Baru dikongsikan gelagatnya memakai kain pelikat, terbaru, pelakon Amar Baharin memaklumkan khabar duka apabila anak sulungnya, Aqeef Anaqi terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital.
Menurut suami kepada pelakon Amyra Rosli ini lagi, anaknya mengalami gejala muntah yang teruk menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya.
Sambil melahirkan rasa bimbang, Amar berharap anak pertamanya itu diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.
“Anak soleh hero daddy 3 kali muntah pagi ni… get well soon abang @aqeefanaqi insyallah. Allahummasyfi Anaqi. Allahummasyfi Anaqi. Allahummasyfi Anaqi,” kongsinya.
Turut berkongsi situasi cemas itu adalah isterinya, Amyra Rosli menerusi laman Instagramnya. menurut Amyra dia tidak dapat berada di sisi Anaqi kerana sedang menjalani penggambaran.
Ads
Stay strong syg mommy..Doakan anaqi cepat sembuh ye 🤍
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menitipkan doa semoga Anaqi dipermudahkan segala urusan dan kemvali sembuh seperti sediakala.
obrozaileeAlamak kenapa hensem boi ni Amar? Speedy recovery Anaqi. ❤️
zfuzaAllahuakbar…Moga cepat sembuh boboy Anaqi….kata orang tua²….muntah tu elok…buang mana yg tak elok dr dlm badan…banyak kan mnm air masak…
fauzanaezanaSemoga cepat sembuh anaqi handsome 😍😍😍😍😍
Untuk makluman, pasangan pelakon ini mendirikan rumah tangga sekitar November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi,4 dan Ayra Arysaa, 2 tahun.
Setiap kita pastinya ke Makkah menunaikan haji atau umarah. Sana terdapat tempat dimakbulkan doa.
Namun, mampu kah kita pergi ke sana setiap tahun. Bagaimana perkongsian ini juga menjelaskan bahawa, satu per tiga malam adalah masa mustajab doa dimakbulkan. Jika tidak mampu ke sana, pilih lah waktu mustajab itu.
Ikuti perkongsian ini.
Umrah Setiap Tahun, Mampukah Aku?
“Kami mengambil masa yang sangat lama untuk mengumpul duit datang ke sini Ustaz.” Saya tanpa segan silu luahkan pada Mutawif saya. Dia tersenyum memandang saya.
“Kenapa kita di sini?
Adakah disebabkan duit kita yang menyebabkan kita mampu ke sini?
Atau disebabkan Allah yang jemput kita menjadi tetamuNya punca kita di sini?
Tak perlu jawap pada saya, soalan ini untuk kita fikirkan”
Saya terdiam bila disoal dengan satu pertanyaan yang memang sukar untuk saya jawab. Benar, ianya berkenaan logik akal dan keyakinan kita.
Masa berlalu begitu pantas di sana.
Semasa di Jeddah menunggu flight untuk perjalanan balik ke Malaysia, kami delay hampir 5 jam disebabkan masa penerbangan yang ditetapkan berubah tiba-tiba. Saya sempat bersembang dengan seorang makcik yang kami panggil ‘Maktok’ sepanjang kami di tanah haram.
“Maktok dah pergi umrah sejak 1996, sekarang 2019. Hampir 23 tahun Maktok akan datang ke sini setiap tahun, insyaAllah. Jadi serba tak kena kalau tak mai. Rindu semacam. Kadang-kadang setahun 3 kali Maktok datang Makkah. “
Excited dengar, saya pun membalas “Ya Allah, Maktok! Rezeki sungguh. Mesti Maktok kerja hebat-hebat kan. Duit banyak sampai setiap tahun boleh mai.”
Maktok tersenyum memandang saya. Dia menjawap,
“Ini bukan soal duit. Dulu Maktok hanya kerja kerani biasa saja. Tapi Maktok berkeinginan nak datang setiap tahun, Maktok berdoa. Allah lorongkan Maktok buka Catering. Alhamdulillah dari situ Maktok diberikan jalan untuk ke sini setiap tahun.
Untuk ke Makkah bukan saja perlu ada impian dan hasrat, tapi perlu juga berdoa setiap hari. Berdoa semoga Allah menjemput kita menjadi tetamuNYA. Itulah usaha kita, memohon pada Allah. InsyaAllah, jalan untuk ke rumahNYA akan terbuka luas. “
Saya terdiam.
Teringat kata-kata Mutawif saya,
“Benar Allah Maha Mengetahui apa yang ada didalam hati setiap hambaNYA, tetapi jika kita tidak memohon dan berdoa padaNYA macam mana Allah nak perkenankan hasrat kita secepat mungkin. Boleh jadi Allah delaykan sepuluh atau dua puluh tahun lagi.”
Sampai Malaysia, saya ceritakan kisah ini pada kawan saya. Saya cakap,
“aku patut berdoa di tempat-tempat paling mustajab ketika di sana untuk datang menjadi tetamuNYA pada setiap tahun, rugi kan.. “
Kawan saya membalas.
“Di sana memang ada tempat-tempat mustajab yang InsyaAllah memang akan dikabulkan setiap doa, tetapi jangan bimbang, Allah juga telah bagitau dalam Al-quran yang Allah akan perkenankan doa orang yang meminta padaNYA disepertiga malam pada setiap malam. Kita masih ada masa Norzi. Mungkin bukan berdoa di tempat yang mustajab, tapi InsyaAllah pada MASA yang mustajab doanya”.
Rasulullah S.A.W bersabda “Rabb kita Tabaroka wa Ta’ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu DIA berkata: ‘Siapa yang berdoa pada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Kuampuni’.” (HR. Bukhari no. 6321 dan Muslim no. 758).
“Dan pada sebagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al Israa’: 79)
Di Madinah, kita ada Raudhah.
Di Makkah, kita ada Kaabah, Hijir Ismail, Multazam.
Di sini dan walau di mana pun kita berada, kita mempunya Tahajud setiap malam.
Yakin!
Kredit: Norzi Malek
Ibrah Umrah 2019.
Sesuatu untuk di fikirkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu dibuat selepas salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif Covid-19.
YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Khamis, 20 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19.
Untuk makluman, YAB Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif. Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), YAB Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini.
Dalam satu laporan lain, tular satu memo daripada Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid yang mengesahkan beliau positif Covid-19 dan diarahkan menjalani kuarantin di hospital.
Menurut memo tersebut Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), Khalid Khan Abdullah Khan diberikan tanggungjawab untuk mengambil alih tugas sebagai Ketua Audit Negara bagi memastikan tugas-tugas di jabatan itu berjalan dengan lancar dan teratur.
Selain itu, tugas pengauditan kewangan dan tabdir urus masing-masing dikendalikan Timbalan Ketua Audit Negara (tadbir Urus), Datuk Johari Ismail, manakala tugas pengurusan dikendalikan oleh Pengarah Sektor Pengurusan, Putra Nurwan Shah Baharuddin.