Benarkah anak tunggal selalu dimanjakan sehingga menjadikan mereka kurang berdikari dan terlalu bergantung? Di waktu anak masih kecil, anak tunggal mungkin dilihat lebih manja, namun lama kelamaan anak tunggal semakin memperlihatkan dirinya yang sebenar malah tampil menjadi insan yang amat berdikari.
Hal ini turut diakui oleh Pakar Motivasi dan Coach Bertauliah, Dr Tengku Asmadi yang turut sama berkongsikan hal yang sama.
Malah akuinya lagi, anak tunggal sememangnya anak yang berjaya malah pandai berdikari biarpun dianggap manja oleh orang lain.
“Kalau kita katakan anak tunggal adalah anak yang terlebih dimanjakan, nak apa semua dapat, tapi saya juga nak kongsikan anak tunggal adalah anak yang pandai berdikari malah cemerlang.
“Malah ada yang saya jumpa anak tunggal yang mendapat keputusan peperiksaan yang baik, akademiknya bagus dan dari segi agamanya juga bagus.
“Jadi disini bukan soal anak itu tunggal atau pun memiliki adik beradik ramai, sebaliknya cara kita mak ayah membesarkan anak itu sendiri.
“Misalnya, dengan anak tunggal pun, apa jua yang anak minta kita jangan terus beri dan biarkan anak berusaha untuk memperolehinya.
“Bukan hanya soal kewangan tapi biar anak berusaha untuk dapatkan sesuatu yang diinginkannya. Latihlah anak kita sebegitu.
“Biar anak belajar dalam hidup ini, apa jua yang dia mahukan perlu berusaha agar anak tak terlebih manja.
“Kalau kita bijak mengendalikan anak tunggal kesayangan kita, soal terlebih manja tidak akan berlaku malah kita sebenarnya sedang membina watak dan peribadi seorang anak yang kuat,” kongsinya lagi.
Ini pula antara ciri-ciri anak tunggal yang sememangnya pandai berdikari malah punya watak dan disiplin diri yang tinggi berbanding orang lain.
1.Teratur dan cepat matang
Anak tunggal biasanya menunjukkan mereka mempunyai sifat cerewet yang tinggi terhadap perincian. Mereka suka mengatur perkara yang menjadi milik mereka dengan baik. Senang cerita, mereka suka menyusun atur jadual kehidupan seharian dengan teliti supaya tidak serabut.
Biasanya mereka cenderung menepati masa dan mahir menjaga sesuatu. Terutama jika dari zaman kanak-kanak ibu ayah mengajar mereka untuk tidak merosakkan permainan atau barangan peribadi.
2.Berdikari
Orang yang berdikari tidak akan melabel mereka seorang yang berdikari jadi itulah yang sering dilakukan oleh seorang anak tunggal. Jika dikatakan manja, semua anak akan manja ketika masih kecil namun apabila meningkat dewasa mereka berdikari secara sendiri tanpa ‘menghebohkan’ kepada orang luar.
3.Bijak dalam akademik dan bakat tertentu
Disebabkan anak tunggal juga sering menjadi harapan mama papa, mereka akan berusaha untuk menciptakan kejayaan yang membanggakan. Justeru, anak tunggal cenderung untuk berjaya dalam akademik dan apa jua bidang yang diceburi kerana mendapat perhatian yang penuh.
4.Suka berjalan
Ini merupakan antara karakter yang paling betul iaitu anak tunggal lebih suka berjalan-jalan dan tidak terperap di rumah. Hasil kajian pakar mendapati, anak tunggal juga suka berjalan-jalan bukan sahaja di kawasan sekitar malah suka melancong ke luar negara! Mereka suka mencuba benda baharu dan tidak suka dikawal.
Siapa cakap mereka anti-sosial kerana anak tunggal lah yang bijak buat kawan, bermain atau bersosial. Ada juga anak tunggal yang lebih suka berjalan dengan ibu ayah mereka kerana sudah selesa!
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!
Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?
Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club