“Another “Eid” Baby. InsyaAllah.” Anzalna Kongsi Berita Kehamilan, Bakal Timang Anak Kedua

Share

Pelakon Anzalna Nasir akhirnya mengumumkan berita gembira apabila dia kini hamil anak kedua.

Isteri kepada ahli perniagaan Mohamad Hanif Zaki ini berkongsi berita itu di laman sosial Instagramnya.

Katanya, jika diizinkan Allah SWT, mereka bakal menimang cahaya mata baru pada Aidilfitri nanti

“Salam Ramadan. Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan yang mulia, bulan penuh keampunan dan rahmat daripada-Nya.

“Alhamdulillah Eidrees bakal dapat adik hari raya nanti. Another “Eid” baby. InsyaAllah..

Pelakon Memori Cinta Suraya itu turut memohon agar semua menitipkan doa agar proses kelahiran bayi keduanya itu nanti dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik.

“Untuk itu, mohon doa semua agar dipermudahkan urusan melahirkan nanti dan semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik. Amin..

Anzalna, 31, berkahwin dengan Mohamad Hanif pada 22 Februari 2016.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan anak lelaki Eidrees yang turut dilahirkan pada bulan Syawal iaitu pada 31 Mei 2019.