Bila menyebut tentang Animals For YOUNG, mungkin ada yang masih belum mengenali dengan lebih dekat berkenaan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak dinafikan mempunyai kepakaran dalam menyediakan Intervensi Bantuan Haiwan (AAI) untuk kanak-kanak istimewa seperti Autisme Spectrum Disorder (ASD), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Global Developmental Delay (GDD), Cerebral Palsy (CP), Down Syndrome (DS), Sensory Processing Disorder (SPD) dan lain-lain berkaitan kesukaran dalam pembelajaran.
Bahkan baru-baru ini, pertubuhan Animals for YOUNG ini telah dianugerahkan sebagai sebuah Pusat Autisme & Keperluan Khas Paling Dipercayai 2020.
Menurut Katherine Benton dari APAC Insider, “Ini adalah kali pertama sebuah syarikat dianugerahkan sebagai Pusat Autisme & Keperluan Khas Paling Dipercayai 2020 – Malaysia, dalam Anugerah Perniagaan Asia Tenggara.”
Ini sekali gus, menjadikan suatu bukti pencapaian yang amat membanggakan bagi Dr. E. Joon Khew yang merupakan pengasas Animals for YOUNG.
Berucap ketika menerima anugerah itu, Dr Khew berkata, “Ini adalah perjalanan yang mencabar dan indah dari awal hingga hari ini. Perkara yang paling menggembirakan adalah apabila anda melihat peningkatan dalam diri anak dan kegembiraan pada orang tua.
“Kami sangat gembira menerima penghargaan ini dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada pencapaian hari ini. Kami akan terus bekerja keras dan berusaha lebih baik untuk membantu semua kanak-kanak yang memerlukan.”
Kongsi Pengalaman
Ads
Sebagai info, Animals for YOUNG mula ditubuhkan pada tahun 2017 dan dengan cepat menjadi salah satu pusat terapi yang paling terkenal di Malaysia.
Di sini, ibu bapa dan anak-anak menjalani perundingan secara peribadi dengan Dr Khew. Beliau amat memahami keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh keluarga berkeperluan khas kerana dia juga mempunyai anak autisme.
Apa yang lebih mengujakan, perjalanan anaknya dari seorang autisme yang teruk kemudian berjaya masuk ke sekolah normal adalah bukti formula kejayaan Animals for YOUNG dalam membantu kanak-kanak autisme.
Oleh itu buat anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan program Animals for YOUNG bolehlah layari www.animalsforyoung atau pun boleh juga terus berhubung dengan Dr. Khew di talian 011-10140828 untuk dapatkan perundingan secara percuma bagi yang memerlukan.
Ads
CATIT Sebagai Rakan Kongsi
Disebalik Animals for YOUNG, CATIT merupakan rakan kongsi dan menjadi tulang belakang untuk terus menyokong dan menjayakan program Animals for YOUNG yang dirancang dari masa ke semasa.
Bahkan antara projek terbaru mereka ketika ini adalah dengan mewujudkan C-A-T Playground, iaitu merupakan World First Selfie Sensorial Playground with Cats dengan turut memberi peluang pekerjaan kepada orang-orang berkeperluan khas.
Menurut KP Teoh, Pengurus Jualan & Pemasaran Hagen S.E.A mengatakan bahawa “Kami sangat bangga menjadi sebahagian daripada perjalanan Animals for YOUNG, kini ia bukan sahaja akan menolong kanak-kanak autisme, tetapi juga remaja dan orang dewasa untuk mendapatkan pekerjaan.
C-A-T Playground dengan kerjasama CATIT juga menjadi tempat terbaik untuk semua pencinta kucing. Ia bukan sahaja memberikan pengalaman memelihara kucing tetapi pada masa yang sama turut memberi peluang kepada pengunjung untuk menggunakan produk berkualiti dan aksesori istimewa daripada CATIT yang tersedia di situ.
Ekstra Info Toilet Train Untuk Si Bulus
Ads
Selain penyediaan makanan, ruang atau sangkar untuk menempatkan si bulus anda juga perlu dititikberatkan. Tak susah pun sebenarnya terutama bagi anda yang membela anak kucing kerana mudah untuk dilatih. Itu pentingnya ‘Toilet train’ untuk si bulus. Caranya adalah dengan meletakkan dalam sangkar yang agak luas. Dalam sangkar disediakan makan minum dan juga litter box.
Kucing biasanya automatik kalau jumpa pasir dia membuang di situ. Untuk kucing dewasa masih boleh dipraktikkan. Kalau misalnya kucing terlepas hajat di tempat lain, ambil scoop, kaut najis dan letak dalam litter box. Lepas tu suakan sikit muka kucing tu tahu di situlah tempat ‘melepas hajat’. Jadi anda tak perlu bimbang si bulus ‘membuang’ di luar atau berdekatan rumah jiran.
Elak bau kurang menyenangkan
Dalam memastikan udara bersih dan bebas dari bau yang kurang menyenangkan, penggunaan Catit Magic Blue misalnya yang membantu bertindak sebagai pembersih udara yang cekap dapat mengurangkan ammonia di dalam kotak sampah, mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra alam.
Bekas ini perlu dibersihkan setiap hari kerana kucing adalah haiwan pembersih selain memiliki deria bau yang sensitif. Kalau sarang atau tempat tinggal si bulus kotor dan berbau, ada kemungkinan dia tak nak guna dan pergi melepas di tempat lain. Tetapi itu tak bermakna anda kena cuci hari-hari.
Seminggu sekali, barulah cuci litter box dengan air dan sabun. Kalau nak letak di luar, guna litter box bertutup. Setiap hari, kaut najis dan buang. Untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan, anda boleh cuba tip ini. Tabur baking soda pada litter box bagi membantu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Kalau nak lebih wangi, tabur bedak tapi jangan terlalu banyak sehingga mengundang ketidakselesaan kucing anda.
Pasir ‘tandas’ untuk kucing
Bagi anda yang tinggal di kawasan kediaman bukan atas tanah seperti pangsapuri dan sebagainya. Masalah untuk menyediakan tempat kucing membuang agak sukar. Jadi alternatifnya, penggunaan pasir dapat membantu sebagai ‘tandas’ selain memudahkan pemilik kucing untuk membersihkan sisa buangan. Malah, ia juga penting bagi membantu memerangkap bau. Jadi rumah tidaklah berbau dan selesa.
Walaupun banyak jenis pasir untuk kucing di pasaran, namun tak semua sesuai buat kucing. Pilih yang boleh memberi si comel anda selesa sekali gus dapat mengelakkan dari membuang air di merata tempat. Tip memudahkan urusan sisa buangan si bulus, sebaiknya buang setiap hari bagi mengelak bau yang kurang menyenangkan dan memberi keselesaan buat kucing anda. Dapatkan info lanjut di www.catit.com.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa tak kenal dengan pemain ragbi, Sonny Bill William yang namanya tidak asing lagi dalam sukan lasak ini.
Baru-baru ini ketika berada di Madinah semasa beliau mengerjakan umrah, dia telah didatangi oleh sebuah keluarga dari Malaysia yang ingin bergambar bersamanya.
“Sebuah keluarga Malaysia dengan 3 budak lelaki mahu bergambar dengan saya hari ini. Kesemua 3 remaja itu menyalam tangan saya, memandang ke mata saya, menundukkan kepala mereka dan menyentuh belakang tangan saya dengan dahi mereka.
“Kanak-kanak lelaki ini ada rasa hormat & menghormati dalam nilai keluarga mereka ia adalah sangat indah,” katanya sambil berkongsi gambar dua orang anak kecil warga Malaysia yang bergambar ketika dia melawat Madinah di Arab Saudi.
Sonny Bill William turut meluahkan rasa kagum dengan akhlak yang ditampilkan rakyat Malaysia dalam menghormati orang yang lebih tua.
Ciapan tersebut telah menarik perhatian rakyat Malaysia dengan kebanyakan menyatakan kepada beliau bahawa ia adalah nilai-nilai yang dipraktikkan oleh orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia kerana ia adalah sebahagian daripada nilai murni sebagai seorang Muslim.
A Malaysian family with 3 young boys asked me for a photo today all 3 of the young lads shook my hand looked me in the eyes, bent their heads down and touched the back of my hand with their foreheads.
Man these kids had dignity/respect & honour in their family values it was a…
— Sonny Bill Williams (@SonnyBWilliams) May 3, 2023
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ada orang rezekinya murah miliki anak ramai, dan ada sebaliknya. Ada anak yang mendengar kata, ada pula sebaliknya.
Kadangkala pening juga ibu bapa dibuatnya dek pelbagai kerenah dan perangai terutama apabila mereka sedang membesar. Lebih-lebih lagi apabila berada ditempat orang ramai.
Namun, setiap anak berbeza karekter, jadi usah pandang serong atau mengecam ibu bapa tidak pandai didik jika ada anak yang ‘terlebih’ aktif. Apa yang pasti, anak adalah anugerah yang terindah dalam hidup pasangan suami isteri.
Bagi Nieyssa Hashim dalam usianya 25 tahun sudah miliki 5 anak. Akuinya bukan mudah,bahkan masa untuk diri sendiri tiada, apa lagi mahu ‘me time’ seperti orang lain. Hakikatnya, dia tetap bersyukur dan tahu apa yang Dia berikan ada hikmah disebaliknya.
Mommy of 5 little kids.
Jadi ibu kepada ramai anak pada umur 25 tahun, Dari 2012-2017 tak pernah berhenti beranak, Selama 5 tahun hanya fikir tentang anak dan diri sendiri sahaja.
tak berkawan dengan orang.
Hakikatnya bukannya mudah. Semua tak pernah tahu, tak pernah mengerti akan penatnya diri ini.
Tapi Allah sebaik2 perancang. Setiap kelahiran seorang anak pasti datang rezeki besar tanpa diduga. Tanpa berkurang sedikitpun nikmat dariNya.
Sebab tu bila orang tanya tak penat ka anak ramai, penat tu memang penat, Stress marah mengamuk tu perkara biasa. Menangis waktu pagi bila kelima2 anak nak pergi sekolah itu dah perkara wajib dah. Sebab itu suami kena jadi no 1 supporter isteri.
Tp lama2 saya enjoy saya suka saya bersyukur anak ramai sebab rasa nikmatnya hidup ini bila anak ramai. Sebab tu bila orang nak beranak ramai saya sokong.
Masa untuk diri sendiri sangat terhad. Segala2nya hanya fikir tentang anak. Tapi bila anak sedang membesar kita dah punyai waktu yang cukup untuk diri sendiri. Kesusahan waktu dorang kecil hanya 5 tahun sahaja. Sekarang dah punyai waktu untuk diri sendiri, kerja dan sebagainya.
So bila orang yang Ter-mengandung sila jangan stress, Hanya fikir anak dalam perut kita bukan kita yang buat, Allah yang wujudkan, DIA sebaik2 pemberi, Percayalah hikmah dan kebahagiaan tak dapat dijual beli dikelilingi anak2 apabila kita meningkat tua.
Nissa Hashim Enjoy mother of 5 kids
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Salah satu alatan yang wajib ada di dapur adalah pengisar dan tidak dinafikan barangan ini kerap digunakan untuk pelbagai tujuan. Bukan sahaja untuk mengisar cili dan bawang, malah ada juga yang menggunakan untuk membancuh adunan kek, mengisar kelapa parut untuk dapatkan santan yang lebih pekat dan pelbagai lagi dengan menggunakan pengisar ini. Apa yang pasti, begitu banyak ‘khidmat’ yang dilakukan oleh mesin pengisar ini untuk kita dapat menyediakan bahan-bahan masakan dengan lebih mudah dan cepat.
Pun begitu, andai tiba-tiba mesin pengisar ini bila ditekan suiz tidak pula boleh berfungsi, memang pening kepala juga dibuatnya. Kalau boleh masa-masa itu juga hendak dibeli baharu.
Namun tahukah anda daripada menggantikan mesin pengisar tersebut dengan yang baharu dan membuang blender lama serta-merta, lebih baik anda lakukan DIY mudah ini untuk membaiki mesin pengisar anda.
Ini kerana menurut perkongsian Fb Khairul Amri Cikgu Canopy, mesin pengisar yang dianggap rosak itu sebenarnya masih elok jika dibaiki pada bahagian safety lock yang biasanya ada pada mesin pengisar pelbagai jenama.
Ada fungsi penting safety lock tu.bila dah buang kena beringat la. Hati hati .. Pagi ni tetiba rajin nak repair2 sikit. Ambik blender yang orang dah buang luar rumah sebab rosak katanya.
Blender jenis lama yang ada safety lock penyakit dia hampir sama. Tak kira jenama terkenal atau cap ayam. Jika tak boleh on, jangan buang.
Cuba check dulu safety lock dia. Setakat ni dah 3 blender Sharp, Panasonic dan Pensonic saya berfungsi dengan baik bila kita repair safety lock dia. Blender model lama..Blender moden dah lain kot..
Cara Membaiki Mesin Pengisar Pada Bahagian Safety Lock
Caranya mudah sahaja, buka terlebih skrew yang ada pada bahagian mesin pengisar, kemudian ikat menggunakan gelang getah bahagian safety lock tersebut seperti di dalam gambar di bawah.
Kemudian pasang semula pada kedudukannya dan mesin pengisar sudah boleh berfingsi semula.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.