Andai Berlaku Kematian Di Rumah Waktu Malam, Ni Perkara Ahli Keluarga Patut Buat Dulu!

Share

Hal-hal mengurus jenazah, diakui bukan semua  mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sempurna.

Pun begitu, alangkah bagusnya andai kita tambah ilmu melalui perkongsian ini.

Sekurang-kurang andai berlaku situasi di mana ada ahli keluarga terdekat kembali kerahmatullah pada waktu tengah malam, kita tahu apa perlu dibuat sementara menunggu waktu pagi untuk dimaklumkan kepada jiran tetangga dan ahli qoriah masjid.

Bahkan setidak-tidaknya kita tahu cara  bagaimana untuk berbakti kali terakhir kepada ibu dan ayah atau ahli keluarga yang meninggal dunia.

Semoga perkongsian daripada Mr Wan Cai Official ini dapat dimanfaatkan.


Bila berlakunya kematian..Lebih lebih lagi diwaktu tengah malam..

Perkongsian dari saya ini boleh anda guna pakai sebagai rujukan..

Ingat..

Apabila berlaku kematian..itu lah kali terakhir untuk anda berbakti kepada ibu dan ayah atau ahli keluarga yang meninggal dunia..

Kerana selepas itu anda hanya akan bertemu di alam akhirat..

Di padang masyhar di mana semua akan dibangkitkan untuk bertemu Allah..

Anda tidak akan saling mengenali di antara satu sama lain biar semasa di dunia dia lah ayah..dia lah ibu atau dia lah adik beradik kita..

Jadi berbuat baik lah di dunia sementara masih ada kesempatan dan peluang..

Panduan untuk anda apabila berlaku kematian dirumah atau diwaktu malam sebelum jenazah diuruskan :-

1.Jenazah harus diletakkan ditempat tinggi seperti diatas katil.boleh juga diletakkan diatas lantai tetapi mesti lah diatas tilam.Ini memudahkan kita untuk menguruskan jenazah dengan baik.

2.Buang semua pakaian yang dipakai atau lebih mudah gunting sahaja pakaian terakhir yang dipakai oleh si mati.

 

3.Bersihkan anggota tubuh jenazah khususnya yang mungkin terpalit najis seperti air kencing atau air besar.Ini bagi mengelakkan ada bauan yang tidak menyenangkan ketika orang datang menziarah.

4.Tutupi jenazah dengan kain putih dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya bagi mengelak aib sebelum meletakkan kain batik lepas diatasnya.

5.Baringkan jenazah dengan kakinya mengadap ke arah kiblat.(Menghadapkan jenazah ke arah kiblat adalah perbuatan baik,namun jika tidak dihadapkan sekalipun tidak mengapa).

6.Hubungi segera waris dan ahli keluarga yang terdekat untuk memaklumkan tentang kematian tersebut.

7.Pergi buat satu laporan polis memaklumkan berlaku kematian di rumah anda.

Jika kes tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan disebabkan si mati memang mempunyai rekod perubatan melibatkan sakit kronik pihak polis akan keluarkan permit pengkebumian.

Tetapi kalau ada unsur-unsur jenayah atau si mati masih muda siasatan lebih teliti akan dilakukan.si mati juga perlu melalui proses bedah siasat yang akan dilakukan oleh pihak hospital untuk mencari punca kematian. Proses bedah siasat ini adalah prosedur wajib ke atas jenazah.

8. Bila sudah ada permit pengkebumian,rujuk lah kepada pihak pengurusan jenazah dan maklumkan kepada mereka dengan segera.Ini bagi memudahkan pihak tersebut membuat persediaan awal untuk sempurnakan jenazah

9.Jika waris sudah lama sakit dan terbaring ambil setanggi dan nyalakan.Ini bagi mengelak bau yang mungkin kurang menyenangkan. Pembakaran ini sedikit sebanyak dapat menutup bau yang ada pada jenazah. Jika tiada setanggi boleh juga sapukan minyak attar pada luaran kain yang menutupi jenazah

Yang terakhir sekali dan yang paling penting..

10.Memandangkan kematian berlaku di waktu tengah malam jangan sesekali membiarkan jenazah bersendirian.Memang ahli keluarga anda telah meninggal dunia tetapi roh masih ada di situ lagi.

Berikan tanggungjawab kepada adik beradik atau ahli keluarga terdekat untuk jaga secara bergilir-gilir..

Bacakan surah Yasin atau ayat ayat suci al-quran disisi arwah kerana pahala ini akan terus sampai kepadanya..

Sementara yang lain mungkin boleh tidur sebentar sementara menunggu hari siang untuk urusan mandi dan kafan sebelum dikebumikan..

Tetapi adalah lah lebih baik sekiranya jenazah dapat dimandi dan dikafankan dengan segera..

Sebolehnya apabila berlaku kematian diwaktu malam..

Mandi dan kafankan terus jenazah tersebut..

Ini kerana sementara menunggu waktu siang untuk proses dikebumikan jenazah sudah pun bersih dan wangi..

Secara tidak langsung aib jenazah sudah tertutup manakala waris boleh meneman atau membaca surah yasin dan ayat ayat suci al-quran dengan selesa tanpa diganggu oleh bauan yang tidak menyenangkan..

Harap perkongsian ini berguna untuk anda jadikan panduan sebagai persediaan awal jika berlaku kematian melibatkan ahli keluarga sendiri..

Baca..

Fahami..

Dan simpan untuk rujukan anda..

Semoga bermanfaat!

sumber : Mr Wan Cai Official