
Sarat hamil anak kedua, pelakon Anzalna Nasir memilih untuk menjaga anaknya, Mohamad Eidrees.sendiri dan tidak akan mengambil pengasuh.
Melihatkan kes penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi membuatkan dia bimbang dan lebih selesa menjaga anaknya sendiri.
“Ini adalah pilihan saya sendiri. Suami ada mencadangkan untuk mengambil pengasuh untuk membantu menjaga Eidrees kerana keadaan saya yang berbadan dua.
Namun susah nak percaya orang dan saya tidak akan sesekali tinggalkan anak di bawah jagaan orang lain selain keluarga sendiri. Biarlah saya berkorban. Saya anggap ini rezeki kerana dapat menjaga dan membesarkan anak sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Anzalna mengakui bukan mudah untuk menjaga anak ketika sedang sarat hamil. Malah, anaknya itu juga semakin inginkan perhatian apabila bakal mendapat adik.
“Memang mencabar. Bila nak dapat adik ini, perangai dia lain sedikit. Semakin inginkan perhatian. Oleh sebab itu, antara saya dan suami, dua-dua kena ada untuk dia. Sebab itu saya lebih senang jaga sendiri. Seronok dapat tengok dia membesar depan mata,” katanya.
Anzalna sebelum ini memaklumkan dirinya hamil anak kedua. Dalam perkongsian di Instagram itu, pelakon tersebut mengesahkan, kandungannya sudah berusia lapan bulan.
Sumber: IG Anzalna
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Apabila Suami Memasak Setiap Hari, Ada Orang Kata Tak Special Dah Berbanding Tak Pernah Atau Jarang Masak Tiba-Tiba Masak.”

Di dalam sesebuah rumahtangga kena ada sifat memberi dan menerima Suami isteri kena saling bekerjasama antara satu sama lain Baik dalam semua hal termasuklah di dapur.
Kalau suami tak pandai masak, memadai tolong isteri kemas dapur atau cuci pinggan mangkuk. Tetapi kalau dapat suami yang rajin turun ke dapur satu ‘bonus’ Nak nak lagi yang rajin sediakan hidangan buat sekeluarga. Ada saja menu yang dicuba, walaupun mungkin biasa-biasa sahaja tapi air tangan itu yang penting.
Demikian juga dengan Dr Syahr Musafir. Tugas yang biasanya dipikul kaum ibu itu dilakukan olehnya sendiri tanpa diminta oleh sang isteri.
Contoh suami dan ayah mithali kan. Bertuah dapat suami yang ringan tulang begini. Sanggup bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan dan juga bekal untuk di bawa ke sekolah dan juga ke tempat kerja.
Sering memuat naik menu masakannya, sehinggakan ada yang memberi komen kononnya apa yang dilakukannya olehnya tidak special lagi. Namun, bapa kepada empat cahaya mata ini mempunyai pandangannya yang tersendiri.
“Apabila kau sebagai suami dan ayah selalu masak setiap hari, tak jadi special dah la. Kalau tak pernah masak tiba-tiba masak barulah special, barulah excited. Kalau sekali-sekala masak baru special. Kalau selalu masak, jadi biasa la…” ulasnya kepada saya, entah apa tujuannya, hanya dia dan Tuhan saja tahu.
Tak. Salah tu.
Salah bagi saya.
Tak perlu tunggu tak pernah masak tiba-tiba masak baru nak rasa special.
Tak perlu setahun sekali masak baru nak rasa special.
Tak perlu guna bahan-bahan mentah yang super-duper mahal untuk hasilkan hidangan masakan special.
Tak perlu masak dalam keadaan sakit terbaring lumpuh baru nak kategorikan masakan itu special.
Tak perlu masak pada hari raya baru nak rasa hidangan itu special.
Tak perlu makan di restoran bertaraf seribu bintang baru nak rasa special.
Tak perlu makan hidangan berharga sejuta ringgit sepinggan baru nak rasa special.
Tak.
Dalam hidup ini special dan istimewa itu bukan pada kebendaan, tetapi terletak pada rasa, perasaan dan bagaimana kita menghargai.
“What’s the special ingredient you use to make this special noodle soup?” tanya Po, si Kung Fu Panda.
Jawab ayahnya, Mr Ping, “Nothing!”
“You don’t put anything special to make this special noodle soup?” tanya Po lagi.
“No, no special ingredient at all,” jawab Mr Ping.
“So how is this soup special?” tak habis lagi soalan Po.
“To make it special, you don’t have to put anything special or different to make it special. You just have to think it is special, you have to feel it is special, it will become special,” jawab Mr Ping sambil menunjukkan sup yang dimasaknya sejak Po kecil, hingga Po dewasa, penuh kasih sayang, usaha mengerah keringat mencari rezeki, dengan mata berkaca-kaca. Petikan satu babak dalam filem Kung Fu Panda, tak ingat filem 1, 2 atau 3.
Cuba bayangkan jika sup itu dikatakan tidak special kerana tiada bahan-bahan special?
Cuba bayangkan jika sup itu dikatakan tidak special kerana dimasak setiap hari?
Cuba bayangkan jika sup itu dikatakan tidak special kerana hidangan untuk si anak itu adalah sup yang sama yang dihidang kepada para tetamu dan para pelanggan?
No, no, no, special itu bukan sebab berbeza, pelik, jarang-jarang, tiba-tiba, out of the world… Special itu apabila kita fikir dan rasa ianya adalah special.
And yes, appreciate our little things.
Yang biasa, yang selalu kita nampak dan lihat, itulah yang special, apabila kita fikir, anggap dan rasa itu special.
Hargai ibu bapa kita, pasangan suami/isteri kita, anak-anak kita, adik-beradik kita, keluarga kita, rakan-rakan baik kita, apa saja mereka buat untuk kita, doa-doa mereka, masakan mereka, senyuman mereka…… These are so special, not everyone has these.
Jangan tunggu kita kehilangannya baru kita nak mengakui itu special. Jangan tunggu kita kehilangannya….
Saya, seorang lelaki bergelar suami, ayah dan anak, fikir keluarga saya adalah special dalam hidup saya, setiap hari, setiap saat, setiap ketika. Tak perlu tunggu tarikh hari lahir, hari raya, hari ulangtahun atau hari kematian untuk merasakan special.
#SuamiMasak #SarapanPagi #BihunGorengJagung #DapurDrSyahr #KeluargaDrSyahr #DiariPapaSyahr 10/12/2019
Nak Elak Orang Geleng Kepala Tengok Perangai Anak, Ni Adab Ibu Bapa Wajib Ajar!

‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Peribahasa ini memberi maksud perangai atau sifat seorang anak yang persis dengan ibu bapanya. Cuba anda bayangkan, jika adab anak anda sangat baik di hadapan individu lain. Sudah pasti anda yang dapat pujian, bukan?
Pun begitu, bagaimana pula jika anak anda adalah seorang yang nakal dan tidak mempunyai adab yang sopan? Individu lain pasti akan melabel anda sebagai ibu bapa yang gagal.
Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mengajar anak anda agar membesar menjadi seorang individu yang beradab, bersopan dan berguna dewasa kelak.
Adab seorang anak yang ibu bapa wajib ajar!
Buat ibu bapa, sila tanamkan dan terapkan adab dengan ibu bapa dan individu lain ini dalam diri anak anda supaya dia membesar menjadi seorang yang beradab dan disenangi oleh individu di sekeliling mereka.
#1. Adab meminta tolong dan berterima kasih
Ini adalah asas kepada jati diri seorang kanak-kanak yang beradab.
Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila menerima sesuatu daripada anda.
Tegaskan juga kepada mereka bahawa ini tidak termaktub antara dia dengan ibu bapa sahaja malahan juga kepada individu lain seperti adik-beradik, saudara-mara,rakan-rakan, guru ataupun pembantu rumah.
#2. Adab untuk tidak menyampuk
Pasti anda pernah melihat ibu bapa memarahi anak mereka kerana menyampuk ketika mereka sedang bercakap dengan individu lain bukan?
Ini kerana perbuatan menyampuk adalah biadab terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.
Jadi, ajar anak anda awal-awal lagi untuk tidak menyampuk ketika anda atau sesiapapun sedang bercakap walaupun ia ada kaitan dengan mereka.
Jika terjadi, jangan marah mereka tetapi nasihatilah mereka dengan cara baik.
#3. Adab untuk tidak mengkritik dan mengejek individu lain
Siapa sahaja yang suka akan kritikan dan ejekan bukan? Jadi, anda perlu sentiasa ajar anak anda untuk tidak mengkritik atau mengejek individu lain terutamanya perkara yang melibatkan fizikal semula jadi mereka.
Tambahan itu, kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup berbilang kaum. Jadi, sebarang kutukan berbaur rasis seperti warna kulit atau saiz mata perlu dilarang sama sekali.
Sebaliknya, ajar mereka untuk gemar memuji dan menghargai individu lain.
#4. Adab untuk berkongsi dengan anak lain
Sharing is caring. Sikap suka berkongsi adalah sesuatu yang sangat mulia. Bayangkan apabila anda melihat anak anda sanggup berkongsi permainan mereka bersama kanak-kanak yang kurang mampu.
Pasti ia akan membuat anda berasa syahdu bukan?
Seiring mereka membesar, sentiasa ajar anak anda untuk berkongsi apa yang mereka ada sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta, idea atau tenaga bersama individu lain yang kurang bernasib baik.
#5. Adab ketika bercakap di telefon
Ketika menjawab panggilan telefon, kita perlu sentiasa beradap. Mulakan dengan sapaan seperti ‘helo’ atau ‘hi’ dengan nada yang baik dan kenalkan diri anda.
Jika sedang menelefon seseorang pula, kita tidak patut bertanya siapakah individu itu.
Paling penting, gunakan kata-kata yang sopan sahaja. Ini perlu diajar kepada anak anda daripada kecil lagi agar dia terbiasa dan terus melakukannya sehingga dewasa kelak.
#6. Adab ketika bermain di luar
Anda sebagai perlu menetapkan peraturan buat anak anda ketika bermain di luar agar mereka tidak bermain sehingga tidak ingat dunia.
Sebagai contoh, ajar mereka untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah dan mandi setiap kali selepas bermain.
Selain itu, tetapkan waktu mereka boleh keluar bermain dengan pengawasan anda. Ini bukan sahaja akan mengajar anak anda untuk beradap, ia juga akan membentuk mereka agar berdisiplin dewasa kelak.
#7. Adab di meja makan
Bukan sahaja dari aspek perbuatan, seorang kanak-kanak juga perlu beradab ketika berada di meja makan.
Tanpa mengira siapa ada di meja makan atau jenis keraian yang sedang diraikan, anda perlu ajar mereka untuk sentiasa bersopan di meja makan.
Antara yang perlu diutamakan adalah untuk tidak bercakap semasa mulut penuh dengan makanan dan makan apabila semua sudah ada di meja makan terlebih dahulu.
Paling penting, ajar mereka untuk bercakap benda-benda baik sahaja ketika sedang makan.
Ajarkan adab seorang anak ini sejak kecil lagi!
adab mendidik anak
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi adab dengan ibu bapa serta individu lain yang anda perlu ajar kepada anak anda untuk memastikan mereka berjaya menjadi modal insan yang beradab, bersopan dan berguna kelak.
Apa yang paling penting, kekalkan semua sifat positif dan buangkan segala sikap negatif dalam diri mereka!
Sumber : Ahmad Farid
“Terpaksa Keluar Rumah Lepas Ibu Meninggal.” Pengarah Urusan Tawar Pemuda Ni Kerja Di Shell, Buat Netizen Terharu!

Kisah lelaki ini pernah viral sebelum ini apabila beliau menghargai kakitangannya yang bangga memakai baju pekerja Shell ketika mengambil keputusan peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Terbaru, pemilik nama Shairan Huzani itu sekali lagi menarik perhatian netizen apabila tampil membantu seorang pemuda gelandangan.
Dalam perkongsian beliau menerusi laman instagramnya, Shairan terserempak dengan pemuda tersebut yang sedang mengumpul barang kitar semula.
Selepas diselidik rupa-rupanya pemuda tersebut adalah gelandangan yang terpaksa keluar dari rumah selepas ibunya meninggal dunia.
dlm perjalan balik kerja terserempak dgn seorang adik. bila pakcik tanya tgh buat apa, dia cakap kumpul barang kitar semula utk dijual.
bila pakcik tanya duduk kat mana, dia tunjuk ke satu sudut dinding bangunan di alas kadbod. di negara kita, agak sedih ada insan tersisih sebegini.
setiap hidup kita tentunya ada cabaran.
adik shahril terpaksa keluar rumah setelah ibunya meninggal. bila kita rasa susah, percayalah ada yg sedang diuji lebih dari kita.
#gengpakcikshell insyaAllah sudah dapatkan kerja kat stesen yg ada hostel utk adik shahril sbb dia cakap dia nak kerja. malam nanti kita bawa dia ke tempat kerja.
kita doakan tuhan mudahkan hidup beliau dan semoga suatu hari nanti dia pun boleh berjaya macam awak. we are sincerely run by malaysians, for malaysians