“Saya selalu memukul anak saya yang berusia kerana 4 dan 2 tahun. Kenakalan mereka menyebabkan saya selalu tidak tahan sabar dan jadi cepat marah. Dengan kerja di rumah yang tak pernah habis. Suami pula selalu pulang lewat kerja dan keluar awal. Selalu saya memukul dan mencubit anak saya. Tapi apabila mereka tidur saya memandang wajah mereka yang mulus dan comel dengan kesedihan. Teruknya saya ini sebagai mak. Memukul anak yang tidak berdosa.”
Keluhan di atas sering juga terjadi kepada ibu bapa yang terpukul atau mencederakan anak sendiri hanya kerana kesalahan yang bukan dosa akhirat. Apatah lagi mereka di bawah usia dan belum matang dalam kehidupan.
Kebiasaan hukuman sering dikaitkan dengan cara kita mahu disiplinkan anak. Dikatakan hukuman dapat mengurangkan kekerapan tingkah laku yang tidak diinginkan berulang. Hakikatnya, apa yang diinginkan tidak selalunya terjadi. Malah perbuatan tersebut masih lagi terjadi dan terus berlaku.
Perasan atau tidak, ketika kita menghukum anak biasanya ia selalu disusuli dengan perasaan marah. Dalam kemarahan kita terus memukul atau mencubit anak dengan alasan kita mahu mengajar dan mendidik mereka. Namun hasilnya, memang terus dapat dilihat tapi kesan jangka panjangnya kita tidak pernah terduga.
Anak-anak perlu diberi penjelasan kenapa tingkah laku itu tidak boleh dibuat. Apa kesan tingkah laku itu kepada diri sendiri dan orang lain. Kesan disiplin itu bagus kerana melahirkan rasa bertanggungjawab, keyakinan diri dan kebolehan di dalam membezakan antara perbuatan baik dan tidak baik.
Kesan Pada Anak yang Kerap Dipukul dan Cubit
5. Ada juga anak yang bersikap agresif dan cepat marah apabila bersama kawan-kawan. Ini kerana anak ini tidak mempunyai kemahiran interpersonal dan tidak pandai membaca perasaan dan empati pada orang lain.
6. Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis.
Oleh yang demikian, apabila kita menjadi marah-marah dalam mendidik anak kena tahu punca. Ianya bukan sebab kelakuan anak. Selalunya keadaan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa dalam kehidupan. Hasilnya, anak terkena sasaran tekanan melalui hukuman. Sebab itu, kita katakan anak nakal. Hakikatnya, mereka baru belajar mengenal alam. Itulah cara mereka belajar sesuatu dan mengembangkan bakat diri dan potensi mereka. Pukul anak kerana mahu disiplin. Itu boleh. Tapi kalau kerap memukul anak tandanya kita perlukan ilmu keibubapaan dalam mencerna tingkah laku yang baik dalam diri mereka.
Sumber : Saleha Idris