Dalam Negara

Angkut 100 Ekor Kucing Kesayangan Berpindah Sewa Lori, ‘Owner’ Dipuji Wargamaya!

Share

Kasih pada haiwan kesayangannya, seorang wanita mendapat perhatian ramai kerana sanggup menyewa sebuah lori khusus untuk membawa kesemua 100 ekor kucing-kucing kesayangannya untuk berpindah.

Menerusi perkongsian video oleh individu yang merupakan jiran kepada wanita tersebut, dapat dilihat sebanyak 100 ekor kucing menunggu sebelum bersedia untuk menaiki lori.

Difahamkan wanita berkenaan mahu berpindah dari Perak ke Kedah dengan turut menyewa sebuah lori khas untuk kucing-kucingnya.

“Tengok jiran nak pindah. 100 ekor kucing Ipoh ke Kedah.

“Penuh satu lori,” tulisnya menerusi kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terpegun melihat kegigihan wanita ini yang begitu kasih pada kucing belaannya biarpun terpaksa berpindah jauh.

Wang bukan ukuran bila mana semuanya sudah dianggap seperti keluarga.

 

@dan.ika_22 Tengok jiran nak pindah..100 ekor kucing ipoh – kedah ,penuh 1 lori 🙀🙀 #anakbuluskesayanganku🤩😍
#kucing #kucinggemoy #kucingcomel #pecintakucing #anakbulus ♬ Mio Mao La La La La La – DJ Bombompret