Percaya atau tidak, krisis yang berlaku dalam rumahtangga sebenarnya sering juga berpunca akibat gagalnya suami mengimbangkan tanggungjawab menjadi sebagai seorang anak dan seorang suami.
Ada yang menganggap bahawa ketaatan kepada ibu bapa adalah segala-galanya, sehingga segala kehendak ibu bapa dituruti hingga menyebabkan isteri terluka dan dipinggirkan. Ada pula yang sanggup mengenepikan ibu bapa kerana terlalu sayang kepada isteri hingga ibu bapa terluka hati.
Menjawab persoalan dalam memilih mengutamakan antara ibu dan isteri, seorang suami terpanggil melontarkan pendapatnya tentang ini. Ikuti perkongsiannya.
Antara Mak & Isteri
Bila ada masalah antara mak dan isteri mesti orang akan cakap, mak ada satu je tapi isteri boleh cari ganti jadi utamakan mak lah.
Mak beri kehidupan pada kita, tapi isteri beri kita MAKNA kehidupan..
Betul dan tepat mak ada satu, tapi tak bermakna isteri yang kita sunting dari ibu bapanya boleh diganti sesuka hati. Mak wajib kita taat tapi berdosa kalau kita aniaya isteri sendiri.
Isteri adalah amanah, mak pula kewajiban kita sebagai anak. Dua-dua penting dan wajib di utamakan. Orang lelaki kena bijak dan ada pendirian bila berlaku perselisihan antara mereka. Kena pandang ‘sama berat’ isu antara mak dan isteri. Jangan berat sebelah pihak!
Masalah rumahtangga selesai baik-baik suami isteri, jangan libatkan mak ayah, lagi tak boleh kalau adik beradik atau ipar duai campur tangan. Memang tambah keruh jadinya nanti.
Walaupun hakikatnya talian darah dengan ibu tak akan putus bawa sampai mati tapi itu bukan lesen untuk kita buat talian ‘akad nikah’ kita dengan isteri di layan macam kertas buruk. Bila suka sign, bila tak suka buang.
Tiada istilah biarkan isteri di aniaya asalkan ibu tidak terluka. Isteri pun ada hati dan perasaan, isteri juga ibu kepada anak-anak kita. Fikir juga kesan pada anak-anak bila nampak ayah aniaya mak mereka. Situasi yang kita alami sekarang akan berbalik pada kita tau, itu Comfirm!
Percayalah tiada mak yang nak lihat rumahtangga anak lelakinya tak bahagia, biasalah kadang terlepas kata sebab mahu jamin kebahagiaan anaknya. Mungkin cara orang dulu tegur agak kasar tapi niat mereka sentiasa lembut.
Isteri juga seorang ibu mesti faham. Ada naluri yang sama jadi cuba lah bertahan sedikit. Jika terlalu berat untuk di tahan minta bantuan suami. Seorang ibu hanya boleh beri pandangan sahaja, itu pun bila di minta. Campur tangan mak dalam rumahtangga tak akan jernihkan keadaan malah keruhkan lagi.
Suami perlu prihatin bila isteri mengeluh, tidak boleh ambil sikap bersahaja walaupun nampak isteri tersenyum. Dalam hati terluka jika di biar boleh jadi barah yang menghancurkan rumahtangga. Menyesal tak sudah nanti.
Pesan pada anak lelaki, hormati mak dan sayangi isteri baru hidup kita di berkati.
Keluarga adalah ‘Ladang Pahala’ untuk kita, jangan jadikan ia ‘Ladang Dosa’ hanya kerana ego dan pentingkan diri sendiri. Saya bersyukur kerana ada 2 orang mak dan seorang isteri yang baik dan prihatin.
sumber : Mohd Fhais