Anjur Majlis Doa Selamat Sempena Anniversary Ke- 8, Netizen Puji Norman Selit Doa Buat Bekas Isteri

Share

Bahagianya melihat kemesraan dan kasih sayang antara dua buah keluarga besar ini.

Ke mana sahaja pasti seiringan termasuklah dlm soal anak-anak. Tidak hairanlah apabila netizen melabelkan mereka sebagai keluarga contoh.

Terbaru, pasangan memey Suhaiza dan Norman Hakim telah menyambut ulang tahun perkahwinan kali ke 8. Bersempena dengan itu, pasangan ini telah mengadakan satu majlis kesyukuran.

Malah, dalam satu majlis doa selamat yang diadakan di kediaman Norman, pasangan ini turut mendoakan kesembuhan buat Abby Abadi selepas dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan.

Terima kasih Allah s.w.t..terima kasih anak2 saya dari #RPWP #RumahPengasihWargaPrihatin yang sentiasa berada disisi untuk sama2 meraih perhatian & kasih sayang dari Allah s.w.t & kerajaanNya
.
.

Alhamdulillah kami sedang & tak akan berhenti berusaha untuk meraih perhatian & kasih sayangMu Ya Allah…mohon didengari doa2 dari kami yg khilaf ini supaya setiap bait2 doa kami ini diberi pertimbangan & didahulukan yg terdahulu mengikut keperluan kami kerana Engkau yang memegang & menjaga hati2 kami serta Maha Pengatur & Maha Pengasih ke atas kehidupan kami Ya Allah❤️

Demikian antara bait-bait kata yang diungkapkan oleh Norman Hakim menerusi laman instagramnya.

Norman turut memuat naik perkongsian mengenai majlis tersebut sambil berterima kasih kepada anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin yang sudi hadir ke rumahnya untuk menjayakan majlis kesyukuran dan doa selamat.

Di dalam perkongsian tersebut, Norman turut memuat naik pengisian doa yang diadakan dalam majlis tersebut.

Pengisian doa selamat

 

 

 

 

 

Perkongsian Norman itu mencuri perhatian netizen apabila mereka turut mengaminkan setiap doa yang disenaraikan. Netizen turut mendoakan segala urusan keluarga pelakon itu dipermudahkan serta Abby diberikan kesihatan yang baik.

Sumber: IG normanhakim_786