Sewajarnya sebagai ibu bapa kita seharusnya menyokong dan memberi galakan kepada anak-anak dengan menghargai setiap pencapaian mereka terutamanya dalam pelajaran meskipun ia hanya kejayaan yang kecil atau biasa-biasa sahaja.

Bercerita tentang meraikan pencapaian anak-anak, pasti antara kita punya cara yang tersendiri sepertimana baru-baru ini tular rakaman video di media sosial.

Dapat dilihat seorang anak lelaki sedang menunjukkan buku laporan pelajaran kepada ibunya yang baru tiba di rumah. Keterujaan anak lelaki tersebut berkongsi pencapaian yang diperolehi kepada ibunya turut menarik perhatian ibunya untuk sama-sama melihat nilai markah B dan C yang diperolehi anaknya.

“Anakku Selalu Juara Di Hatiku…”-Anak Dapat Nombor 27 Dalam Kelas, Warganet Terharu Lihat Ibu Ni Raikan Pencapaian Anak!

Anakku Selalu Juara Di Hatiku

Ads

Meskipun tiada langsung gred A yang diperolehi oleh anaknya namun itu tidak menghalang ibu ini berasa gembira dengan pencapaian anaknya itu. Bahkan apabila anak memaklumkan kedudukannya di dalam kelas mendapat tempat ke 27 daripada 41 orang pelajar, si ibu tetap meraikan pencapaian anaknya itu.

“Anakku Selalu Juara Di Hatiku…”-Anak Dapat Nombor 27 Dalam Kelas, Warganet Terharu Lihat Ibu Ni Raikan Pencapaian Anak!

Jelas terlihat betapa ibu ini menghargai usaha anaknya untuk belajar dan baginya anaknya tetap juara di hatinya.

@barasa523♬ suara asli – Bara Sa523

Ads

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasa terharu melihat aura positif yang dimiliki oleh ibu tersebut. Tindakannya tetap menghargai pencapaian anak nyata berbeza dengan segelintir ibu-ibu  hari ini yang kebiasaannya bila anak dapat banyak A baru dirai dan disanjung, tetapi bila keputusan hanya seadanya sering pula disisih bahkan disinis.

“Pagi2 nengok VT ini jadi mewek, terharu awak bah…Salut awak sama Ibu ini…👏🏻awak pun sama, rangking hanya masalah nilai, yg penting anak hepi.. 🤗🥰” -komen netizen.

“Nilah progressku mak 🥺🥺’ huu terharu,” tulis yang lain pula.

Ads

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Anakku Selalu Juara Di Hatiku…”-Anak Dapat Nombor 27 Dalam Kelas, Warganet Terharu Lihat Ibu Ni Raikan Pencapaian Anak!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI