Setiap pasangan, pastinya impikan kehadiran cahaya mata. Kejap ataupun lambat, ramai yang bersabar untuk menantinya.
Kehadiran cahaya mata ini umpama penyeri dalam keluarga.
Namun ianya tidaklah semudah yang di sangka. Ada pasangan yang diberikan rezeki mendapat cahaya mata seawal usia perkahwinan mereka lagi namun ada juga yang menanti bertahun-tahun lamanya dan sanggup berhabis berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkan zuriat.
Bagi pelakon Zulin Aziz, walaupun usia perkahwinannya belum pun mencecah setahun, namun dia sering diasak dengan persoalan tentang cahaya mata.
Kata Zulin, dia sangat berharap agar netizen di luar sana lebih bijak dalam melontarkan soalan mengenai isu yang sensitif sebegini dan lebih baik mendoakan agar dipermudahkan urusan dalam dikurniakan zuriat.
Orang lain bertahun-tahun cuba dapatkan anak sampai dah lali dengan pertanyaan orang.
Mungkin saya yang masih baru ini, terasa hati tu ada. Namun, lama-kelamaan bila dah orang hari-hari tanya, kita dah macam tak apalah abaikan saja.
Dari anggap negatif, terus berubah jadi positif dan mohon mereka doakan. Apatah lagi, kami pun bukan tak nak anak atau rancang nak anak dua tiga tahun lagi.
[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam
[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
Saya berharap sangat netizen yang bijaksana di luar sana, daripada tanya saya bila nak dapat anak, lebih baik tadah tangan sekejap saja doakan untuk saya.
Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkongsi tentang keguguran yang dihadapinya pada Ogos tahun lalu di mana dia turut tidak mengetahui bahawa dirinya berbadan dua ketika itu.
Ikutkan kehamilan saya itu tak sampai sebulan lagi. Waktu itu, saya tak tahu yang saya dah hamil tapi tiba-tiba rasa sakit perut memulas.
Katanya, period (haid) datang lambat ketika itu dan dia hanya beranggapan mungkin daripada pergerakannya yang lasak kerana baru berpindah rumah.
Semoga Zulin dan suami dikurniakan cahaya mata yang soleh dah solehah.
[MESTI BACA]
- Bantal Kepam Kini Seperti Baru. Guna 3 Bahan Ini Sahaja
- Berkat Kesabaran Berhadapan Dengan Suami Panas Baran, Lisdawati Kini Bersyukur Suami Lebih ‘Cool’
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club