Hati mana yang tidak sayu melihat kepayahan hidup insan lain. Lebih meruntun jiwa apabila ada yang terpaksa membawa anak bersama mencari rezeki dalam keadaan terik panas.
Anak kecil yang masih mentah sepatutnya bermain untuk menerok persekitarannya, sebaliknya terpaksa mengikut orang tua kepayahan mencari rezeki.
Yang pasti, semua ibu bapa mahu memberikan yang terbaik buat anak. Namun apakan daya, kesusahan hidup memaksa membuatkan mereka tiada pilihan terpaksa membawa anak bersama-sama menempuh kesusahana mencari rezeki yang halal.
Kepayahan hidup yang dilalui oleh penghantar makanan membawa anaknya tular sehingga menarik perhatian pelakon, Anzalna Nasir.
Melihat perkongsian Ebit Lew, ibu kepada dua orang cahayamata ini meluahkan hasrat untuk membantu lelaki berkenaan.
Hasrat ingin membantu itu diluahkan menerusi InstaStory, Anzalna yang mahu menghulurkan sumbangan dari segi keperluan bayi sekiranya anak rider tersebut adalah lelaki.
Ads
“Hanya Allah yang dapat membalas jasa Ebit Lew. Rezeki abang ni dapat motor baru,”
“Anak abang (rider) ni lelaki ke? Kalau lelaki, boleh datang ke rumah Anzalna.. banyak barang-barang bayi nak bagi kat dia.”
Ads
EBIT LEW BAGI HADIAH MOTOSIKAL BARU
Terdahulu, menerusi facebook Ebit Lew, menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada bapa tiga anak itu selain memintanya mencari pengasuh supaya bayi digendong tidak perlu dibawa sekali ketika keluar bekerja.
Sebak bila lihat video adik ni bawa anaknya sambil kerja menghantar makanan. Motor pinjam dengan mertua. Isteri kerja butik baju. Duit tak cukup. Menangis je masa jumpa tadi. Terharu dapat berjumpa. Saya hadiahkan motor baru untuknya dan minta adik ni cari pengasuh untuk anaknya. Nanti saya akan bantu bayar bulanan pengasuh. Ulang kali abang ni ucap terima kasih.
Saat kita merasa kita susah ada orang lain yang lagi memerlukan. Bila hadiahkan motor melihat air matanya membuat kita rasa lebih bersyukur. Besar nilai rezeki tak sangka-sangka. Semuanya dari Allah.
Ads
Semoga Allah mudahkan hidupnya. Berkatkan rezeki buat keluarga ini. Doakan buat semua saudara kita yang dalam kesusahan di luar sana yer.
Apabila rumah kemas, sudah tentu hati kita pun rasa tenang. Jika rumah bersepah, akibatnya kita pun jadi mood ‘ke laut’. Itu yang buat rasa rumah tu bukan ‘rumahku syurga ku’.
Jika hari-hari isteri buat perkara yang sama iaitu kemas rumah kemudian selerak balik. Pasti hilang arah dibuatnya. Tambahan pula, anak-anak yang pelbagai karenah.
Pernah tak alami, bila dah penat sangat, kita akan biarkan rumah itu berselerak berhari-hari hingga kita ada mood nak kemas.
Begitu yang dikongsi oleh lelaki ini. Beliau sendiri alami perkara yang sama. Malah beliau bayangkan jika ada isteri yang alam perkara yang sama bila alami perasaan ‘burn out’ iaitu keletihan yang melampau. Boleh buat stress.
Moga jadi iktibar. Jangan pula suami lepas tangan bila tengok rumah macam ni. Kenalah bantu isteri.
Ikuti perkongsian ini.
Aku ni dah 2 minggu tak kemas rumah. Jadi pengurus rumahtangga ni adalah sejenis kerja berat yang drained your energy, physically dan mentally. Rumah aku dah berselerak yakmat. Lantai melekit, sofa berconteng dan segala jenis sisa dok ada, baju penuh berlonggok dalam bakul, bilik tidur bersepah kemain, bilik air pun aku cuci sinki dan toilet jer. Penat. Penat sampai aku tutup aku punya deria dan sensori untuk rasa tak selesa, kotor dan macam-macam. Asalkan lipas dan tikus besar tak datang, aku ok jer. Burnt out weh. Burnt out.
Apa benda burnt out tu?
Ia adalah sejenis keletihan melampau akibat tugas yang banyak dan kerja yang berlebihan. Siapa kata kerja duduk rumah, memvakum, mengemop, sapu sawang, menyiang ikan, memotong bawang, memasak, mengemas katil, mengemas lego, mendobi, melipat kain baju, menggosok baju, menyiram pokok, menukar lampin, memandikan anak, hantar anak sekolah, ambik anak sekolah, buat susu, cuci botol, suap makan, mengajar, menempik, melaung, menjerit, menangis itu semua adalah kerja mudah dan tidak penat? Korang cuba rasa sendiri maka tahulah yang it was never easy. Mujurlah aku ni seorang diri. Takde isteri nak komplen. Kalau pengurus rumahtangga yang lain? Mesti suami bising kan? Apalah lantai melekit ni, kenapalah ada biskut kat sofa ni. Kenapa penuh serbuk dan sisa kat karpet ni. Kenapa sakit sangat terijak lego ni, dan macam-macam lagi.
Rumah selerak sebab isteri tengah burn out
Gais, kalau balik rumah dan perasan rumah berselerak maka ketahuilah olehmu yang isterimu itu tu tengah burnt out. Jadi, bantulah. Kalau tak just diam sahaja, jangan komplen. Paling bagus, kutiplah toys tu, angkatlah kain di jemuran tu, cucilah toilet dan bilik air tu. Anak-anak tu kejar semua ke bilik air dan mandikan dan siapkan. Dan ajaklah isteri keluar makan di luar. Atau, memandangkan Covid yang masih berleluasa ni maka order jelah online. Namun kalau sedang berjimat cermat maka suruhlah isteri masak kalau diri sendiri tak pandai.
Suami kena bantu isteri
Tapi syaratnya yang lain kena bantulah. Janganlah tengok dia yang nak senyum tu pun tak berapa terdaya dan kita pergi tambah lagi beban dia. Dah suruh dia masak sedap-sedap, jangan lupa taruh belacan lah itulah inilah. Lepas tu di layan kita macam raja, siapkan air basuh tangan, siap sendukkan nasi tambah, siap tuangkan air minuman dan tunggu kita makan sampai kenyang sambil dia uruskan dan suapkan makan anak-anak. Kita pulak lepas makan sedap-sedap tinggal jer pinggan tu atas meja. Hmmm. Hati perut simpan kat mana entah? Kalaupun selama ini memang kita jenis dapat layanan begitu, dah memang gitu cara kita suami isteri melayan dan dilayan, tapi bila nampak isteri tengah burnt out, maka kita take over lah pulak.
Sukarnya bergelar surirumah
Seksa weh, jadi surirumah dengan anak-anak kecik ni. Aku dah 2 tahun buat semua ni sorang diri. Aku tahu lah betapa sukarnya. Sampai pandai bersilatlah semua mak-mak ni, semua jurus dia tahu. Selalunya isteri ni memang redha bila jadi suri rumah dan buat segala macam kerja sebab ada yang rasa itu memang tugas dia. Sebab dia tak bekerja di luar, jadi kerjanya di rumah. Itulah perkahwinan, bantu membantu. Suami di kerja cari duit, dia di rumah uruskan semuanya. Namun jangan ambil kesempatan. Jangan sesekali kita perlekehkan isteri bila dia mengadu penat. Jangan sesekali kita keluarkan ayat: “Eleh, kerja duduk rumah pun penat sangat ke?” Kalau kita keluar ayat begitu maka kita telah hina isteri dan pekerjaan dia. Aku yakin hampir semua isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa ni sanggup jer bertukar kerja dengan suami dia. Biar dia keluar pagi balik malam kerja di pejabat, dan kita terhegeh-hegeh nak tukar lampin anak yang beraknya dah busuk sampai bau ke rumah jiran sebelah. Waktu tu baru kita tahu langit tinggi rendah. Kalau kita nak jadi raja, maka layanlah isteri macam permaisuri. Haaa gituuuu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tampil dengan imej yang ramping selepas mendapat rawatan mata akibat kemalangan di set pengambaran, ramai yang bertanya soal perubahan fizikal pelakon hebat, Fasha Sandha. Malah, jika dilihat di laman Instagram miliknya, ramai dalam kalangan peminat meminta tip yang diamalkan olehnya.
Memetik laporan Harian Metro, akhirnya pelakon yang terkenal dengan babak air mata ini akhirnya buka mulut tentang perubahan fizikalnya itu di masa salah satu sebabnya ketika dimasukkan ke hospital selera makannya agak berkurangan.
“Tambah lagi waktu itu bulan puasa. Jadi masalah kurang selera ini bersambung-sambung. Memang saya nak kurus tapi bukan dalam keadaan tak sihat. Kalau kurus biarlah saya sihat dan gembira.
“Setakat ini saya alami penurunan sebanyak 10 kilogram. Sebenarnya banyak faktor lain juga saya kurus. Salah satunya lepas keluar hospital saya jaga makan.
“Yang ketiga saya kurangkan pengambilan daging dan ayam pada hari biasa. Isnin hingga Jumaat tak makan ayam langsung. Sabtu dan Ahad baru makan. Saya hanya makan ikan dan nasi sikit,” katanya.
Fasha berkata, dia juga terpaksa kurus untuk shooting drama Rampas Cintaku musim kedua dengan MIG Productions pada Jun ini.
“Syarat untuk berlakon drama ini ialah saya kena kurus. Dalam kontrak pun disebut kena kurus. Petua untuk elak makan ayam dan daging saya dapat dari pelakon Syamim Farid.
“Saya kagum dia langsung tak makan nasi. Apapun suami saya, Aidil sangat menyokong walaupun saya gemuk atau kurus. Dia tetap sayang dan yang penting saya sihat.
“Harapnya lepas habis shooting drama ini, berat saya boleh bertahan. Saya mudah lupa diri juga dalam bab pemakanan,” katanya.
Dalam pada itu, Fasha juga berkongsi bahawa dia menangguhkan dulu pembedahan tulang mata kirinya yang patah serta bebola mata kiri berdarah dan bengkak.
Fasha berkata, dia sepatutnya perlu menjalani pembedahan, tapi disebabkan enggan matanya berbalut, membuatkan dia mengambil keputusan untuk melakukannya selepas Hari Raya.
“Saya tak naklah mata berbalut waktu raya. Tapi apapun proses rawatan sedang berjalan. Luka luar dah hilang. Cuma dalam masih patah. Ibaratnya jari kita mengalami sedikit patah tapi kita masih gerakkan tulang tangan.
“Memang tak sakit kalau mata tak digerakkan ke kiri. Kalau kita paksa mata gerak arah itu memang sakit,” katanya ditemui pada majlis Rumah Terbuka Global Station.
Terdahulu, mata kiri Fasha cedera akibat terhempap bucu katil ketika menjalani penggambaran telefilem Anak Tuan bersama Azhan Rani di Johor Bahru, Johor.
Melalui rakaman video yang dikongsi di Instagram (IG), Fasha dilihat ditolak pelakon gandingan, Azhan Rani hingga kepala dan matanya terkena pada bucu katil secara tidak sengaja.
Baru-baru ini, isteri kepada pelakon hindustan popular, Shah Rukh Khan dijemput menjadi tetamu dalam rancangan talkshow ‘Koffee with Karan Season 7’. Gauri Khan dalam program tersebut telah memberikan sedikit ‘nasihat cinta’ buat anak bujangnya, Aryan Khan yang kini sudah pun dewasa.
Merujuk kepada laporan dari The Indian Express, Gauri mengatakan bahawa Aryan bebas untuk keluar dating dengan sebanyak mana wanita sehingga dia membuat keputusan untuk bernikah.
Jadi, selepas dia mengambil keputusan tersebut, dia harus berhenti dari menjalinkan sebarang cinta dengan mana-mana wanita lagi.
“Keluarlah dengan seberapa banyak gadis yang kamu mahu, sampai kamu mengambil keputusan untuk bernikah, tolong berhenti dari melakukan itu semua lagi,” kata Gauri.
Walau bagaimanapun, ditanya tentang anak gadisnya pula, Suhana Khan, Gauri mengatakan yang dia berharap anak keduanya itu setia dengan satu pasangan sahaja.
“Jangan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan dua lelaki sekali gus,” tegas wanita tersebut.
Selain daripada memberikan nasihat kepada anak-anak, wanita berusia 51 tahun itu turut menitipkan pesan buat suami tercinta, Shah Rukh Khan dalam talkshow tersebut.
Katanya, dia berharap aktor hebat itu terus memberi perhatian kepadanya setiap kali mereka perlu berbincang untuk sesuatu hal dalam keluarga mereka.
“Saya ingin merasa dia selalu memberikan saya perhatian setiap kali dia bercakap dengan saya,” mintanya.
Untuk rekod, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan telah mendirikan rumah tangga pada 1991 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...