Anak Umur 5 Tahun Conteng Dinding Lukis Kawan Datang Raya, Tarik Perhatian Warganet.

Share

Umum mengetahui bahawa sambutan hari raya tahun ni adalah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Lebih menyedihkan ini merupakan kali kedua, hari raya tidak dapat pergi menziarahi ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai.

Kesedihan ini bukan sahaja dirasai oleh orang dewasa tetapi pastinya lebih terkesan kepada kanak-kanak. Jika sebelum ini mereka dapat berkunjung ke rumah jiran dan kawan-kawan sepermainan di kawasan perumahan berdekatan namun kini sebaliknya.

Begitu juga dengan kisah keluarga ini. Tanpa disangka, kesan arahan PKP 3.0 itu telah memberi kesan mendalam kepada anaknya yang berusia lima tahun sehingga menconteng pintu bilik dengan melukis gambar seakan kawan-kawanya datang beraya.

Menurut puan Masliana Nordin menerusi facebooknya, sebelum ini anak tidak pernah berani untuk menconteng dinding di rumah. Namun menjelang hari raya tempoh hari, beliau terkejut mendapati ada contengan di pintu bilik.

“Anak umur 5 tahun buat keja, sejak kecik tak pernah langsung conteng dinding tup-tup menjelang hari raya di pkp 3.0 . Apakah? Protes tak boleh ajak kawab beraya ke nih.”

Katanya lagi, apabila ditanya apakah maksud gambaran lukisannya itu, mengejutkan buat dirinya apabila anaknya menjelaskan bahawa itu adalah kawan-kawannya yang datang beraya ke rumahnya. Malah anaknya siap memberitahu nama kawan-kawannya.

Dalam pada itu, beliau tidak nafikan mungkin anaknya bosan tidak dapat bermain di luar rumah seperti biasa yang menjadi antara faktor penyebab anaknya bersikap demikian.

Dalam pada itu warganet turut bersimpati dengan kanak-kanak berkenaan yang memahami bahawa lumrah kanak-kanak ingin meraikan hari raya dengan pergi menziarahi ke rumah kawan-kawan.

Sumber: Masliana Nordin