Andai Esok Sudah Tiada. Apa Persiapan Kita Untuk Pasangan? Renungkan Perkongsian Ni!

Share

Kehidupan kita di dunia ini tidak lama, suatu masa nanti akan pergi meninggalkan pasangan, anak-anak dan keluarga tercinta. Selain sedar hakikat untuk persiapkan diri mengadap Ilahi agar bahagia di negeri abadi, namun usah terlepas pandang untuk persiapkan juga bekalan untuk insan yang ditinggalkan agar mereka tidak hidup susah setelah kita tiada disisi.

Jadi apa kata, kita renung-renungkan beberapa soalan ini yang dikongsikan oleh Marliya Ramli untuk peringatan bersama. Jom semak.

DERITA SELAMA-LAMA.

1 – Esok weekend. Tuan-tuan ambillah sedikit masa. Semak bersama-sama… Berapa jumlah simpanan yang isteri tuan-tuan ada?

2 – Berapa banyak yang isteri tuan-tuan mampu jana pendapatan keluarga? Andai tuan-tuan tiada, isteri mampu urus segala?

3 – Andai Tuan-tuan meninggal dunia, apa yang dihibahkan pada isteri jelita? Berapa banyak jumlah wang dan emas simpanan yang tuan-tuan sedia agihkan?

4 – Anak-anak tuan-tuan akan ada tempat tinggal? Isteri tuan-tuan punya hati kental yang sanggup bertahan? Berapa lama?

5 – Saya 16 tahun bekerjaya sebagai HR ya tuan-tuan… Saya dah tengok abang kakak dan adik beradik yang tuan-tuan sanjung anggap baik segala, merekalah bakal jadi si celaka yang menyusahkan.

6 – Merekalah yang sibuk menghitung harta pusaka dan insuran syarikat yang tuan-tuan tinggalkan. Tuan-tuan masih hidup segalanya baik belaka. Tuan-tuan meninggal esok, anak isteri tuan-tuan merempat tak apa… Yang penting mereka mahu bahagiannya.

 

7 – Haloba manusia tak kenal sesiapa. Baik ibu bapa tuan-tuan atau saudara mara. Selagi bernafas dan punya nyawa, pandanglah wajah anak isteri tuan-tuan.

8 – Tuan-tuan jangan tunggang agama berserah pada takdir semata-mata. Selagi jasad menghirup udara, ambil lah langkah berjaga-jaga.

9 – Pastikan isteri tuan-tuan punya sebuah rumah namanya. Pastikan isteri tuan-tuan tahu menjana wang untuk anak-anak tercinta.

10 – Jika isteri tuan-tuan surirumah atau berpendapatan kecil saja, segera hibahkan harta. Agar pemergian tuan-tuan tidaklah meninggalkan DERITA SELAMA-LAMA.

Salam sayang dan ya, saya isteri juga.

sumber : Marliya Ramli