“Anda Adalah Ibu Bapa Yang Hebat.” Nad Zainal Dedikasi Kemenangan Pada Anak-Anak Autisme.

Share

Semalam berlangsung Anugerah Skrin 2018 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Di dalam majlis tersebut menyaksikan sebanyak 12 buah drama bersaing. Salah satunya adalah Anugerah Pelakon Drama Terbaik Wanita yang menyaksikan Nad Zainal dipilih untuk memenangi anugerah tersebut.

Dalam ucapannya, dia mendedikasi kemenangan tersebut kepada ibu bapa yang memiliki anak autism. Nad Zainal merangkul anugerah tersebut bagi drama Fatonah Azali yang sememangnya cukup mantap dan berkesan sehingga ada penonton berterima kasih kepada pelakon tersebut.

Terutama sekali ibu bapa yang memiliki anak autisme kerana bagi mereka Nad benar-benar menjiwai watak dengan baik terutama dalam menonjolkan ciri-ciri autisme yang ada dalam sesetengah kanak-kanak.

Anak Autism adalah anak istimewa, bukan gila, dan macam-macam lagi panggilan tidak enak.. jika diberi ruang dan peluang, mereka mampu bekerja, dan mungkin ada kelebihan lain, seperti cepat menghafal, kreatif dan sebagainya.

Dengan kemenangan tersebut, diharapkan pelakon yang memiliki kelulusan Diploma Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).