Angeline Tan tiada ‘job’ lepas berhijab, “Mungkin ini masa yang sesuai saya dalami ilmu agama.” Pelakon Ardini Angeline Tan mengakui sudah lama tidak menerima tawaran berlakon selepas berhijab.
Angeline Tan Tiada ‘Job’ Berlakon Lepas Berhijab, “Mungkin Ini Masa Yang Sesuai Saya Dalami Ilmu Agama”
Angeline menganggap rezeki dalam bidang lakonan masih belum ‘sampai’ kepadanya buat masa ini. Tetap positif, Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan merasakan ketika ini mungkin belum ada watak yang sesuai untuk diberikan kepadanya.
Memetik temubual OhBulan, Angeline berkata, dia cuba bersangka baik dan menganggap rezeki belum berpihak kepada dirinya untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.
“Sejak saya pakai tudung, tawaran berlakon sudah tiada langsung. Kalau ada pun setakat tempelan bersama suami dalam drama Perang Nasi Dagang arahan Issey Fazlisham.
“Kalau tanya secara peribadi, saya nak sangat berlakon dan saya sejenis yang tak boleh duduk diam. Mula-mula saya rasa tak biasa duduk rumah dan tiada tawaran. Lama-lama saya anggap mungkin ini masa yang sesuai untuk saya belajar dan mendalami ilmu agama.”
Jelas suri hati kepada aktor dan pelawak Sabri Yunus ini lagi, dia bersyukur kerana diberi tawaran lain di saat tawaran lakonan tidak datang langsung.
“Bulan Julai hari itu saya sepatutnya pergi kursus agama tetapi saya tak pergi sebab ada tawaran daripada sebuah stesen televisyen untuk menjayakan program iaitu ‘Angeline Tanya Abang Jawab’.”
Disoal sama ada pernah meminta tawaran berlakon daripada mana-mana pihak produksi ataupun tidak sebelum ini, pelakon ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ itu berkata, dia tidak pernah meminta sebarang job selama 30 tahun berkecimpung dalam industri seni.
“Saya rasa semua orang kenal dan faham saya. Selama 30 tahun dalam bidang ini saya tak pernah minta job. Dekat suami sendiri pun tidak pernah. Kalau ada job yang sesuai untuk saya, pasti mereka akan panggil. Kalau tak sesuai itu sebab mereka tak panggil.
“Saya selalu fikir kawan-kawan lain pun nak hidup. Jadi kita semua perlu percaya pada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.
Mengenai kehidupan Angeline selepas hampir setahun menjadi isteri, wanita ini ternyata bahagia dengan kehidupan alam rumah tangganya.
“Susah nak cakap sebab kami bermula sebagai kawan baik dan sekarang jadi suami isteri. Saya rasa seronok, kehidupan lebih tenang, bahagia dan masih lagi belajar sebagai seorang isteri. Abang (suami) seperti buku, saya kena baca setiap hari.”
Angeline ditemubual di majlis sidang media program terbaharu terbitan TV Alhijrah, ‘Angeline Tanya Abang Jawab’ yang berlangsung di Restoran Homst, Wangsa Maju.
Cendawan kukur atau kulat sisir sebenarnya boleh ditanam hanya dengan menggantungnya di depan rumah. Paling ‘best’ bila hasil tanaman boleh dituai seawal tujuh hari selepas ditanam.
Cara Tanam Cendawan Kukur, Boleh Gantung Depan Rumah
Cendawan kukur memang sedap dibuat gulai. Manis rasanya. Bagaimanapun memang susah hendak mencari orang yang menjual cendawan kukur. Ada masa cari merata di pasar pun tak jumpa. Kalau sudah suka sangat makan eloklah kita tanam.
Mungkin ada yang tak tahu, cendawan kukur ini sebenarnya kita boleh tanam sendiri. Tujuh hingga lapan hari sudah boleh kutip hasil. Beli saja bongkah dengan benih cendawan di kedai atas talian kemudian tanamlah mengikut langkah seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Fadhirul Fitri ini.
1. Beli bongkah benih cendawan kukur ini di kedai atas talian.
2. Bila SUdah terima bongkah, toreh plastik bongkah dengan pisau tajam secara menegak. Buatlah 4-5 torehan di sekeliling bongkah. Nanti cendawan akan keluar di bahagian yang ditoreh.
3. Letak bongkah ini di kawasan redup. Jangan bagi kena cahaya matahari secara terus. Boleh gantung pada dahan pokok mangga kemudian letak di beranda/balkoni juga.
4. Siram pagi dan petang.
5. Hari ke 7 atau 8 sudah boleh tuai. Boleh buat masak lemak atau goreng.
Bagi yang suka menanam sayur-sayuran di tepi rumah, hanya mereka sahaja yang tahu betapa seronok dan puasnya jika tanaman yang ditanam hidup subur dan berbuah lebat.
Namun buat anda yang pertama kali ingin mencuba menanam bendi, bolehlah ikut cara yabg ditunjukkan ini dan nikmati hasil tanaman yang memuaskan hati.
SOP Semaian Bendi Untuk Tanaman Polybag
1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.
2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.
3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.
4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.
5. Letak di tempat redup tapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.
6. Siram 2 kali sehari.
7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6nin 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.
Ekstra info
Kalau nak rendah dan buah lebat pangkas pucuknya. Yang gambar atas ni benih dari kedai eco rm2.10.
Pangkas masa saiz ketinggian 1.5 kaki ke 2 kaki sebelum berbuah.
Kena buat kawalan serangga dan perosak seminggu sekali untuk buah bendi yang elok seperti ini.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...