Selepas tular dikatakan mengandungi sisa racun perosak yang berbahaya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan tiada sampel anggur daripada jenis ‘Shine Muscat’ mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata, dapatan berkenaan adalah hasil daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) yang dijalankan sepanjang 2020 sehingga September 2024.
Menurutnya, dalam tempoh berkenaan sejumlah 5,561 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan import telah dianalisis bagi residu racun perosak.
“Sejumlah 234 sampel anggur telah dianalisa dalam tempoh tersebut yang mana empat (1.71 peratus) telah dikesan tidak mematuhi MRL yang tidak melibatkan anggur Shine Muscat.
Ads
“Tindakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) pada kemasukan seterusnya dikenakan, yang mana konsainan makanan tersebut wajib ditahan dan pensampelan perlu dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, laporan The Thai Pesticide Alert Network (Thai-PAN) mendakwa anggur Shine Muscat mengandungi residu racun perosak melebihi MRL.
Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan bahawa kelulusan pelepasan di pintu masuk hanya akan diberikan jika keputusan analisa mematuhi MRL yang ditetapkan.
Ads
Jelasnya, larangan pengimportan akan dikenakan sekiranya terdapat pelanggaran yang berulang.
“Sebagai panduan kepada pengguna, setiap makanan yang diimport dan berbungkus, perlu mengandungi maklumat asas termasuk negara asal produk tersebut.
“Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk membaca label sebagai panduan.
“KKM peka dan prihatin terhadap keresahan pengguna akan perkara ini. KKM sentiasa menjalankan pemantauan di pintu masuk negara dan pasaran tempatan bagi memastikan keselamatan makanan adalah terjamin,” ujarnya.
Bawang putih memang cukup sinonim di kalangan orang Cina. Bawang putih yang kita tahu mengandungi bahan Allicin sangat bertindak baik untuk tubuh.
Tersenarai sebagai 10 makanan terbaik di dunia, bawang putih sebenarnya kaya dengan bermacam khasiat. Bahan allium (genus onion-garlic), yang ada pada bawang putih, dapat meningkatkan kekebalan tubuh dan menghalang kemasukkan sel kanser ke dalam tubuh.
Malah terdapat lebih daripada 12 kajian menunjukkan, bawang putih dapat menurunkan kadar kolestrol. Hasil penyelidikan juga membuktikan allicin yang terdapat di dalam bawang putih bertindak sebagai antibakteria dan kaya dengan pelbagai vitamin. Hebat kan?
Perkongsian Puan Muna Mansur di facebooknya mengenai petua yang diamalkan oleh masyarakat Cina dalam merawat batuk dan selsema mendapat perhatian netizen. Ini yang dikongsikan wanita ini. Jom ikut caranya.
Saya pernah terbaca seorang ibu yang mengamalkan petua dari seorang aunty cina, batuk dan demam yang dialami anaknya selama 3 minggu terus kebah dan berkurangan. Ni cara buat air rebusan bawang putih.
Bahan-bahan:
9 ulas bawang putih -tak perlu buang kulit
1 1/2 cawan air
5 biji gula batu
Berikut adalah cara-caranya. Mudah saja.
1. Rebus semua bahan hingga jadi suku cawan. Gunakan api yang paling perlahan.
2. Minum 3 kali sehari.
3. Minum semasa air rebusan ketika masih suam.
Petua ini sesuai diamalkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak setahun ke atas. Tak salah mencuba kerana bahan yang digunakan begitu mudah didapati di rumah. Apapun, jangan sesekali abaikan pemeriksaan doktor sekiranya demam dan batuk berterusan.
Selamat mencuba!
Kredit: Muna Mansur
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simptom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormone dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini. Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya. Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening.
Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang. Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
• Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
• Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut.
• Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
• Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan- lahan melalui mulut (secarmeniup bibir).
• Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
2. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
3. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetis. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetes, rasa terlalu lapar juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetes) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
4. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
5. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolism dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
6. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
7. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia adapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
8. Makan makanan yang sihat. Makan makanan yang sihat dapat membantu merawat rasa pening. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekuarangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili benggala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kopi adalah minuman yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Namun bila bercakap tentang minum kopi ini, ramai juga yang masih tertanya-tanya sehingga ke hari ini sama ada kopi itu menyihatkan atau memudaratkan. Tidak dengan persoalan itu, timbul juga tanda tanya jika diminum pada waktu bila paling sesuai diambil agar memberi manfaat pada tubuh.
Bahkan melalui perkongsian Dr Ahmad Samhan, menikmati secawan kopi di awal pagi sebaiknya dielakkan dan mengetahui lanjut tentang waktu terbaik minum kopi ini perkongsiannya.
Pernah tak terfikir bilakah waktu yang paling sesuai untuk minum kopi?
Ramai antara kita yang suka minum kopi tapi mungkin tidak ramai yang mengetahui waktu terbaik untuk menikmatinya.
Ritma Biologi (Biological Rhythms) dalam badan kita memainkan peranan penting bagi tindak balas terhadap pengambilan unsur-unsur dadah seperti kafein. Istilah ini dipanggil Kronofarmakologi (Chronopharmacology).
Hipotalamus di dalam otak manusia bertindak sebagai ‘Jam’ yang mengawal Ritma Biologi ini.
Di dalam Hipotalamus ini ada Nukleus Hipotalamus atau Suprachiasmatic Nucleus (SCN) yang mempunyai pelbagai fungsi di dalam badan antaranya mengawal kitaran tidur dan jaga, penggunaan tenaga, homeostasis gula dan mengawal hormon dalam badan.
Antara kandungan hormon yang dikawal ialah Kortisol (Cortisol).
Waktu Sangat Tak Sesuai
Penghasilan hormon kortisol adalah paling aktif pada waktu pagi antara jam 8 sehingga 9.
Jadi bermakna, pengambilan kafein pada waktu ini adalah sangat tidak sesuai kerana secara biologinya pada waktu ini, badan telah pun menghasilkan hormon kortisol secara maksima.
Jadi, kalian tidak perlu lagi menambahkan kandungan kafein dalam badan kerana tahap kewaspadaan telah pun terhasil secara semulajadi pada waktu ini.
Jika kalian hendak menikmati kopi waktu antara 10 pagi-12 tengahari dan 2 petang-5 petang adalah waktu terbaik kerana tahap hormon kortisol dalam badan sudah mulai menurun.