Rezeki tak pernah salah alamat, namun yang berlaku pada wanita ini memang istimewa dan lain dari yang lain.
Tular beberapa hari yang lalu kisah seorang wanita yang menerima sekeping npta beserta beberapa keping note RM50 daripada individu yang tak dikenali.
Kisah ini merupakan kisah benar yang berlaku kepada wanita bernama Nur Aqeela Yang Tabah. Jom kita baca kisahnya.
CERITA PENGAJARAN DARI KISAH BENAR SAYA SENDIRI…. Subhanallah, Allahhuakbar.. Tak tahu sape yg letakkn nota misteri ats kereta.
Kereta Satria sy ni sebenarnya agk jrg sy naik sbb kete dh rosak. Kete mampu hidup 15minit je then dia akn mula tersedut2 mati. Jd mmg selalunya sy akn gi kat kete utk panaskn enjin je. Last sy gi kt kete masa 21 Feb which means 11 hari yg lps. Sbb sy gi ulang alik keje naik moto je dgn LeEn TYha. Roadtax kete plak dh mati dr 19 Jan lg…
Ptg td dlm kol7 lebih (4mac) sy balik keje, sy gi kt kete. Mcm biasa niat nk pnskn enjin. Tp sy terperasan ada mcm sampah2 yg org selitkn kt wiper kereta. Dlm hati nk mrh dh ni, “sape la yg suka sgt buang sampah kt kete aku”. Then masa tgh alihkn kotak wane oren tu, tetiba sy perasan ada beg kecik wane pink, kt dlm nya ada surat. Cover dpn surat tu gmbr muka senyum. Suspen. Sy takut. Sy gigil. Sape la plak nk main2 kn aku ni. Sy ambik beg pink dgn kotak oren tu gi lari kt kwn2 sy yg ada dkt2 situ jgk.
Ads
Sy mitak kwn sy bukak kn surat tu sbb takut. Bila bukak je kertas tu, terus ternampak duit RM50 yg dilipat. Ya Allah… Apa ni. Kenapa ada duit… Bila sy bukak lipatan duit tu, rupanya ada 3 keping not RM50 dlm tu. Subhanallah… Ya Allah… Berdebar xleh nk ckp.. Gigil kt situ. Hampir nk mngalir airmata. Sy habiskn baca nota yg dia tinggalkn. Ntah berapa hari dh dia letak duit beserta surat tu kt kete sy sbb sy perasan duit tu kesan basah. Mgkin dh terkena hujan tp nsb baik dia letak dlm beg plastik.
Ya Allah… Tak penah lg ada pnglaman mcm ni. Nak plak tu mgkin dia selalu perhatikan sy dgn leen. Sbb dia boleh tahu sy slalu jln berdua dgn leen cuma dia xleh recognize sape owner kete. Dlm surat dia mention slalu nmpk ktorg berdua.. Sbb selalunya lps balik keje, sminggu sekali @ 2kali mcm tu sy akn gi kt kete. Kami akn gi kt kete dgn pakai helmet. Jd smpai kt kete baru akn bukak helmet tu. Mgkin difikiran dia, sy x dpt naik kete sbb roadtax sy mati, jd terpaksa naik moto. Sbenarnya ada 2 sebab x dpt naik kete. Satu, kereta mmg rosak. Dua, roadtax dh lama mati. Kenapa sy tak baiki kete? Kenapa sy tak renew roadtax? Anda tahu, semuanya perlukan duit kn….
Ya Allah…. Seriau. Meremang bulu roma. Sungguh tak sangka ada org berhati mulia mcm ni… Subhanallah, ya Allah. Kau murahkn rezeki mereka ini ya Allah… 3 hari lps, sy diuji dgn mslh berat yg mana 3 hari berturut2 sy nangis… Mmg btol2 down. Mmg btol2 sedih.. Rasa mcm putus asa. Hilang smgt.. Tp tak sangka harini, Allah gantikan dgn sesuatu yg sy tak penah sangka akn berlaku… Ya Allah, terimakasih Allah. Leen kata sbelum ni dia dh penah nmpk kotak oren tu dgn satu krts ats kete sy, tp leen ambik buang without tgk dlu tu ape dia. Sbb leen ingtkn tu sampah yg org buang merata…. Jd hamba Allah ni letakkn lg sekali kt kete sy ke?? ??
Kpd awk yg misteri, sy doakan awk dimurahkn rezeki selalu dan dpermudahkn sgala urusn. Sy tgglkn nombor fon kalau2 dia dtg lg kt kete sy. Tlg la contact sy.. Sy nk sgt2 tahu sape awk. Tp andai kata awk tak muncul2 jgk, sy berdoa smoga Allah temukan awk dan sy di syurga nanti…. Besar nilai RM 150 tu.. Ya Allah. In sha Allah duit ni dia amanahkan utk renew roadtax, jd sy akn gunakn seperti yg diminta.
Ads
Terimakasih awk, pemberi misteri…. Slm syg dari Aqeela. Tlg share cerita sy. Mana tahu kot cerita ni smpai pd tuan empunya. Sy cuma nk ucp terimaksih byk2 pd dia. Moga Allah akn balas jasa awk dan dikurniakan syurga.. Aminnn
Majalah Keluarga berkesempatan menemu bual Aqeela berkenaan hal tersebut.
“Orang pertama yang saya call untuk kongsi cerita ni adalah mama. Saya call dan ceritakan pengalaman pelik yang berlaku kat saya. Mama dia terkejut sangat-sangat dan macam tak percaya.
“Cuma mama nasihatkan saya agar lebih berhati-hati selepas ini dan jangan mudah percaya andai ada orang yang mengaku dia sebagai pemberi tu. Mama saya adalah orang yang paling rapat dengan saya,” jelas Aqeela sambil mengakui tiada rahsia antara dia dan mamanya kerana semua hal diceritakan kepada insan kesayangannya itu.
Ads
Akuinya, niat memuat naik kisah tersebut adalah untuk menyampaikan salam terima kasih kepada pemberi misteri tu.
“Terima kasih yang teramat sangat. Sebab saya tak kenal dia dan tak tahu cara yang macam mana nak sampaikan ucapan tersebut. Setakat ini saya belum tahu siapa orangnya dan saya dah tinggalkan nota di cermin kereta saya 3 hari pun, Namun nota masih lagi tak berusik. Jadi saya consider dia belum baca surat saya,”ujar Aqeela lagi.
Mengulas lanjut berkenaan hal tersebut apabila ada sesetengah pihak melemparkan tuduhan kononnya dia hanya membuat cerita, jelas Aqeela tiada sebab untuk dia berbuat demikian.
“Pasal yang kena kecam tu, mula-mula saya memang tak terfikir akan viral macam ni dan tak terfikir langsung pasal komen negatif. Tapi bila ada juga kecaman macam ni, saya anggp perkara tu benda yang saya tak perlu simpan dalam hati.
“Jujur, saya memang takut sebab saya rasa diperhatikan. Saya takut andai kata ada niat jahat ke ape. Sebab kena brwaspada bila dia mengaku selalu nampak saya dan kawan saya.
‘saya cuma dapat mohon perlindungan dari Allah semoga Allah jaga saya dan kawan-kawan serta dijauhi dari anasir2 jahat. Moga dia benar2 ikhlas ingin bersedekah dan berniat baik. Saya amat yakin pemberi tu memang seorang yang berhati mulia dan niat dia ikhlas. ujar Aqeela lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak-anak yang sentiasa buat perangai dan tidak mendengar kata, degil dan sebagainya sememangnya buat kita resah kerana memikirkan cara terbaik untuk mendidik mereka.
Ditambah pula dengan suami atau isteri yang sama perangainya. Buntu bila berdepan dengan orang-orang yang disayangi semacam ini. Dek kerana sayanglah kita mahu mereka berubah.
Pun begitu nak melembutkan hati anak dan pasangan bukanlah mudah. Selain sentiasa doakan mereka dalam setiap solat kita, doa dan amalan yang dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah ini harus kita amalkan. Ada 5 doa dan amalan yang patut kita cuba. Jangan culas.
Tip lembutkan hati orang yang kita sayang seperti anak, suami atau isteri dan ibubapa.
1.Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
3. Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
4. Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
5. Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Petua yang dikongsikan oleh Ustazah kita ini adalah dengan membahagiakan orang lain terlebih dahulu dalam mencari kebahagian hidup bersama.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah سبحانه وتعالى iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, seorang bayi lelaki semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Ayda dan Nabil menerusi Instagram mereka.
Malah menerusi entri itu juga, sekeping gambar sambil keduanya memegang bayi lelaki mereka turut dikongsikan oleh Ayda dan Nabil.
“Assalamualaikum semua.
“Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.
“12.12.2023.. (Takde sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world,” tulisnya berseloroh.
Menerusi entri itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut meluahkan rasa syukur segalanya dipermudahkan serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakannya.
Ayda dan Nabil sebelum ini memuat naik sekeping gambar ketika berada di hospital dengan mengenakan baju sepadan sambil memohon doa semua agar kelahiran anak kedua mereka dipermudahkan.
“Dah check-in hospital! Doakan Ayda pagi nanti dipermudahkan, selamat melahirkan dan baby sihat insyaallah. Amin.
“Twinning with my soulmate konsepnya gittew. (Padahal Ayda dah takde baju yang dia muat and nak terus tidur,” tulisnya.
Terdahulu, Ayda Jebat dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla kini berusia 2 tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri, kan? Namun, siapalah kita untuk menidakkan takdir Tuhan. Ada orang sesetengah orang dikurniakan dengan cahaya mata awal, ada yang perlu bertahun lamanya untuk mendapat nikmat itu.
Bagi Penyanyi Datin Alyah pula, dia memaklumkan dirinya tidak tertekan apabila memikirkan soal zuriat biarpun usia perkahwinannya kini mencecah 10 tahun.
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, dia dan suami yang juga maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS hanya berserah kepada Yang Maha Esa.
“Tak ada masalah, belum ada anak kecil jadi boleh diuruskan semuanya.
“Bagi Tok Ram, dia dah ada dua junior, tapi saya belum lagi.
“Saya tak stress memikirkan tentang itu. Saya percaya perancangan Allah itu lebih hebat daripada kita,” katanya dalam rancangan hiburan popular TV3, Melodi.
Disoal adakah bercadang untuk membuat rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) kelak, Alyah berkata kepadatan jadual membuatkan dia belum memulakannya.
“Untuk rawatan itu kita bertanya-tanya juga, walaupun saya tak banyak muncul di kaca televisyen tapi Alhamdulillah masih memenuhi jemputan acara dan nyanyian.
“Saya tak boleh katakan apa-apa lagi sebab jadual saya agak padat.
“Seperti yang kita tahu, rawatan IVF ini kena betul-betul bertenang dan jadual juga kena kosong. Kalau ada rezeki Allah nak beri, kita terima” jelasnya positif.
Dalam pada itu, pelantun lagu Meluruh ini berkata suaminya juga bersikap positif mengenai itu dan rumah tangga mereka dalam keadaan baik.
“Dia okey sahaja. Orang luar pasti fikir bila kami tak banyak gambar dan video bersama tapi sebenarnya kami baik-baik saja.
“Dia juga bukanlah seorang yang terburu-buru. Nak kata bahagia betul, biasalah rumah tangga ada pasang surutnya,” kongsi Alyah.
Akui ada perasaan pasrah sehingga berputus asa, Alyah berkongsi dia banyak mendengar ceramah agama dan hanya berserah kepada Tuhan.
“Tipulah tak ada (putus asa), saya seorang wanita biasa. Saya melalui proses matang sebagai wanita, jadi bila kita banyak mendengar ceramah untuk menguatkan rohani.
“Jadi kita tahu hakikatnya adalah kita bukan perancang yang hebat sebab banyak perkara yang saya rancang tidak menjadi.
“Di penghujung jalan kehidupan itu, ita kena berserah. Tak perlu stress, kita akan rasa tenang. Apa yang kita cari dalam kehidupan adalah ketenangan kerana ia sungguh mahal,” tambahnya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia.
Sumber: Melodi TV3 via Xtra
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...