Setiap antara kita mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri. Ini sebagaimana seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini. Meskipun disahkan autisme, Muhammad Zul Muazzam Zul Azman bukan sebarangan kanak-kanak sebaliknya berbakat besar dalam penghasilan khat selain celik al-Quran.
Lebih mengagumkan, anak istimewa ini hanya mempelajari seni khat menerusi YouTube, bukan menerima pendidikan khusus daripada pakar atau mana-mana guru.
Dia juga kini menjual karyanya pada harga serendah RM10 hingga RM50 secara dalam talian selepas hasil tangan itu dikongsi ibunya, Shazlita Yusoff, 36, di Facebook (FB).
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Memetik laporan Harian Metro ibunya iaitu puan Shazlita berkata, bakat anaknya disedari seawal usia enam tahun apabila Muhammad Zul Muazzam sering menghafaz surah al-Quran sambil menulis potongan ayat berkenaan pada kertas.
“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya menyediakan alat menulis khat supaya dia tidak bosan dan dapat memanfaatkan masa terluang. Tidak sangka, hasil tangannya semakin ‘menjadi’, malah mendapat pujian ramai.
“Dia bukan sahaja boleh melakar pelbagai zikir, tetapi juga ayat suci al-Quran mengikut kreativiti sendiri selain mengenakan tona warna yang menarik sebagai latar belakang lukisan.
Ads
“Semua tulisan khat yang dihasilkan daripada ilham sendiri tanpa tekapan (daripada khat sedia ada).
“Anak saya seorang yang ceria namun agak terbatas untuk berkomunikasi dua hala dan saya dapat rasakan penulisan khat ini seperti terapi buat dirinya sebagai penghidap autisme,” katanya yang ditemui ketika pulang bercuti di Kampung Gual Nibong, Gual Periok di sini.
Shazlita berkata, anak sulung daripada empat adik beradik itu dihantar mengikuti Program Pendidikan Khas (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Unjur, Bukit Tinggi di Klang, Selangor.
Suri rumah itu berkata, dia sangat tidak menyangka hasil tangan Muhammad Zul Muazzam menjadi tarikan orang ramai selepas dikongsi di FB.
“Selain itu, anak saya juga mampu menghafal al-Quran serta membacanya secara bertaranum dengan baik. Jika saya sendiri terlupa halaman muka surat surah tertentu, dia boleh memberitahunya dengan tepat.
“Antara surah yang sering dibaca ialah al-Waqiah, Ar-Rahman, Sajadah, al-Mulk, al-Kahfi dan Yaasin.
Ads
“Alhamdulillah, dia juga tidak pernah lupa mengerjakan solat lima waktu serta sering mengingatkan kami sekeluarga agar sembahyang di awal waktu,” katanya.
Menurutnya, tiada sebarang petua dalam mendidik anaknya itu, tetapi sudah mendedahkan mereka dengan al-Quran sejak kecil.
“Bakat Muhammad Zul Muazzam pula saya kira sebagai anugerah Allah selepas diuji menghidap autisme,” katanya yang berharap anak istimewanya itu dapat menjalani kehidupan seperti insan lain dan boleh menjadikan seni khat sebagai kerjayanya kelak.
Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang menjadi kegemaran orang ramai. Telatahnya yang nakal dan terkadang manja mampu mencuit hati .
Tular di media sosial, bahawa seekor kucing telah ‘dilantik’ sebagai penjawat awam (PNS) di Pejabat Perkhidmatan Cuk4i atau KPP Pratama Serpong di Tangerang Selatan, Indonesia. Siapa sangka si bulus kena ‘kerja’ malah diberi kad pekerja!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Merujuk ciapan menerusi akaun rasmi Direktorat JenderaI (Ditjen) Percukaian Kementerian Kewangan, kucing yang digelar Soleh itu turut diberikan ‘kad pekerja’.
Difahamkan, kucing berbulu putih dan hitam itu ditemui di KPP Pratama Serpong ketika ia masih kecil.
Kedatangannya turut disambut baik oleh pegawai di premis itu sehinggalah ia turut dianggap sebagai ‘kakitangan’ di pejabat berkenaan.
“Soleh kini sudah menjadi staf kami,” ujar admin akaun Twitter tersebut.
Antara ‘tugas’ diberikan kepada Soleh adalah menggembirakan dan menceriakan kakitangan serta pembayar cukai yang hadir di KPP Pratama Serpong.
“Soleh sering dilihat melakukan ‘tugasnya’ di sekitar rakan sekerjanya lain. Seluruh ruang @pajakserpong adalah tempat kerja Soleh yang dilantik sebagai ‘pelatih ahli meow’,” jelas ciapan itu lagi secara berseloroh.
Keluarga pemain Badminton Lagenda Negara, Datuk Lee Chong Wei bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya bersama isteri Datin Wong Mew Choo pada Isnin.
Chong Wei, 40, menerusi laman Facebooknya, berkongsikan khabar gembira tersebut bersama peminat selain menamakan bayinya itu sebagai Anson.
Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 November 2012, dikurniakan anak pertama Kingston Lee, yang kini berusia sembilan tahun dan Terrance Lee, 7.
“Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice (Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan),” tulisnya Chong Wei dalam perkongsian itu.
Terdahulu, Ikon sukan badminton negara itu pada 2019, mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas faktor kesihatan.
Sementara Mew Choo, juga bekas pemain perseorangan wanita negara mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya.
Biarpun telah bersara daripada aksi kompetitif, kisah pasangan suami isteri itu tidak pernah lekang daripada bibir peminat sukan badminton negara.
Sumber : facebook Lee Chong Wei
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas ditegur keluar bekerja meskipun belum habis tempoh edah selepas diceraikan bekas suami, Datuk Red pada 23 April lalu, Adira Suhaimi membalas pertanyaan tersebut dengan baik.
Malah kata ibu kepada empat cahaya mata ini lagi menerusi akaun Tik Toknya, dia perlu bekerja bagi mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara empat orang anaknya.
“Saya bukan balu yang cerai mati. Saya cerai hidup. Jadi saya perlu keluar pergi bekerja untuk mencari sesuap nasi.
“Kalau saya duduk rumah, anak yang empat orang dekat rumah siapa nak bagi makan?
“Isteri yang dalam edah selepas kematian suami pun boleh keluar jika ada urusan yang perlu diselesaikan,” kongsinya lagi.
Pada 23 April lalu, Adira sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu.
Adira bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah iddah dan mutaah daripada Datuk Red kerana memahami keadaan bekas suami yang mengalami masalah kewangan.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...