Anak Tunggal Rela Hidup Membujang Demi Berbakti Kepada Ayah Yang Uzur

Share

Kita sering diperingatkan tentang pengorbanan ibu bapa, kasih ibu membawa ke syurga dan kasih ayah sepanjang masa. Tanyalah kepada mana-mana insan bergelar ibu atau bapa, tentu sahaja semuanya sanggup melakukan apa saja demi cahaya mata tercinta.

Nyata begitu besar pengorbanan yang ibu ayah lakukan untuk membesar kita.

Namun, sebagai anak apa pula pengorbanan yang mampu kita lakukan untuk membalas jasa dan budi baik mereka selama ini?

Jika diberi peluang keemasan saat ibu ayah diuji dengan sakit, janganlah mengeluh. Rebutlah masa yang ada untuk berbakti.

Ini seperti mana apa yang dilakukan oleh seorang anak tunggal ini yang sanggup berhenti kerja malah tidak berkahwin kerana mahu menghabiskan masanya untuk berbakti kepada orang tuanya yang uzur akibat penyakit kencing manis yang dialaminya.

Md Nor Mohamad, 70, berkata, sebelum ini, anak tunggalnya itu, Noor Farah Dianna, 40, bekerja di sebuah syarikat swasta di Rasah Jaya.

“Noor Farah Dianna berhenti kerja hujung tahun lalu ketika keadaan kesihatan saya tidak menentu akibat kaki dipotong separas betis Mei tahun lalu,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Batu 3, Mambau malam tadi.

Kata Md Nor, dia sebelum ini bekerja di Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) dan bersara 14 tahun lalu.

“Saya ada pencen RM1,000 dan wang inilah yang kami dua beranak gunakan untuk perbelanjaan harian.

“Hanya Noor Farah Dianna saja yang saya ada kerana isteri meninggal dunia lapan tahun lalu. Lebih membuatkan saya terharu, Noor Farah Dianna sanggup mengorbankan masa depannya dengan berhenti kerja untuk menjaga saya,” katanya.

Md Nor berkata, setakat ini, dia belum mendapat bantuan daripada mana-mana pihak sejak bergelar orang kurang upaya (OKU).

“Bagaimanapun, terima kasih kepada Ketua Umno Bahagian Rasah Datuk Hashim Rusdi, yang menyumbang kerusi roda untuk kegunaan saya di rumah dan saya amat menghargainya.

“Saya juga terharu masih ada yang ambil berat kerana tidak tahu hendak mengadu kepada siapa,” katanya

Noor Farah Dianna pula berkata, dia rela hidup membujang dan menjaga bapanya yang amat memerlukan sokongan selepas ibunya meninggal pada 2014.

“Saya adalah satu-satunya anak yang ayah ada, apa pun terjadi, ayah adalah keutamaan saya sebelum memikirkan kehidupan sendiri. Saya bahagia jika ayah gembira.

“Sebelum ini, ayah tinggal bersama saya di Seremban ketika saya bekerja dan dia mengajak saya kembali ke rumah pusaka ini selepas berhenti kerja,” ujarnya.

Tambahnya, dia percaya janji Allah SWT itu pasti tetapi janjinya ialah menjaga ayahnya yang semakin uzur.

“Mula-mula, ayah nampak sedih tetapi dia sudah boleh terima kenyataan yang dia kini bergelar OKU. Ayah juga minum susu khas berharga kira-kira RM90 setin.

“Ayah ada beritahu, kalau ada duit lebih, dia hendak beli motosikal roda tiga untuk memudahkannya bergerak.

“Ini kerana, kami terpaksa menggunakan khidmat e-hailing jika mahu keluar membeli barangan,” katanya.

Katanya lagi, bapanya juga berdepan masalah katarak dan memerlukan RM700 untuk mendapatkan kanta mata.

“Kami tiada wang sebanyak itu. Untuk menempah kaki palsu untuk ayah pun kami tidak mampu. Ia berharga RM3,200,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi Noor Farah Dianna di talian 017-3067673.

Sementara itu, Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bilal Muda Mohammad Alif Haikal Mohd Haris berkata, pihaknya sedang mengumpul dana bagi menempah kaki palsu untuk Md Nor.

“Orang ramai yang mahu menyumbang juga boleh menghubungi saya di talian 017-6525446,” katanya.

Sumber :myMetro 

Jom saksikan video Challenge Pengumpul Marsmallow Teragung!

 

Selalu anak-anak tengok haiwan di buku atau tv je kan? Haa ni peluang anda untuk bawa seisi keluarga tengok secara VIRTUAL dengan sertai E-Keluarga Gader bersama kami.  Apa yang LEBIH SYOK, setiap penyertaan dengan bayaran RM30, anda layak menerima 1 TIKET FARM IN THE CITY secara PERCUMA!

Untuk keterangan lanjut boleh whatsapp http://www.wasap.my/60169647520

Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.

Tonton juga video ini rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.

ARTIKEL MENARIK : Disangka Beguk Rupanya Petanda Hidap Kanser Limfoma. Wanita Ni Berjuang Untuk Sembuh, Jadikan Inspirasi!

 

 

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club