Sebuah kehilangan pastinya sangat memeritkan. Apatah lagi jika kita terpaksa menghadapinya sewaktu masih belum bersedia.
Apatah lagi jika kehilangan itu dirasai oleh kanak-kanak yang masih belum mengerti apa-apa. Yang masih perlukan belaian manja. Itulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak bernama Mohamad Adiffiras berusia 11 tahun ini.
Dia yang kehilangan ayahnya pada tahun lepas berusaha untuk membina kepuk kubur untuk arwah ayahnya sebagaimana kubur-kubur yang lain.
Namun keadaan keluarganya yang serba kekurangan menyebabkan dia terpaksa membina kepuk kubur itu sendiri kerana tidak mahu kubur arwah ayahnya itu hilang dibawa arus banjir atau hujan lebat.
Menurut ibunya Siti Nurul Aini yang mempunyai 3 orang anak ini, namun anak sulungnya meninggal selepas 3 hari dilahirkan pada tahun 2010. Jenazahnya di kebumikan di kampung ibunya di Johor, manakala dia sekeluarga menetap di Felda Kechau 1, Kuala Lipis, Pahang.
Kubur arwah anaknya itu tiada kepuk dan nisan kerana banyak kali hilang selepas dihanyutkan air. Oleh kerana kekurangan wang dan tinggal jauh, mereka tidak membuatkan kepuk baru.
“Jadi selepas suami meninggal, Firas berkeras nak buat kepuk untuk kubur bapanya.”
Ads
“Dia tak mahu kubur arwah bapanya hilang macam kubur arwah kakak. Firas minta dengan bapa saudaranya untuk beli kepuk dan batu nisan, tapi pakcik dia mampu beli nisan je. Kepuk tak mampu.”
“Hari tu, tanah kubur arwah suami saya mendap sebab hujan lebat. Firas menangis, dia takut kubur tu hilang. Sebab itulah dia bersungguh nak buat kepuk sendiri.”
Pada awal bulan yang lalu, Firas telah memunggah batu-bata dari rumah mereka dan mengangkutnya menggunakan basikal untuk membina sendiri kepuk di kubur bapanya yang meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus.
Apa yang menyedihkan adalah, waktu itu Firas menggunakan tanah merah di sekitar kubur untuk menggantikan simen dalam pembinaan kepuk berkenaan.
“Dia minta izin dengan saya nak buat kepuk. Dia bawa batu-bata dari rumah dengan menggunakan basikal. Bila hujan turun, batu-bata tu tergolek. Dia menangis kutip batu tu balik. Dalam hujan lebat dia menagis.”
“Jadi saya pun beli simen dalam 3 kilogram (kg) secara atas talian untuk membina kepuk tersebut.”
Ads
“Bila dah siap, Firas peluk batu nisan ayahnya.”
“Dia kata, ini je dia mampu bagi untuk arwah. Saya ingat dia main-main je masa dia lukis kat rumah, rupanya dia buat betul-betul.”
Untuk makluman, Siti adalah seorang suri rumah. dia tidak bekerja danmengharapkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pihak zakat untuk perbelanjaan dia dan anak-anak.
Ads
“Saya hanya suri rumah. Semua anak dilahirkan secara pembedahan sebab itu arwah tak bagi saya kerja. Anak bongsu pula mengalami semput, sering keluar masuk hospital.”
Kisah firas ini tular selepas seorang pemuda bernama Akhmar Salehudin berkongsi video Firas yang ketika itu berada di sisi pusara ayahnya.
Dalam video tersebut turut menemubual Firas yang telah membina kepuk kubur ayahnya itu.
Rata-rata komen yang diterima, kagum dengan kesungguhan Firas dan ramai yang mendoakannya.
Jangan buat main mengenai kebersihan rumah. Jika dibiarkan akan mengudang pelbagai penyakit terutama kepada anak-anak. Oleh itu, walaupun penat, ibu ayah kena luangkan masa untuk memastikan rumah dalam persekitaran yang bersih. Perkongsian Mohd Fhais mengenai bahaya lipas kepada keluarga bukan biasa-biasa aje. Jom ikuti perkongsiannya
Hati-Hati Dengan Lipas !
Jangan geli hati sangat kalau nampak isteri atau anak perempuan kita geli bila nampak lipas. Sebab lipas bukan sahaja kotor tapi binatang kecil ini adalah pembawa penyakit serius.
Sekali lipas datang ke rumah kita, ia bawa sekali ribuan kuman yang berbahaya pada tubuh manusia. Nampak sahaja badan kecil tapi kuman dia boleh buat kita kena cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah mata boleh bengkak.
Lipas la punca kalau bangun tidur mata kita tiba-tiba bengkak !
Kesan dia lebih teruk kalau kena pada anak-anak yang masih kecil. Boleh kena keracunan makanan yang serius tau.
Bagaimana Lipas Boleh Jadi Pembawa Kuman Berbahaya?
Lipas sebenarnya ada satu tabiat buruk semasa makan. Ketika makan lipas akan melakukan “regurgitasi” iaitu memuntahkan balik apa yang sedang di makan.
Maka jika lipas makan di tempat sampah, maka di situ juga dia akan “beregurgitasi”. Sampah yang dah memang penuh dengan kuman, di tambah pula dengan najis lipas, kuman-kuman bahaya ini akan melekat pada kaki lipas.
Bahkan terdapat satu kajian bahawa lipas membiakkan bakteria “Pseudomonas Aeruginosa” di ususnya. Bakteria ini boleh sebabkan jangkitan pada salur kencing, masalah pencernaan dan keradangan pada badan.
Lipas juga punca alahan pada kanak-kanak. Air liur dan badan lipas ada beratus-ratus alergen yang boleh menyebabkan alahan seperti ruam, kegatalan, bersin dan mata berair.
Jadi kalau tersentuh atau lipas lalu di kulit kena cepat-cepat basuh. Bukan sebab kotor tapi bahaya !
Jika kita terpegang anak dengan kuman lipas di tangan kita boleh sebabkan mata anak jadi bengkak atau gatal.
Antibodi anak kecil belum berupaya melawan kuman dari luar. Jadi ini serius !
Bukan lipas sahaja, malah semua serangga perosak itu bahaya. Seperti lipan berbisa, semut merosakkan dan tikus lagi banyak kuman.
Oleh itu, saya nasihatkan kalau nak bersihkan rumah atau mencuci lantai jangan fokus pada cantik, wangi dan berkilat sahaja, pastikan juga ada bahan-bahan anti bakteria dan anti serangga perosak.
Muat naik video terbaru pelawak dan pelakon, Ajak Shiro bersama keluarganya telah meraih perhatian peminatnya.
Video throwback memaparkan mereka sekeluarga ketika anak-anak masih kecil. Beberapa keping gambar dipaparkan dalam video berkenaan yang memaparkan merek sekeluarga sedang bercuti.
Video itu disertakan dengan kapsyen ringkas menunjukkan Ajak merindui momen anak-anaknya ketika masih kecil.
“Rindu masa diorang kecik..Rindu jugak masa bini aku kecik. Semoga anak2 Baba berjayalah dunia dan akhirat.”
PEMINAT TURUT HIBUR
Melibat video berkenaan peminat turut terhibur dengan kapsyen yang ringkas tetapi penuh makna.
Bagi anda yang memiliki mesin basuh, pastinya anda akan perasan kotoran seperti tisu berderai di dalam mesin basuh anda dan ada kalanya melekat di baju yang sudah dicuci.
Itulah kotoran yang terdapat dalam mesin basuh anda. Bagi menghilangkannya, anda perlu mencuci ‘drum’ mesin basuh. Untuk membersihkannya, anda terpaksa berbelanja dengan modal yang besar sehingga ratusan ringgit.
Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang besar jika mahu membersihkannya kerana terdapat solusi lain yang lebih menjimatkan.
Tak sampai RM 5! Namun ianya sangat berkesan. Bukan itu sahaja, kaedah terbaharu ini juga amat mudah untuk dilakukan.
Apa yang perlu anda lakukan, hanyalah mendapatkan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ di Eco Shop. Bagi yang baru pertama kali mahu membasuh mesin basuh, anda disaran untuk menggunakan 2 paket serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ yang hanya berharga RM4.80 bagi kedua-duanya.
Apa yang perlu anda buat adalah:
* Rendam mesin basuh anda semalaman dan masukkan serbuk pencuci yang telah dibeli tadi.
* Pada keesokan harinya, anda dapat melihat habuk-habuk berkeladak terapung.
* Keluarkan habuk-habuk tersebut dengan gayung.
* Masukkan air sekali lagi dan spin untuk menghilangkan habuk-habuk kecil yang masih tertinggal.
Penggunaan serbuk pencuci ini sememangnya berkesan. Ramai yang sudah mencubanya.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.