Anggur ‘Shine Muscat’ ada sisa Kimia bahaya? Tentunya penggemar anggur jenis mengakui manis luar biasa, tidak sama seperti anggur jenis lain.
Bagaimanpun ada dakwaansejak beberapa tahun kebelakangan ini rupa-rupanya boleh mengakibatkan keracunan makanan. Malah ada juga yang mengadu masalah kesihatan yang sama seperti demam, selesema, sakit tekak, batuk dan asma selepas menikmati anggur tersebut.
Meskipun sudah membersihkannya berulang kali, kesan masih terasa bahkan ada yang mengambil masa berminggu-minggu untuk pulih seperti sediakala.
Lantaran itu, menurut laporan Berita Harian, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menyiasat dan membuat pemeriksaan anggur import jenis ‘Shine Muscat’ yang dikatakan mengandungi sisa kimia berbahaya sebagaimana dakwaan agensi Thailand.
Menteri, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada agensi berkaitan termasuk MARDI untuk membuat pengesahan.
Sekiranya benar anggur berkenaan mempunyai kandungan sebagaimana yang didakwa, pihaknya akan membuat pengumuman dan tindakan susulan akan diambil.
“Bagaimanapun setakat ini kita tidak menerima aduan berhubung perkara ini. Pengesahan isu ini akan dibuat.
“Kita amat teliti berhubung perkara ini kerana ia membabitkan soal kesihatan dan pemantauan berterusan akan dilakukan. Jika dikesan mengandungi bahan kimia berbahaya, kita akan ambil tindakan susulan,” katanya pada Majlis Penyampaian Watikah Kumpulan Pengguna Air (KPA) IADA Kemasin Semerak, hari ini.
erdahulu. Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) memberi amaran berhubung pencemaran anggur Shine Muscat, selepas mendapati kebanyakan sampel yang dikumpulnya mengandungi sisa kimia berbahaya melebihi paras maksimum yang dibenarkan.
Thai-PAN dan Majlis Pengguna Thailand (TCC) menggesa Kementerian Kesihatan Awam untuk mengambil tindakan segera, termasuk mengarahkan pengimport dan pengedar untuk melabel negara asal anggur Shine Muscat yang diimport.
Anggur Muscat adalah anggur varieti Eropah yang berukuran besar, berbiji emas kehijauan, dengan rasa manis dan aroma yang lembut.
Selain terus dimakan, anggur Muscat biasanya diolah untuk menghasilkan wain atau dijadikan kismis.