekerja, malam waktu bersama keluarga
Kalau dulu zaman bujang selalu lepak di kedai mamak waktu malam untuk tengok bola dengan kawan-kawan, selepas berkahwin perlu ada hadnya. Khususnya ketika pasangan yang baru ada anak kecil.
Siang anda sudah spend masa untuk bekerja dan bersama pekerja, maka waktu malam apa salahnya menggunakan waktu sebaik mungkin untuk bersama anak isteri. Apa salahnya tonton bola kegemaran anda di rumah bersama anak isteri kan?
9. Jangan sembunyikan perkara penting
Tolong jangan sembunyikan apa-apa maklumat khususnya berkaitan dengan hutang, harta yang dimiliki dan tanggungan yang ada sebelum dan selepas kahwin. Kadang-kadang ada wanita yang tak tahu, rupanya suami yang dikahwini tersebut mempunyai isteri lain dan anak-anak terdahulu.
Begitu juga setiap pasangan, jangan ada meletakkan password telefon atau apa-apa password bank yang tidak diketahui kepada setiap pasangan. Meletakkan password yang tidak diketahui ini pasti akan menimbulkan rasa curiga dan boleh sukarkan pasangan untuk keluarkan duit bank jika kematian anda bagi urusan terdesak.
10. Utamakan perbelanjaan isteri dan anak sebelum diri sendiri dan orang lain
Bila dah kahwin, suami wajib meletakkan keperluan isteri dan anak lebih penting daripada segalanya sebab suami yang sanggup nak pikul amanah tersebut. Kalau tidak, apa guna nikah kalau belanja isteri pun tak mampu. Belum lagi dapat anak yang perbelanjaannya pun agak tinggi sekarang.
Kadang-kadang, ada yang tak mampu tanggung diri sendiri pun, tapi nak juga nikah. Akhirnya, diri terbeban bukan sebab tak mampu, tapi sebab asyik ditakuk yang lama. Jangan nafkah anak dan isteri terabai sudah la.
Ada tak rakan atau saudara anda pengantin baru? Boleh tak sampaikan amanat saya ini seluas-luasnya?
Sumber : Fahmi Ramli
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/