Aneka resipi berasaskan sayur dan sayur kampung ini memang sedap. Setiap hidangan sama ada makan tengahari atau malam, seakan tidak lengkap jika tiada menu sayur-sayuran.
Ada masanya buntu juga menu apa yang hendak disediakan. Tak kanlah asyik nak makan menu yang sama sahaja setiap hari. Lagi-lagi kalau menu yang berasaskan sayur-sayuran. Kadang-kadang memang tidak dapat dinafikan mak-mak ketandusan idea menu untuk dimasak.
Berikut dikongsikan resipi berasaskan sayur-sayuran termasuk sayur kampung. Pilihlah yang mana satu untuk disajikan untuk dinikmati seisi keluarga.
RESIPI 1
RESIPI SAYUR MERANTI MASAK LEMAK KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
Secekak sayur meranti
1 biji ubi keledek (siap dipotong)
Udang secukupnya
Ikan bilis/udang kering
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Santan kelapa
CARA MEMBUAT:
1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.
2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan.
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.
4. Apabila sudah hampir masak, barulah masukkan udang. Biarkan seketika cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Siap. Bolehlah hidangkan.
Sumber kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim
Ads
RESIPI 2
SAYUR KUBIS GORENG ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
½ biji kubis
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ batang lobak merah
1 sudu teh halba campur
1 inci halia
6 tangkai cili kering
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh biji jintan putih
Sedikit serbuk lada sulah/putih
Garam secukup rasa
BAHAN TUMISAN YANG PERLU DISEDIAKAN:
*halia potong mancis
*bawang merah potong mayang
*cili padi potong kasar
*bawang putih racik halus
*cili kering gunting 2 atau 3
*daun kari
*halba campur
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Potong kubis halus, cuci bersih dan toskan dan lobak merah potong mancis.
2.Panaskan 1 senduk minyak, tumis kesemua bahan ini sehingga naik bau.
3.Tumis sehingga semua bahan naik bau atau jadi layu.
4. Bila bahan tumisan sudah layu masukkan ¼ cawan air.
Ads
5. Kemudian masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit kacau sebati.
6. Terus masukkan sayur kubis dan lobak merah.
7. Kacau semua bagi sebati.
8. Masukkan ½ cawan air. Sayur ini tidak perlu kuah yang banyak.
9. Taburkan ½ sudu kecil biji jintan putih jika suka.
10. Perasakan dengan sedikit garam secukup rasa.
11. Taburkan sedikit lada sulah/putih. Sayur ini tidak terasa pedas, tapi rasa dari bahang lada sulah dan herba campurannya.
12. Sudah siap sayur kubis goreng ala mamak. Sayur ini memang terkenal di restoran-restoran nasi kandar sekitar Pulau Pinang.
Sumber kredit: Mohd Rozmie
RESIPI 3
Ads
RESIPI TERUNG BAKAR MASAK LEMAK PUTIH
BAHAN-BAHAN:
4 bji terung- dibakar dulu dengan api sederhana. Buanglah kulit-kulit hangus. Potonglah ikut panjang yang kita suka.
BAHAN UNTUK KUAH:
100g santan pekat
200g air
1 biji bawang besar potong 6
1 tangkai cili merah potong memanjang
1 biji cili padi (sebagai penyeri)
1 sudu kecil garam
*1 tangkai kacang panjang (jika ada)
CARA MEMBUAT:
1. Kisar bawang besar, cili merah dan cili padi. Masukkan garam.
2. Masakkan semua bahan kuah hingga mendidih dan layu sikit semua bahan itu.
3. Selepas itu masukkan terung dan kacang yang sudah siap kita potong tadi.
4. Kacau supaya semua bahan mesra. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Zubaidah Awang
Moga resipi-resipi ini membantu mak-mak mendapat idea untuk menyediakan hidangan buat seisi keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebut sahaja pulut kuning, terus sahaja teringat zaman mengaji masa kecil-kecil dulu. Maklumlah pulut kuning ini menjadi menu wajib bila ada sahaja majlis khatam quran diadakan.
Rasa hidangan pulut kuning yang dimasak memang cukup enak dan menyelerakan. Ditambah pula bila dimakan beramai-ramai bersama kawan mengaji, memang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Menurut perkongsian Rashidah, ada cara berbeza bagi menyediakan Pulut Kuning atau juga dikenali dengan Pulut Kunyit dikalangan orang utara yang menjadikan hidangan pulut kunyit ini sedap dan enak rasanya malah cantik berkilat bentuknya.
Jom ketahui apa rahsianya.
Assalamu’alaikum ..untuk pengetahuan semua kami tak panggil pulut kuning tapi kami panggil PULUT KUNYIT..
Ramai pulak yg bertanya nampak pelik cara saya buat pulut kunyit. Untuk pengetahuan semua. Ni la cara org tua kedah dulu-dulu buat pulut kunyit. Setau saya dari saya mula kenal pulut kunyit camni la tok nenek saya dok buat. Jom kita tgk..
Cara buat :
Mula basuh beras pulut..Rendam dengan kunyit, lada hitam biji dan asam keping.
Lepas direndam (masa rendaman bergantung pulut apa yg digunakan) sejat air.
2. Atas kukusan tu lapikkan daun pandan dan terus tuang pulut.. Asam keping jangan kukus ya.. Angkat p tak tang lain.. Kukus..
3. Bila da separuh masak.. Letak bawang merah.. Halia dan sedikit bawang putih yang dimayang atas pulut tu..kukus lagi..
4. Buka periuk utk gemburkan pulut n bwg td. Kukus sampai masak.
5. Utk eron santan.. Masak santan dengan daun pandan simpul.. Garam.. Susu pekat.. Bila mendidih n ckp rasa tutup api.
6. Pulut yang da masak tu tuang dalam bekas.. Terus tuang santan tadi dan gaul cepat-cepat bagi rata.
7. Siap.. Lepas siap ni boleh nak kukus lagi skali pun takpa. Lebih tahan lama. Tak kukus pun takpa.
“Di kedah pulut kunyit lebih femes dengan gulai daging/ayam dan gulai teloq..Truih teringat nostalgia dulu2 zaman p ngaji Quran nu.. Dpt pulut sedap tak sangga.. Gulai teloq pekat melekat.. Goi2 teloq kunin tu.. Ishhh teringat aihh, Dengan rendang kmi kurang ckit. Syok dgn gulai gi.. Walah!”-Rashidah
Ekstra petua
**lada hitam tu dibubuh.. Petua dulu la nk hambat angin.. Pulutkan angin bg sesetengah org..
**Halia pun sama selain hambat angin nk bg wangi..
**Bawang tu utk menyedapkan.. Tp eloknya mayang haluih nipis2 . Pic atas tu sy guna bwg besaq ja. Kt umh da berpuluh thn tak guna bwg kecik merah tu.
Ok.. Tak caya ampa try dulu br tau.
**Utk lemak.. Sekilo pulut setengah kilo santan pekat yg terus perah tanpa campur air.
**Susu pekat pengganti gula n nk bg kilat pulut buh sesedap rasa tekak ampa la no. Selera tak sama. Jd yg tu subjektif.
**Garam.. Susu pekat kalu sy buh lbh ckit bg berasa dah.. Sbb ms eron nnt pulut kan tawaq.. Jd bg lbh ckit rasa dia na.
sumber : Rashidah Arshad via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Paling ‘mahal’ kalau nak mencari pisang atau cempedak goreng tepi jalan semestinya kriuk kriuk atau bancuhan tepungnya itu. Jika dapat kedai yang sedap, semestinya akan ulang beli lepas ni!
Tapi…. Sesekali buat sendiri apa salahnya untuk makan satu keluarga, betul tak?Ikut je resipi peniaga ni, katanya dah guna resipi ni untuk berniaga hampir 20 tahun! Fuhh lama tu.. Jom ikuti perkongsian dari saudara Yayar B. Awang Noh di bawah.
Resipi Bancuhan Cempedak Rangup & Pisang Goreng
Tepung bancuhan ini yg keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kasi pekat sedikit dari pisang..
Bahan-bahan:
Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap)
Tepung gandum suku cawan
Serbuk kunyit setengah sudu
Kapur makan secubit
Gula sesudu besar
Garam sesudu @ secubit
Telur ayam atau itik sebiji
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan.
2. Kacau sehingga sebati. Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.
3. Masukkan cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
4. Sedia untuk digoreng sehingga rangup.
Masalah daging liat dan tak juicy adalah antara yang sering kita hadapi semasa memasak menu berasaskan daging.
Malah, nak memasaknya supaya menjadi lebih lembut mengambil masa berjam-jam. Buat yang mampu, tentu akan membeli periuk bertekanan tinggi yang hanya memerlukan masa hanya setengah jam sahaja untuk daging menjadi empuk.
Namun bagi yang tidak berkemampuan atau jika memasak dalam jumlah yang banyak seperti kenduri atau kedai makan pastinya memerlukan petua untuk memastikan daging lembut dan juicy.
Nak tahu lanjut nak daging lebih enak, ikuti tiga petua ini yang menggunakan cara hirisan yang betul, ais batu dan akar daun pandan.
Petua 1: Cara potong daging
Tengah masak kari daging untuk esok, tengah tengah malam ni. Untuk yang tak tahu, nak daging lembut potonglah melawan ira jangan mengikut ira daging. Mak ajar bila potong melawan ira senang nak makan. Mungkin ramai dah tahu tapi yang muda-muda ada yang belum tahu.
Petua 2: Petua guna ais batu
Cara macam ni yang selalu saya buat time nak masak daging. Nak masak sup daging sup tulang kejap je tak payah lama. Rebus dulu daging tu 20 minit ke 30 minit (Sempatlah kita sediakan bahan2 lain ). Time air tengah mengelegak kuat tu masukkan ketul ais. Kejap je daging tu empuk. Petua ni saya dapat dari tukang masak thai.
Petua 3: Guna sudu dan akar daun pandan
Merebus daging dan tulang ni kadang menjadi masalah kerana daging menjadi liat Dan susah utk mengunyah. Petua dari nenek n atok dulu dulu letak sudu besi dan akar pandan..
Jadi itulah yg sya buat. Alhamdulillah. Memg lembut dan juicy.
Selamat mencuba!
Kredit: Rohani Ahmad, Mariya Mar dan Nizam Tahar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.