Selain memiliki raut wajah yang comel, Yusuf juga seorang anak yang cukup manja dan bijak, membuatkan dia disayangi ramai.
Sebelum ini, Hanis Zalikha berkongsi video anaknya, Yusuf Iskandar bukan sahaja dilihat prihatin, bahkan cukup ringan tulang dan gentelman.
Abang kepada Aisyah ini membantu ibunya mengambil peralatan untuk pam susu badan. Terbaru, Yusuf dilihat membantu ibunya memasak di dapur. Biarpun masih kecil, namun sikap ringan tulangnya cukup terserlah.
I loveee cooking early in the morning with @theyusufiskandar . Semua dia nak buat dah jadi macam little helper everyday. Nasi nak cedokkan. Telur pun nak tolong pecahkan. Yang tak kena mengena macam letak air dalam ice tray pun buat. Tolong Mommy selalu ya sayang.
Menerusi perkongsian Hanis itu, Yusuf dikatakan membantunya memasak di dapur. Apa yang melucukan adalah dia memasukkan bawang putih yang dipanggilnya coklat chip.
Pengikut Hanis di laman instagram meninggalkan komen dengan mengatakan gelagat anak sulung Hanis ini sangat comel dan penuh dengan kasih sayang.
Sumber: IG haniszalikha