Biarpun tular di media sosial kononnya hubungan kedua pemimpin ini kembali panas, namun semalam mereka dilihat berbuka puasa bersama di kediaman perdana menteri
Ini adalah majlis peribadi atas permintaan Dr Mahathir yang menghantar jemputan kepada pemimpin PKR itu secara terus tanpa menggunakan orang tengah iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan timbalan perdana menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan siteri, Datuk Seri Wan Azizah sempat meluangkan masa berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Turut serta adalah Tun Dr Siti Hasmah. Momen tersebut dikongsikan oleh Datuk Seri Anwar menerusi laman instagramnya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif dengan lebih 28,000 tanda suka lebih 500 komen. Rata-rata memuji dan mahukan hubungan tersebut baik dan terus utuh antara kedua-dua pemimpin bagi memimpin dan membina Malaysia baharu ke arah yang lebih baik.
Bahkan ada juga komen di dalam status berkenaan memuji Tun Siti Hasmah yang cantik berkerudung litup rona gelap.
“Bersama Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah sebagai tetamu mereka selesai berbuka.
Baru-baru ini juga penyokong @BebasAnwar turut memuatnaik satu video Datuk Seri Anwar sedang mengaji al-Quran sambil diperhatikan oleh Ustaz Badrul Amin. Video yang tersebar di laman twitter itu tular dan rata-rata memberi komen yang cukup postif.
Bukan sekadar itu sahaja, ada juga yang memberi komen bahawa Datuk Seri Anwar juga sering menjadi imam solat sewaktu di penjara selain bergaul mesra tanpa membezakan pangkat seseorang
Sumber: Oh My Media