Pelakon dan pengarah, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur selapas impiannya untuk membawa isteri dan anak-anak ke tanah suci, Mekah akhirnya menjadi kenyataan.
Memetik laporan Media Hiburan, Farid menyimpan hasrat tersebut sewaktu menunaikan umrah secara bersendirian pada 2017.
“Alhamdulillah, ia pengalaman yang sangat indah sebagai seorang suami dan bapa apabila dapat membawa keluarga menunaikan umrah. Itu memang harapan dan impian saya satu ketika dahulu.
“Saya pernah pergi bersendirian pada 2017 dan harapan saya mahu membawa keluarga pula satu hari nanti. Impian tersebut kini sudah tercapai.
“Mekah dan Madinah adalah tempat yang terbaik di dunia. Saya mahu kongsikan pengalaman sebelum ini bersama anak-anak dan isteri. Saya rasa seperti salah satu doa saya dimakbulkan,” katanya.
Farid berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Syaitan yang berlangsung pada Khamis di Pavillion, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Diana Danielle ini turut mengakui telah melalui banyak momen-momen menyentuh perasaan ketika berada di sana.
Ads
“Momen tersebut mesti ada. Apabila kita berada di sana, segalanya menjadi rahsia-rahsia Allah dengan kita. Kegembiraan berada di sana itu terserlah.
“Terlalu banyak doa-doa yang tersimpan di dalam hati untuk saya terjemahkan di hadapan Kaabah.
Saya juga nampak keseronokkan Diana ketika beribadah di tanah suci.
“Manakala anak-anak saya pula, walaupun mereka masih lagi mumaiyiz, tetapi tetap melakukan segala ibadah di usia yang masih kecil.
“Saya harap perkongsian ini akan membuatkan para bapa lebih bersemangat untuk turut sama membawa keluarga menunaikan umrah,” ujarnya lagi.
Ads
Jelas Farid lagi, dia juga gembira saat melihat keterujaan anak-anaknya ketika berada di Kota Mekah.
“Bila pertama kali bawa Muhammad masuk ke perkarangan Kaabah, dia sangat teruja walau nampak dari jauh. la membuatkan saya rasa saya perlu membawa dia ke Kaabah dengan lebih dekat.
“Dengan kudrat yang ada, saya berjaya mengangkat Muhammad untuk menyentuh kain dan dinding Kaabah. Itulah momen yang menggembirakan saya.
Memang banyak tempat lain yang lebih seronok tapi tidak akan sama rasanya seperti Mekah dan Madinah.
Ads
“Bila saya dapat memberikan penerangan dan anak-anak menghargainya, minda mereka makin terbuka untuk lebih mendalami Islam. Momen ini sangat menyentuh hati saya,’ akhirinya.
Terdahulu, Farid dan keluarganya baru sahaja tiba di tanah air pada Khamis setelah berangkat ke Mekah dua minggu yang lalu.
Berdoa ada adab dan tatacara yang molek kita amalkan. Berdoa merupakan senjata orang Mukmin. Apabila kita memahami bahawa doa merupakan cara kita berkomunikasi dengan Allah, maka sudah semestinya kita berdoa bagi memohon segala kebaikan di dunia dan akhirat.
Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Doa adalah senjata orang Mukmin.” (HR At-Tirmidzi).
Doa merupakan rayuan dan pengharapan kita kepada Allah SWT. Seperti mana bila kita berbicara dengan kedua ibu bapa, saudara mara atau sesiapa sahaja, soal adab tentunya menjadi keutamaan.
Maka begitu jugalah ketika berdoa kepada Allah. Ada adab dan tatacara yang kita perlu amalkan agar doa-doa kita diterima Allah SWT.
BERIKUT PANDUAN TATA CARA BERDOA:
1. Angkat tangan ke paras dada.
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan.
3.“Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita.
4. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruh hijaiah di dalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
5. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar/bersandar.
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah ar-razaq dan disusuli juga dengan berselawat kepada Nabi SAW.
7. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yang dapat difahami kerana Allah Maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNYA.
8. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sejak dari usia kecil kerana In sha Allah ia akan dapat membentuk peribadi yang baik dalam kehidupan.
Moga perkongsian ini dapat membantu meningkatkan amal ibadah kita agar menjadi lebih baik.
Fizz Fairuz dapat anak lagi, “Alhamdulillah, wife saya selamat melahirkan anak kelima.” Pasangan Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia selamat menimang anak kelima.
📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Hantaran yang dibuat oleh Fizz Fairuz itu dihujani dengan ucapan tahniah di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya.
Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan juga warga maya:
Sebelum ini, Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Bagaimanapun Fizz Fairuz tidak berkongsi jantina anak kelimanya itu. Namun menerusi komen rakan artisnya, Achey, dikatakan bayi yang dilahirkan itu ialah bayi lelaki.
Terbaru, pelakon dan usahawan Yana Samsudin memaklumkan dirinya sedang hamil enam bulan. Berkongsi berita itu kepada umum ketika majlis pelancaran produk minuman susu oat jenamanya iaitu Bagoos yang berlangsung di KLCC.
Menurutnya tiada niat untuk menyembunyikan kehamilan cahaya mata ketiganya itu, sebaliknya lebih selesa untuk tidak menghebohkan kepada umum.
Berbeza dengan kehamilannya sebelum ini untuk anak yang pertama dan kedua, suami berkongsi berita gembira tersebut. Namun untuk anak yang ketiga ini Yana akan maklumkan bahawa dirinya tengah hamil jika ada yang bertanya dan lihat perubahan fizikalnya.
“Memang cara saya daripada anak pertama dan kedua bila usia dah tujuh lapan bulan baru hebohkan pada orang ramai. Sebabnya saya kan ada PCOS (sindrom ovari polisistik) yang saya tak tahu tarikh subur. Saya pula dah tiga kali keguguran.
“Bagi saya, kalau masih awal hamil itu kalau tak cakap pun tidak apa lagi kot. Tiada niat pun tak nak beritahu, siapa nampak saya tidak menidakkan. Alhamdulillah dah enam bulan, insya-Allah hujung bulan Januari atau awal Februari tahun depan saya bersalin,” jelasnya.
Dalam masa sama, Yana turut berkongsi pengalaman dengan mendedahkan dirinya mengalami alahan yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital beberapa kali untuk kandungan kali ini.
“Saya alami alahan yang sangat teruk. Siang malam rasa susah nak bangun. Baring je selalu, nak makan pun tak lalu sangat. Sampai banyak kali juga masuk keluar hospital.
“Masuk air dalam badan banyak kali, masukkan vitamin juga. Sampai dah masuk kandungan lima bulan baru okay sikit. Dah la masa lima bulan tu saya diuji juga dengan Influenza A,” kongsinya lagi yang akan melahirkan zuriat ketiganya itu dengan kaedah pembedahan.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...