Semalam berlangsung Anugerah Skrin 2018 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Di dalam majlis tersebut menyaksikan sebanyak 12 buah drama bersaing. Salah satunya adalah Anugerah Pelakon Drama Terbaik Wanita yang menyaksikan Nad Zainal dipilih untuk memenangi anugerah tersebut.
Dalam ucapannya, dia mendedikasi kemenangan tersebut kepada ibu bapa yang memiliki anak autism. Nad Zainal merangkul anugerah tersebut bagi drama Fatonah Azali yang sememangnya cukup mantap dan berkesan sehingga ada penonton berterima kasih kepada pelakon tersebut.
Ads
Terutama sekali ibu bapa yang memiliki anak autisme kerana bagi mereka Nad benar-benar menjiwai watak dengan baik terutama dalam menonjolkan ciri-ciri autisme yang ada dalam sesetengah kanak-kanak.
Ads
Anak Autism adalah anak istimewa, bukan gila, dan macam-macam lagi panggilan tidak enak.. jika diberi ruang dan peluang, mereka mampu bekerja, dan mungkin ada kelebihan lain, seperti cepat menghafal, kreatif dan sebagainya.
Beruntungnya seorang isteri apabila suami yang menanggung nafkah isteri tanpa cuai melaksanakan tanggungjawabnya. Malah tidak dengan itu menghargai dan menyayangi isterinya serta memberi layanan yang terbaik.
Demikian pula apa yang dikongsikan oleh Puan Marliya Ramli tentang perihal suaminya yang sentiasa akan memperuntukkan ‘wang gaji tetap’,dibank in setiap bulan tanpa gagal.
Ayuh kita baca perkongsian daripadanya, semoga apa yang baik dapat dijadikan ikutan dan apa juga kekurangan dalam keluarga, kita perbaiki agar hubungan suami isteri sentiasa di dalam redo Allah.
Sejak usia 23 tahun selama 14 tahun ada seorang suami yang sentiasa on time memberikan ‘gaji’ kepada isteri. Selewat-lewatnya 28hb setiap bulan.
Tanpa perlu ditanya-tanya atau diminta-minta suami ini akan sediakan juga pakaian raya, set mandian dan keperluan asas isteri.
Kerana selain tempat tinggal, persalinan, keperluan asas dan makanan adalah kewajipan.
Kenapa isteri perlu minta jika ianya adalah sesuatu yang difahami oleh khalifah rumahtangga tentang perintah Allah?
Bermula dengan gaji seorang Techician cabuk hinggalah menjadi senior engineer, jumlah ‘gaji’ meningkat seiring dengan kemampuan. Bermula dari kadar pemberian pada tiga angka sehingga mencecah ke empat angka setiap bulan.
Dalam bahasa lebih mudah difahami ianya adalah nafkah terhadap isteri.
Biarpun isteri mampu menyara diri sendiri, tidak sekalipun ia menjadi alasan untuk si suami culas memberikan nafkah.
Dan mungkin.
MUNGKIN!
Kerana amalan inilah Allah permudahkan suami tersebut hingga mampu berhenti makan gaji pada sebelum usia 35 tahun.
Kerana amalan inilah Allah sentiasa memberikan jalan rezeki yang tidak berputusan buat suami tersebut.
Kerana amalan inilah segala yang diusahakan oleh suami selalunya menjadi kenyataan.
Kerana amalan inilah…
Amalan yang usah sesiapa pun anggap sebagai remeh.
Kerana suami sedar, amalan memberi nafkah bukan lah pilihan. Namun kewajipan mengikut kemampuan.
Kewajipan yang bukan YB Najib suruh atau Tun Mahathir arahkan. Bukan kewajipan PU Abu paksa semua suami buat. Bukan!
Namun kewajipan yang Allah perintah.
Melanggar perintah Allah lebih buruk hukumannya berbanding melanggar perintah Sultan.
Isteri adalah amanah. Kita jaga amanah Allah, maka Allah jaga rezeki kita.
Seorang kanak-kanak lelaki telah mengalami kejadian yang tidak dijangka ketika pertama kali menghadiri solat Jumaat di sebuah masjid.
Dalam kejadian tersebut, siak masjid dikatakan telah memukul kanak-kanak itu secara rawak ketika rakaat pertama, sebagai langkah amaran untuk mengelakkan kekecohan daripada kanak-kanak lain.
Difahamkan, siak tersebut mempunyai kebiasaan untuk bertindak sedemikian sebelum masuk ke saf bagi memastikan tiada kanak-kanak yang membuat bising atau berlari-lari semasa solat berlangsung.
Malangnya, mangsa dalam kejadian ini adalah anak kepada seorang individu yang turut hadir ke masjid berkenaan. Insiden ini mendapat perhatian ramai di media sosial, dengan ramai netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai tindakan tersebut.
“Selalunya abinya bawak solat jumaat kat Masjid tempat abi dia keje atau kat Masjid Batu 12 dekat sebelah sekolah dia.”
“Tapi Minggu lepas dia cuti sekolah, abi dia bawak solat kat masjid ehem ehem. 1st time Afnan solat jumaat situ, tapi dapat pengalaman tak best pulak tak pasal2 kena libas dengan siak waktu rakaat pertama.”
“Rupanya sebelum siak tu masuk saf, dia mmg akan rotan je randomly mana-man budak sebagai amaran supaya budak lain tak bising sebab dia risau bila dia dah masuk saf nanti tiba2 ada budak bising atau lari-lari.”.
“Tak sangka pulak mangsa yang kena libas hari tu terkena anak saya.”
IBU LUAH RASA SEBAK
Dalam pada itu, Majalah Keluarga turut menembual puan Risalizah Manaf, ibu kepada mangsa mengenai kejadian berkenaan. Dia melahirkan rasa syukur apabila anaknya tidak mengalami sebarang trauma.
Namun meluahkan rasa sebak apabila dua anaknya berada dalam ketakutan sepanjang solat bimbang akan diperlakukan perkara yang sama.
“Sebenarnya yang buat saya sedih bila dua orang anak saya yang lain cerita yang diorang solat dalam ketakutan.
“Sepanjang solat kaki diorang menggigil-gigil sebab takut lepas tu turn diorang pulak yg kena libas,” jelas Risalizah Manaf kepaDa lima orang anak.
Dalam pada pada itu, pelbagai padangan daripada wargamaya mengenai isu antaranya berharap masjid tidak menjadi tempat yang ditakuti oleh kanak-kanak sehingga diperlakukan sedemikian.
Siapa tak rimas, jika terpaksa berlari berjam-jam dengan memakai pakaian yang kurang sesuai dengan aktiviti yang disertai. Namun pemuda ini berjaya melakukannya.
Berbekalkan azam, semangat dan tekad yang kuat, Mohd Syahidan Alias yang merupakan pelari maraton negara melakar sejarah apabila muncul sebagai pelari terpantas dalam Guinness World Records (GWR) bagi kategori pakaian tradisional lelaki pada acara TCS London Marathon 2023 yang berlangsung pada Ahad lepas.
Lebih dikenali sebagai Edan Syah, pemuda ini berjaya mencatat masa dua jam 49 minit 22 saat dalam larian maraton sejauh 42 kilometer itu dengan berbaju Melayu lengkap beserta sampin dan songkok.
Seakan membawa semangat berhari raya yang kini sedang diraikan di seluruh dunia, pemuda ini sungguh teruja apabila misinya itu telah meraih kejayaan.
“Misi berjaya. Kami berjaya capai misi untuk catatan masa bawah tiga jam untuk menjadi pemegang rekod dunia Guinness sebagai pelari maraton paling laju (42.2 km) dalam pakaian tradisional melayu (lelaki).”
Sebelum ini , Edan Syah pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mencatatkan rekod dunia ketika Festival Larian Blackmores di Sydney, Australia sebagai pelari maraton paling laju dalam kostum bendera negara dengan catatan masa dua jam 54 minit pada tahun 2019.
“Kami sudah melakukan yang terbaik untuk menjadikan baju melayu kembali hebat pada 2023 TCS @londonmarathon pada Hari Raya Aidilfitri! Terima kasih semua atas doa dan sokongan anda dalam perjalanan,” katanya.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.