Isi Kandungan
ToggleSelain memiliki raut wajah yang comel, Yusuf juga seorang anak yang cukup manja dan bijak, membuatkan dia disayangi ramai.
Sebelum ini, Hanis Zalikha berkongsi video anaknya, Yusuf Iskandar bukan sahaja dilihat prihatin, bahkan cukup ringan tulang dan gentelman.
Abang kepada Aisyah ini membantu ibunya mengambil peralatan untuk pam susu badan. Terbaru, Yusuf dilihat membantu ibunya memasak di dapur. Biarpun masih kecil, namun sikap ringan tulangnya cukup terserlah.
I loveee cooking early in the morning with @theyusufiskandar . Semua dia nak buat dah jadi macam little helper everyday. Nasi nak cedokkan. Telur pun nak tolong pecahkan. Yang tak kena mengena macam letak air dalam ice tray pun buat. Tolong Mommy selalu ya sayang.
Menerusi perkongsian Hanis itu, Yusuf dikatakan membantunya memasak di dapur. Apa yang melucukan adalah dia memasukkan bawang putih yang dipanggilnya coklat chip.
View this post on InstagramA post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on
Pengikut Hanis di laman instagram meninggalkan komen dengan mengatakan gelagat anak sulung Hanis ini sangat comel dan penuh dengan kasih sayang.
filzahfaisarah_ “Belacan?” Hahahahaha dengan slang dia sekali 🤣
meeracle_glowingexpert Tiber2 ada coklat chips campur onion. Hehe. So cute Yusuf.
siti_hajarrrrrrr Masya Allah anak yg baik Dr kecil dh bagus ahlak moga jd anak soleh
mypinkshoppe Indah & bahagianya ada ank yg sioleh dididik dari awal usia. Tahniah keknis🥰
anhaazmode Alaa comelnya, rajin bangun pagi yusuf ni
anithss_ Kecik ii lagi dah gentleman ke ni
aizara.co Bagus keknis ajar anak dari kecil..kalau kita dulu2 asyik marah anak kacau kat dapur😀sudahnya sampai ke tua derang malas nak ke dapur..gud job keknis @haniszalikha 👏👏
Sumber: IG haniszalikha
Wanita Ni Kongsi Kisah Andai Pasangan Dijemput Ilahi & Ni Perlu Buat Agar Yang Ditinggalkan Tidak Sengsara!
Apa yang terjadi dalam hidup ini, biasanya banyak perkara berlaku di luar jangkaan kita. Umpamanya bila diuji pasangan sudah tiada disisi. Pasti tidak mungkin kita menggambarkan bagaimana harus kita tempuhi detik itu. Namun apa yang pasti, mahu atau tidak kehidupan ini harus diteruskan.
Kita juga biasa membaca kisah-kisah sedih dan kepayahan si isteri bila terjadianya kematian suami. Namun jika tidak mahu perkara yang sama menimpa diri kita dan anak-anak, apa kata persiapkan diri. Hal ini dikongsikan oleh puan Marliya untuk sama-sama kita renungkan.
MUJURLAH KITA
Kita takut ya?
Takut andai ditimpa kematian pasangan, nasib diri dan anak-anak bagaimana? Begitulah pemikiran mak-mak dan cabaran yang mungkin tiba pada mana-mana wanita.
Cabaran terbesar adalah sebab kita tidak tahu sama ada ipar duai atau keluarga mertua sanggup mengutamakan kepentingan anak-anak kita atau kepentingan diri mereka semata-mata. Kita tidak tahu malah tak perlu ambil tahu sebenarnya.
Yang kita perlu tahu untuk buat segera cuma memastikan kita punya tempat tinggal sendiri, harta sendiri dan menjana kewangan sendiri.
Sekarang kita baca kisah rakan kita. Esok-esok mungkin rakan baca kisah sedih kita pula.
Cuma kita harap bila rakan baca kisah kita mereka akan cakap :
1 – Mujurlah isterinya ada rumah 100% nama sendiri. Jika sebuah bagus, jika melebihi tiga sangatlah bagus.
2 – Mujurlah suaminya sebelum mati beli takaful hibah pada isteri. Setidak-tidaknya pampasan ini sangat cepat di bayar tak sampai sebulan. Lepas lah kos pendidikan anak-anak hingga ke universiti.
3 –Mujurlah suami orang lain hadiahkan percutian mewah, suami dia hadiahkan 50 gram emas setiap tahun. Setidak-tidaknya lepas 10 tahun dah ada setengah kilogram emas jika sesak untuk dipajak gadai.
4 – Mujurlah isteri boleh pandu kereta, menjana pendapatan bulanan dan berdikari. Tak adalah anak-anak terabai diri sendiri.
5 – Mujurlah isteri itu tak ada langsung hutang jahat. Setidak-tidaknya pendapatan bulanan sedia ada cukup untuk menampung belanja bulanan diri dan anak-anak lepas suami tiada.
6 – Mujurlah isteri walaupun lembut tetapi tegas. Mampu naik turun pejabat dan mahkamah mendapatkan hak diri dan anak-anak.
Ya… suatu hari nanti rakan mungkin cakap hal kita. Semoga rakan memberikan kita ungkapan seperti di atas. MUJURLAH KITA itu ini, begitu begini. Insya’allah…
Dan andai kita ditakdirkan sehidup semati dengan pasangan, hargailah setiap detik. Jangan biarkan ianya berlalu tanpa diisi dengan saat-saat yang membahagiakan sentiasa.
Sumber : Marliya Ramli
“Cuping Telinga Terkoyak, Subang Tersangkut Di Kipas.” Ibu Ni Kongsi Saat Cemas, Doktor Pakar Sampai Nak Call JKM!
Dianugerahkan anak perempuan memang menjadi idaman ramai ibu terutama yang suka bergaya. Waktu inilah pelbagai fesyen atau aksesori dibeli untul si kecil.
Termasuk juga dengan pemakaian barang kemas. Salah satunya subang. Namun siapa sangka, dari sekadar nak nampak cantik akhirnya mengundang bahaya.
Malang tak berbau, demikian yang menimpa anak kecil ini apabila subang yang dipakainya melekat pada kipas angin sehingga mencederakan telinga si anak.
Inilah yang dikongsikan oleh puan Dewi Diana Samsudin atas apa yang menimpa anaknya pada 8 februari yang lalu.
Syukur alhamdulilah..terima kasih semua doakan kesihatan delisha diana wi😘😘
Maaf semua yg wssap wiwi,wi xdpt balas semua wssapnya..
Kenapa dipakaikan subang untuk anak..(ni atas ibubapa itu sendiri)
Dari tindik dapat subang dekat klinik(xserasi),pakai kan emas(serasi,tp delisha suka cabut),pakaikan yg mcm lidi(dia ambil masuk mulut),pakaikan bentuk mata kail(tsangkut dkt kain)last pakaikan subang yg screw blakang(fikir xkena apa2,sbb dah berapa bulan pakai,elok je terletak(dekat gmbr bawah)
# korg xkan terfikir bila benda ni akan terjadi,kalau wi th,wi xpakaikan..n wi xkn suka2 nak dera anak lah..sapa xsyg anak..
Pe yg berlaku,dia berdiri pegang kipas(kipas xhidup,kipas bwh),nak capai apa xth belakang kipas,dia tduduk n mngis(rupanya subang tu dh tersangkut pada jaring kipas..husbd xsempat nak pegang kepala dia..dia dah panik masa tu(terus dia rentap telinga dia dkt kipas tu),n mnangis..
Wi dekat dapur terus ambil dia..sbb dia dkt bilik dgn ayah dia(selalu xda pe berlaku,bila kata nak jadi,jadi lah kejadian itu)klau boleh putar masa,wi xda lah nak biarkan..wi ambil dia..sbb dia ngis xbhnti..tgok2 cuping telinga dia dah koyak besar..darah mengalir je..
Terus bawak pergi klinik(sampai klinik Dr xleh jahit sebab delisha bawah umur 2tahun)terus refer hospital..sampai hospital(kecemasan),terus masuk dalam,tunggu lagi(delisha dah xngis sbb luka tu dh kebas,dah xrasa apa),Husbnd xleh masuk sbb bwk rayyan..call angah suruh amik rayyan(mak aton xth pe2 lagi)xsempat nk bgth fmly pe yg blaku..Dr dah tengok lukanya(pihak kecemasan xleh buat sebab koyaknya besar kena refer pakar telinga..dapat appoiment dgn pakar kol 2ptg(kami tunggu dari 12 tghri sampai 2 ptg,kami xmakan pe..sbb risaukan delisha)..dia dah start ngamuk nk tidur..
Jam 2 ptg,wi masuk sorg sbb husbnd xleh masuk,dia ckp sorg je boleh masuk teman anak..ok xpe..kita tggu Dr pakar panggil..sbelum masuk,sempat susukan dia(xsmpai 5minit dia dh tido)n dorg panggil jumpa pakar telinga..masuk dorg tgok besar lukanya..n dorg cakap boleh buat(kita bg ubat tido)n dorg cakap nk gam je..wi cakap bagi jahit(sbb delisha skrg aktif,bila2 dia boleh tarik telinga dia tu..dorg bg wi ubat suruh delisha minum(ubat tido),delisha nya xnak tido dah..so dorg terpaksa amik keputusan kena operate dgn pakar bedah..n biuskan delisha(1badan bg xsedar,sbb dia aktif)..n ada lah pkara2(yg xdpt cerita didlm bilik pakar)..n delisha disuruh puasa sbb nak operate kejap lagi..
N delisha dimasukkn dlm wad,sementara tunggu bilik operate kosong..
Delisha budak yg kuat,dia xngis sbb sakit..tp dia haus..nurse bg baju nk masuk dewan bedah jam 5ptg..wi pun siap2kan delisha(masa ni delisha rela je)ditolak delisha nak katil sampai dewan bedah..dorg tanya last minum n makan jam berapa..wi cakap makan kol 9 pagi,susu bdn kol 2.30,pakar bedah cakap xleh buat sbb belum cukup syarat nak buat operate..dah tu tolak lah balik delisha ke wad semula..sampai wad,pakar kanak2 tanya kenapa tolak balik delisha(nurse cakap belum cukup syarat n masa utk operate sptotnya 4jam keatas waktu bpuasa)n dr pakar kanak2 ckp sy dah cakap td.
Belum masa tp dh tolak..risiko klau budak ni xda(meninggal),kita semua kena saman..(masa tu dengar,berderau jantung ni dgr,kesilapan sikit bila kita xckp betul2 waktu makan n minum anak boleh myebabkan anak kita xda sampai bila2)..husbnd balik mndi,sbb baju pe semua xbwk..husbnd dtg kol 6 lebih jaga delisha kejap,wi pon balik amik pe yg tinggal..kelam kabut jgk lah(dh mcm pe bwk kete,sbb delisha xleh semua yg btudung dia ingat wi..dh ngis je)..
Sampai hspital kol 7 lebih..sampai je,wi tukar jaga dgn hsband(ckap xyah balik lg sbb tkt kejap lg kena panggil operate dh)..wi pon mandikn delisha,siap je mandi nurse ckp dh boleh siap2 nk tolak g bilik operate(masa ni delisha xbg kerjasama,ngis sepanjang kena tolak g bilik operate)..sampai je sana(wi kena tukar baju,pakai baju khas yg dorg sediakan..xleh suka2 pakai baju n tudung kita..dah siap wi dah dekat dalam ambil delisha..xpgang fone masa tu..semua hsbd pgang..wi peluk delisha(masa ni Allah je tahu,sebab risiko tinggi bila anak dibius 1bdn).
Dr cina tu terangakn pe wi kena buat..Wi bawa dia masuk tmpt operate tu,dorg cek tekanan jantung ok(bos dorg masuk suruh ltk anak ats katil n dorg bg mcm oksigen(delisha sedut tu terus terlelap,bosnya cakap ibu cium anak n ckp pe nk bgth anak)masa ni Allah sedihnya lah..berlenang mata delisha sbb ngis td..wi kena keluar xleh tgok pe yg dorg buat..dorg cakap nnti dh siap dorg bg anak pada ibu ya..
Wi keluar dari bilik tu kol 8.20malam..hati xtenang tunggu(masih dlm bilik operate,tmpt dorg sediakan untuk ibu menungu)kol 9.10 mlm delisha keluar,tapi delisha xsedar lagi..dorg panggil tengok anak..dr cakap anak akan sedar nnti(mulut dimasukkn tiub untuk oksigen),dah sedar baru dorg keluarkan..wi tunggu nak dekat kol 10,delisha baru ada respond..Lega nya masa tu..Alhamdulilah semua bjln dgn lancar..kol 10.30 malam ditolak ke wad semula..delisha kena puasa sampai kol 1 pagi baru dibenarkan minum..alhamdulilah lepas habis bius dia xngis sakit tp haus je..
1.kes delisha ni sampai dr pakar nk call Jkm n bahagian kanak2 malaysia,(sebab kecuaian ibubapa n mungkin ada unsur penderaan)
– masa ni pakar telinga dah lepaskan delisha balik..sampai je pakar kanak2 cek dekat wad dorg pertikaikan kenapa subang tu boleh masuk dkt jaring kipas(xlogik),sampai wi tunjuk cara n bentuk subang yg delisha pakai..last skali semua baru kami dibenarkan balik..
2.pe yg berlaku pada anak2 sila ambil gambar untuk kita buat penerangan nnti..xkira lah kes pe pon..senang untuk kita kemudian hari..
Ni lah cerita pe yg berlaku pada delisha pada 8 aribln aritu..haa pjg penerangannya..biar jelas..
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Teknik Hafal & Kenal Huruf Ni Bagus. Pandai Ney Ney.” Guna Teknik Jari Belajar Mengaji, Cara Unik Anak Nora Danish Dipuji!
Setiap ibu bapa pasti tidak akan melepaskan peluang merakam momen anak-anak membesar, baik dalam apa jua yang dilakukan si kecil ini.
Termasuklah juga dalam hal pembelajaran.Demikian juga dengan pelakon Nora Danish yang sering memuat naik perkongsian di Instagram tentang anak lelakinya, Mohamed Neqayl Nedim.
Dalam perkongsian terbaru isteri kesayangan Bosned ini , Nora berkongsi cara anak lelakinya yang mesra dipanggiol Ney Ney belajar membaca huruf jawi menggunakan teknik jari bermula dari huruf Aliff sehingga Yaa dengan begitu fasih.
Menariknya, cara yang ditunjukkan oleh Ney Ney adalah dengan menggerakan jarinya bagi mewakili setip huruf. Nampak menarik kaedah yang dikongsikannya.
Cukup simple dan nampak comel lebih-lebih lagi dengan slang Ney Ney yang tersendiri membuatkan cara tersebut nampak unik dan lain dari yang lain.
Bukan hanya Nora, suaminya Bosned juga turut berkongsi kaletah anak lelaki mereka ini belajar.
Selain itu, Nora dan Bosned juga ada berkongsi cara anaknya yang kini berusia 3 tahun untuk membaca buku.
Dalam usia tersebut menunjukkan kepetahan Ney Ney dan bijak mengingati semua benda yang dipelajarinya.
Perkongsian suami isteri ini mendapat pujian ramai, malah yang suka mendengar slang Ney Ney ala-ala mat saleh itu.
Sumber: noradanish & boss_ned
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club