Angeline Tan tiada ‘job’ lepas berhijab, “Mungkin ini masa yang sesuai saya dalami ilmu agama.” Pelakon Ardini Angeline Tan mengakui sudah lama tidak menerima tawaran berlakon selepas berhijab.
Angeline menganggap rezeki dalam bidang lakonan masih belum ‘sampai’ kepadanya buat masa ini. Tetap positif, Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan merasakan ketika ini mungkin belum ada watak yang sesuai untuk diberikan kepadanya.
Memetik temubual OhBulan, Angeline berkata, dia cuba bersangka baik dan menganggap rezeki belum berpihak kepada dirinya untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.
“Sejak saya pakai tudung, tawaran berlakon sudah tiada langsung. Kalau ada pun setakat tempelan bersama suami dalam drama Perang Nasi Dagang arahan Issey Fazlisham.
“Kalau tanya secara peribadi, saya nak sangat berlakon dan saya sejenis yang tak boleh duduk diam. Mula-mula saya rasa tak biasa duduk rumah dan tiada tawaran. Lama-lama saya anggap mungkin ini masa yang sesuai untuk saya belajar dan mendalami ilmu agama.”
Jelas suri hati kepada aktor dan pelawak Sabri Yunus ini lagi, dia bersyukur kerana diberi tawaran lain di saat tawaran lakonan tidak datang langsung.
“Bulan Julai hari itu saya sepatutnya pergi kursus agama tetapi saya tak pergi sebab ada tawaran daripada sebuah stesen televisyen untuk menjayakan program iaitu ‘Angeline Tanya Abang Jawab’.”
Disoal sama ada pernah meminta tawaran berlakon daripada mana-mana pihak produksi ataupun tidak sebelum ini, pelakon ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ itu berkata, dia tidak pernah meminta sebarang job selama 30 tahun berkecimpung dalam industri seni.
“Saya rasa semua orang kenal dan faham saya. Selama 30 tahun dalam bidang ini saya tak pernah minta job. Dekat suami sendiri pun tidak pernah. Kalau ada job yang sesuai untuk saya, pasti mereka akan panggil. Kalau tak sesuai itu sebab mereka tak panggil.
“Saya selalu fikir kawan-kawan lain pun nak hidup. Jadi kita semua perlu percaya pada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.
Mengenai kehidupan Angeline selepas hampir setahun menjadi isteri, wanita ini ternyata bahagia dengan kehidupan alam rumah tangganya.
“Susah nak cakap sebab kami bermula sebagai kawan baik dan sekarang jadi suami isteri. Saya rasa seronok, kehidupan lebih tenang, bahagia dan masih lagi belajar sebagai seorang isteri. Abang (suami) seperti buku, saya kena baca setiap hari.”
Angeline ditemubual di majlis sidang media program terbaharu terbitan TV Alhijrah, ‘Angeline Tanya Abang Jawab’ yang berlangsung di Restoran Homst, Wangsa Maju.
Sumber: Oh Bulan
Kredit foto: Media Hiburan dan Instagram Angeline Tan
Baca artikel lain juga: Semua Yang Baik Ada Dalam Diri Sabri Suami Guru Pertama Ajar Islam, Angeline Tan Terbuka Hati!
Tak Makan Usia Wajah Lucy Pi Mai Pi Mai Tang Tu Umur 56 Tahun Angeline Tan Kekal Awet Muda!
Kami Dah Tua, Tak Pernah Terfikir Majlis Sebulan Bernikah, Sabri Yunos & Isteri Dapat 7 Tajaan!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my