Antara menu yang paling mudah dan popular di kalangan rakyat Malaysia adalah ayam goreng. Tak kira bagaimanapun caranya, menu ini sememangnya menjadi kegemaran ramai.
Selalu lihat ayam yang digoreng dengan menggunakan minyak masak biasa dan perlu tambah pelbagai bahan perasa untuk mendapatkan rasa yang sedap. Tapi dengan resipi ayam goreng mentega yang dikongsikan oleh @cikmel_masak
ini dapat memberikan hasil rasa yang lebih unik dan paling penting sedap.“Bila goreng je, boleh bau semerbak bau ayam digoreng bersama mentega ni. Nk buat dia, sangat-sangat la simple”.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
– Masukkan butter, kemudian masukkan ayam.
– Goreng ayam hingga masak dan keperangan.
– Masukkan 2 sudu sos tiram, 4 sudu kicap lemak manis, 2 sudu sos cili dan 1 sudu serbuk lada sulah. Gaulkan sebati.
– Masukkan1 biji bawang holland, 3 ulas bawang putih dan gaul sampai ayam masak.
– Taburkan daun bawang dan siap untuk dihidang.
Sumber: @cikmel_masak