Anzalna Sebak Lihat Rider Gendong Anak, Ajak Datang Nak Bagi Barang Bayi.

Share

Hati mana yang tidak sayu melihat kepayahan hidup insan lain. Lebih meruntun jiwa apabila ada yang terpaksa membawa anak bersama mencari rezeki dalam keadaan terik panas.

Anak kecil yang masih mentah sepatutnya bermain untuk menerok persekitarannya, sebaliknya terpaksa mengikut orang tua kepayahan mencari rezeki.

Yang pasti, semua ibu bapa mahu memberikan yang terbaik buat anak. Namun apakan daya, kesusahan hidup memaksa membuatkan mereka tiada pilihan terpaksa membawa anak bersama-sama menempuh kesusahana mencari rezeki yang halal.

Kepayahan hidup yang dilalui oleh penghantar makanan membawa anaknya tular sehingga menarik perhatian pelakon, Anzalna Nasir.

Melihat perkongsian Ebit Lew, ibu kepada dua orang cahayamata ini meluahkan hasrat untuk membantu lelaki berkenaan.

Hasrat ingin membantu itu diluahkan menerusi InstaStory, Anzalna yang mahu menghulurkan sumbangan dari segi keperluan bayi sekiranya anak rider tersebut adalah lelaki.

“Hanya Allah yang dapat membalas jasa Ebit Lew. Rezeki abang ni dapat motor baru,”

“Anak abang (rider) ni lelaki ke? Kalau lelaki, boleh datang ke rumah Anzalna.. banyak barang-barang bayi nak bagi kat dia.”

EBIT LEW BAGI HADIAH MOTOSIKAL BARU

Terdahulu, menerusi facebook Ebit Lew, menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada bapa tiga anak itu selain memintanya mencari pengasuh supaya bayi digendong tidak perlu dibawa sekali ketika keluar bekerja.

Sebak bila lihat video adik ni bawa anaknya sambil kerja menghantar makanan. Motor pinjam dengan mertua. Isteri kerja butik baju. Duit tak cukup. Menangis je masa jumpa tadi. Terharu dapat berjumpa. Saya hadiahkan motor baru untuknya dan minta adik ni cari pengasuh untuk anaknya. Nanti saya akan bantu bayar bulanan pengasuh. Ulang kali abang ni ucap terima kasih.

Saat kita merasa kita susah ada orang lain yang lagi memerlukan. Bila hadiahkan motor melihat air matanya membuat kita rasa lebih bersyukur. Besar nilai rezeki tak sangka-sangka. Semuanya dari Allah.

Semoga Allah mudahkan hidupnya. Berkatkan rezeki buat keluarga ini. Doakan buat semua saudara kita yang dalam kesusahan di luar sana yer.

Sumber: anzalnanasir88 dan  Ebit Lew

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club