Membeli rumah untuk dihuni oleh seisi keluarga diakui bukanlah perkara yang boleh dibuat sekelip mata, perlu perancangan agar aset yang dibeli tidak membebankan kewangan apatah lagi andai bergaji kecil.
Melalui perkongsian daripada Amir Syahir ini diharapkan dapat membantu. Jom semak.
7 Panduan Membeli Rumah Untuk Golongan Yang Bergaji Kecil ******************************************
Memang diakui pendapatan sesetengah orang tidak cukup untuk membeli rumah. Banyak komitmen. Contohnya nak kena bayar pelbagai kos hidup, ansuran kereta, bil utiliti dan sebagainya.
Pihak bank pula semakin berhati-hati untuk memberikan pembiayaan perumahan. Mereka hanya berikan pembiayaan kepada orang yang betul-betul mampu sahaja. Orang kerja swasta pun susah nak dapatkan pembiayaan perumahan ni.
Jadi, antara perkara yang kau boleh buat ialah;
***
1. Tingkatkan Ilmu Pengetahuan
Ilmu merupakan punca utama untuk kau berjaya. Mulakan dengan belajar ilmu hartanah yang asas. Jika kau ada ilmu pengurusan kewangan, dengan sendiri kau pandai menguruskan kewangan dan hasilnya kau ada wang untuk memiliki sekurang-kurangnya satu aset hartanah.
.
Ads
2. Tabiat Menyimpan
Ramai yang tahu menyimpan itu penting. Tetapi tak ramai yang boleh ikut. Ya. Kalau dah gaji RM1400, nak makan pun susah, menyimpan apatah lagi kan. Itu kau kena ambil inisiatif sendiri. Takkan ada orang yang boleh bantu kau melainkan kau yang bantu diri kau sendiri.
.
3. Mulakan Pelaburan
Jika kau sudah ada tabiat menyimpan duit, kau boleh melangkah untuk instrumen pelaburan yang diyakini. Banyak pelaburan yang dijamin selamat. Kau kena tahu matlamat dan risiko serta pulangan pelaburan dengan jelas. Unit Amanah ataupun ASB Financing Islamik.
.
4. Bebaskan Diri Daripada Hutang Jahat
Kebanyakan anak muda suka berhutang apabila mula bekerja. Daripada berhutang beli telefon sampailah berhutang nak kahwin. Semua nak up-to-date. Biar mewah depan mata kawan. Padahal buka dompet pun serupa tumbuk bawang. Hutang keliling pinggang.
.
Ads
5. Tambahkan Pendapatan
Perkara paling senang nak tambah pendapatan ialah menjual barang ataupun berniaga secara online. Macam jual serunding ke, kain batik, buku dan lain-lain. Dapat untung RM5 satu pun okay dah.
.
6. Beli Rumah Murah Dulu
Jangan terus nak terkam beli rumah bertanah harga RM400K. Beli dulu rumah bawah RM150K. Apartmen contohnya. Ansuran bulanan pun murah. Harga rumah akan naik setiap tahun. Bila gaji dah naik, ada kemampuan, barulah boleh cuba cari rumah yang lagi selesa.
.
Ads
7. Baiki Profil Kewangan
Ramai yang tak dapat pembiayaan perumahan disebabkan profil kewangan yang lemah. Simpanan tiada, hutang kad kredit berlambak dan hutang piutang yang lain. CCRIS barai, CTOS koyak. Jadi, tetapkan matlamat. Ambil masa setahun dua untuk baiki balik kewangan sendiri.
***
Ramai yang tersekat untuk mendapatkan deposit rumah dan susah nak dapatkan pembiayaan perumahan. Banyak cara yang kau boleh buat untuk mengatasi masalah ini. Kau perlu banyak menimba ilmu pengetahuan lagi.
Takkan sampai ke tua tak ada aset rumah sendiri. Takkan nak menyewa sampai anak dah 5? Kau kena fikirkan pelan masa depan kau sekarang.
Tengah duk lepak kedai kopi mahal, sambil hisap vape tu, cuba lah buat draft gambaran kasar perancangan kau. Tentu kau akan nampak.
Ini pandangan dan panduan aku sahaja. Kau boleh rujuk mentor dan pakar dalam bab ni. Ingat, rumah pertama tak perlu besar, nanti penat nak kemas.
Bukan mudah menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang. Di saat-saat diri memerlukan, dia dijemput Ilahi.
Ditinggalkan buat selamanya, musnah segala impian. Yang tinggal hanya secebis kenangan yang takkan mungkin dapat berulang kembali.
Melihat wajah kecil yang masih memerlukan belaian kasih sayang seorang ibu, bertambah rasa hiba dalam diri seorang bapa. Namun Allah itu sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik buat umatNya.
Secebis bingkisan lelaki ini sempena ulang tahun kelahiran anaknya nyata cukup memilukan hati tatkala membacanya.
Ikuti luahan hati Khairul Abdullahbapa kepada 3 cahaya mata yang berjiwa cekal, serta cukup tabah mengharungi hari-hari mendatang.
Apatah lagi, terpaksa membesarkan anak sendirian tanpa ditemani isteri yang meninggal dunia Ogos tahun lalu bukan lah satu tugas yang mudah. Bukan calang-calang orang mampu melakukannya.
Duhai anak.
Dulu nak dapat kamu punyalah lama kami tunggu. Dekat 10 tahun mommy dan daddy mencuba. Kami dah pasrah yang kami akan berdua sahaja sampai ke tua.
Tapi Allah ada perancangan lain.
Tak semena-mena kamu keluar menjengah dunia.
Memberi kegembiraan yang bukan kepalang buat kami. Mommy yang paling happy. Impiannya untuk bergelar ibu tercapai. Daddy cool sahaja namun mommy tak tau daddy bukan main menangis kegembiraan ketika kamu lahir.
Mommy telah rancang perjalanan hidup kamu. Dia nak kamu buat itu ini, dia nak kamu jadi begitu begini. Dia sangat bahagia dan hidupnya ketika itu hanyalah untuk kamu.
Ketahuilah yang kamu dilahirkan bukan di bumi ini. Ketika cuaca di luar sejuk membeku, ketika langit lesu dan 12 jam mommy menahan kesakitan untuk melahirkan kamu di bumi yang asing sekali.
Walaupun jauh dari rakan dan saudara, kami sangat bahagia.
Kami berikan segalanya yang terbaik buat kamu. Tempat tinggal paling baik, makan minum paling bagus dan pakaian yang paling selesa. Hari-hari kami penuh bahagia dihiasi suara kecil tangis dan gelak kamu.
Cepatnya kamu membesar.
Dan secepat itu juga mommy pergi meninggalkan kamu.
Tidak ada rasa paling sedih dan gundah di dalam hati daddy mengenangkan kamu dan adik-adik yang ditinggalkan dalam usia sebegini. Masih terlalu kecil untuk kehilangan seorang ibu.
Daddy tahu kamu menahan sepi. Daddy tahu kamu menahan rindu. Tiada apa yang dapat daddy lakukan untuk menghilangkan rindu kamu pada arwah mommy.
Hanya masa yang berlalu pergi akan membawa bersama rasa rindu dan sepi itu. Daddy yakin kamu sudah mula menyedarinya kini. Yang dah pergi tidak akan kembali.
Tidak mengapa, daddy sentiasa ada di sisi selagi tidak dijemput Ilahi. Ketahuilah oleh kamu yang daddy tidak akan sama sekali meninggalkan kamu. Daddy akan sentiasa ada mengekori langkah dan meneman kamu.
Membesarlah duhai anak dengan menjadi seorang yang sentiasa memberi kebaikan kepada manusia di sekeliling kamu. Membesarlah menjadi seorang anak yang penuh dengan sifat kasih dan sayang.
Dan membesarlah menjadi seorang anak yang sentiasa mendoakan kedua-dua orang tuamu ini.
Hari ini usia kamu genap 5 tahun. Sesungguhnya daddy sangat berbangga dengan kamu.
Happy Birthday Khaleef.
KHAIRUL ABDULLAH Ayahmu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dah jadi kebiasaan zaman sekarang ni menjual semula barangan yang terpakai tetapi masih elok dengan harga murah. Bahasa omputehnya, ‘pre-loved’. Kebanyakan pakaian sebegini dijual di bundle atau di kawasan car boot sale atau secara atas talian.
Turut berbuat perkara yang sama dengan membuat kemunculan kelibat aktor kacukan Melayu-Inggeris, Zain Saidin yang juga suami kepada aktres jelita, Rozita Che Wan di car boot sale di Kota Damansara hari ini membuatkan ramai terkejut dan tidak menyangka.
Mana tidaknya, Zain atau nama penuhnya Mohamad Zain Mohd Saidin dilihat menjual dan membuat lelongan semua baju terpakai milik isterinya di hadapan kereta dalam keadaan longgok.
Apa yang membuatkan orang ramai, terutama warganet terkejut adalah aktor berusia 39 tahun itu menjual pada harga yang tidak masuk akal iaitu serendah RM5 sahaja.
Dalam pada itu, video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @fybaharuddin sempat berseloroh dalam coretan kapsyen hantarannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet seakan masih tidak percaya melihat pelakon siri hiburan pendidikan Oh My English! menjual pakaian milik isterinya secara lelong.
Lihat bentuknya seakan-akan cucur sayur, bahan yang digunakan pun kebanyakkanya sayur. Namun namanya cukup unik.
Buat ibu-ibu yang buntu nak menyediakan sarapan atau minum petang sekeluarga, apa kata cuba resipi Bakwan ini. Selain bahan yang cukup ringkas, cara menyediakannya pun mudah sangat.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.