Benarkah anak tunggal selalu dimanjakan sehingga menjadikan mereka kurang berdikari dan terlalu bergantung? Di waktu anak masih kecil, anak tunggal mungkin dilihat lebih manja, namun lama kelamaan anak tunggal semakin memperlihatkan dirinya yang sebenar malah tampil menjadi insan yang amat berdikari.
Hal ini turut diakui oleh Pakar Motivasi dan Coach Bertauliah, Dr Tengku Asmadi yang turut sama berkongsikan hal yang sama.
Malah akuinya lagi, anak tunggal sememangnya anak yang berjaya malah pandai berdikari biarpun dianggap manja oleh orang lain.
“Kalau kita katakan anak tunggal adalah anak yang terlebih dimanjakan, nak apa semua dapat, tapi saya juga nak kongsikan anak tunggal adalah anak yang pandai berdikari malah cemerlang.
“Malah ada yang saya jumpa anak tunggal yang mendapat keputusan peperiksaan yang baik, akademiknya bagus dan dari segi agamanya juga bagus.
“Jadi disini bukan soal anak itu tunggal atau pun memiliki adik beradik ramai, sebaliknya cara kita mak ayah membesarkan anak itu sendiri.
“Misalnya, dengan anak tunggal pun, apa jua yang anak minta kita jangan terus beri dan biarkan anak berusaha untuk memperolehinya.
“Bukan hanya soal kewangan tapi biar anak berusaha untuk dapatkan sesuatu yang diinginkannya. Latihlah anak kita sebegitu.
“Biar anak belajar dalam hidup ini, apa jua yang dia mahukan perlu berusaha agar anak tak terlebih manja.
Ads
“Kalau kita bijak mengendalikan anak tunggal kesayangan kita, soal terlebih manja tidak akan berlaku malah kita sebenarnya sedang membina watak dan peribadi seorang anak yang kuat,” kongsinya lagi.
Ini pula antara ciri-ciri anak tunggal yang sememangnya pandai berdikari malah punya watak dan disiplin diri yang tinggi berbanding orang lain.
1.Teratur dan cepat matang
Anak tunggal biasanya menunjukkan mereka mempunyai sifat cerewet yang tinggi terhadap perincian. Mereka suka mengatur perkara yang menjadi milik mereka dengan baik. Senang cerita, mereka suka menyusun atur jadual kehidupan seharian dengan teliti supaya tidak serabut.
Biasanya mereka cenderung menepati masa dan mahir menjaga sesuatu. Terutama jika dari zaman kanak-kanak ibu ayah mengajar mereka untuk tidak merosakkan permainan atau barangan peribadi.
2.Berdikari
Ads
Orang yang berdikari tidak akan melabel mereka seorang yang berdikari jadi itulah yang sering dilakukan oleh seorang anak tunggal. Jika dikatakan manja, semua anak akan manja ketika masih kecil namun apabila meningkat dewasa mereka berdikari secara sendiri tanpa ‘menghebohkan’ kepada orang luar.
3.Bijak dalam akademik dan bakat tertentu
Disebabkan anak tunggal juga sering menjadi harapan mama papa, mereka akan berusaha untuk menciptakan kejayaan yang membanggakan. Justeru, anak tunggal cenderung untuk berjaya dalam akademik dan apa jua bidang yang diceburi kerana mendapat perhatian yang penuh.
4.Suka berjalan
Ini merupakan antara karakter yang paling betul iaitu anak tunggal lebih suka berjalan-jalan dan tidak terperap di rumah. Hasil kajian pakar mendapati, anak tunggal juga suka berjalan-jalan bukan sahaja di kawasan sekitar malah suka melancong ke luar negara! Mereka suka mencuba benda baharu dan tidak suka dikawal.
Siapa cakap mereka anti-sosial kerana anak tunggal lah yang bijak buat kawan, bermain atau bersosial. Ada juga anak tunggal yang lebih suka berjalan dengan ibu ayah mereka kerana sudah selesa!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Baru-baru ini kecoh di negara kita seorang suami sanggup menjadi punca kematian isterinya dek kerana berebut tanah. Siapa sangka, kerana harta pusaka musnah kasih sayang dan kebahagiaan antara keluarga yang dibina sejak sekian lama.
Gara-gara berebut harta pusaka peninggalan bapa, seorang lelaki di India tergamak menikam adiknya pada bahagian dada dengan menggunakan sebilah gunting. Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.
Dipetik dari laporan Times of India, ibu suspek iaitu Maya Devi memberitahu bahawa suaminya telah meninggal dunia pada tahun 2020 akibat Covid-19. Susulan daripada itu, kesemua harta termasuk rumah yang didiami mereka sekeluarga telah dipindahkan ke atas namanya.
Namun keputusan tersebut secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang suspek, Rohit yang berusia 25 tahun. Lebih mengejutkan apabila anak sulung daripada tiga beradik itu bertegas mahu rumah tersebut dipindahkan ke atas namanya. Bercerita dengan lebih lanjut, Maya Devi mendakwa dia terpaksa ‘membuang’ suspek daripada keluarga kerana sikap buruknya yang sering mabuk dan panas baran.
Bukan itu sahaja, suspek juga sering menimbulkan pergaduhan dalam keluarga sehinggalah pada suatu hari, suspek sekali lagi membuat kecoh dan menyerang dua adik lelakinya iaitu Prashant dan Yash. Akibat pergaduhan itu, Yash iaitu adik bongsunya yang berusia 21 tahun mengalami kecederaan pada bahagian dada akibat ditikam menggunakan sebilah gunting.
Mangsa dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Suspek kemudian ditahan polis dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan India.
Penggunaan carseat atau kerusi keselamatan anak akan dikuatkuasa pada tahun depan supaya memastikan anak-anak selamat semasa dalam kenderaan. Biarpun di luar negara, penggunaan carseat sudah biasa dalam rutin harian mereka, sebaliknya tidak bagi masyarakat Malaysia. Namun, hati kita pastinya sebak apabila kita dilaporkan berita kemalangan yang merangut nyawa kanak-kanak akibat tidak memakai carseat sehingga menyebabkan anak itu tercampak di luar tingkap kereta. Berita ini pasti meruntun jiwa kita.
Untuk memastikan ia tidak berlaku kepada keluarga kita, perlu ada kesedaran betapa pentingnya penggunaan carseat ini. Begitu lah yang dilakukan oleh puan Afiqa Fiqa yang melahirkan rasa syukur setelah anaknya selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan setelah penggunaan carseat,
Namun, niatnya murninya berkongsi kisahnya disalah erti sehingga ada yang menegurnya secara sinis. Apa yang pasti, kita istiqamah mengenai hal ini. Moga kisah puan ini dijadikan teladan betapa pentingnya pengguanaan carseat untuk anak-anak.
Ikuti perkongsian ibu ini, Afiqa Fiqa mengenai tragedi kemalangan jalan raya yang berlaku baru-baru ini yang dimuat naik di facebooknya pada 7 December lalu.
Assalamualaikum, sy baru sahaja lepas accident, kereta berpusing, tayar tercabut, depan kereta remuk.
.
Saya koyak bibir dan kaki. Suami dada sakit, bengkak sbb kena airbag.
Dan ALHAMDULILLAH ALLAH SELAMATKAN ANAK SY YG SEWAKTU TU DUDUK DALAM CARSEAT.
.
Sewaktu kereta berpusing saya sempat berpusing lihat anak dalam carseat mmg dia duduk dgn baik, tak bergerak, cuma dia mcm terpusing2 kepala mcm hairan.
ANAK SELAMAT TANPA CEDERA
.
Anak sy langsung tak mengalami apa2 kecederaan. Lepas keluar boleh lagi ketawa2 main2 yee, bertuah punya anak Alhamdulillah ya Allah yg penting ank selamat.
.
Ibu ibu, bapa bapa usahakanlah carseat utk anak. sy tak dapat bygkan kalau sy pangku ank kat depan, Nauzubillahminzalik.
EDIT **************
ANAK SELAMAT TETAPI ADA KOMEN SINIS
sy share utk kesedaran sahaja apa yg sy alami, yg rasa bermanfaat, syukur Alhamdulillah. Yang rasa tak bermanfaat sila abaikan. TIADA SEBARANG PAKSAAN. Apa pun kita berikhtiar sahaja sehabis baik, yg berkuasa bagi selamat itu tetap Allah. Yg ckp sy kaki dvd sbb dpt tengok ank dlm carseat waktu kereta berpusing, SY DUDUK SEBELAH DIA DKT SEAT BELAKANG, SBB TU SY DPT TGK KEADAAN DIA WAKTU TU. yg dah pakai/tau info carseat mmg takkan keluarkan statement tak berakal mcm ni sbb tahu carseat tak boleh diletakkan pd kerusi penumpang hadapan kerana bahaya letupan airbag pd carseat dlm waktu kemalangan. at least kalau tak tahu, tanya dulu. jgn tuduh sahaja. malu bertanya sesat jln. tp ni dah tahap menyimpang dah ni (merujuk dua gambar terakhir).
.
DAN sy tidak dibayar oleh mana2 pihak utk promote carseat atau terlibat dengan sebarang bentuk perkhidmatan termasuk insurans, takaful atau sebagainya. Jika ada yg berkata sy menerima sebarang bayaran, sy tak teragak2 utk mengambil tindakan undang-undang. Terima kasih.
*Terima kasih utk semua netizen yg sudi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Semoga Allah lindung anda semua yg mendoakan kami dari segala kemudharatan dunia dan akhirat. Amiinn.
Moga perkongsian ini menjadi iktibar bersama. Bukan jadi bahan sinis.Jangan buat main hal nyawa ni ye. Kepada keluarga ini, tahniah alert dengan kepentingan penggunaan carseat untuk keselamatan anak-anak.
Hidup berumah tangga ni kena saling memberi dan menerima. Apa jua keputusan dibuat bersama tanpa didorong oleh orang lain. Meskipun kita ini sudah biasa berbuat demikian, namun apabila memiliki keluarga sendiri, perlu ada keputusan sendiri .
Namun tak salah andai mahu merujuk sesuatu masalah atau pandangan dari pihak ketiga. Asalkan anda suami isteri bersetuju dan tidak saling tuduh menuduh andai berlaku hal berbangkit.
Demikian juga bab tinggal bersama ahli keluarga. Sebaiknya bagi suami isteri yang mahu membina rumah tangga sendiri, carilah privacy dan berdikari untuk anda dan pasangan dengan tinggal berasingan.
Selama mana mahu bergantung dengan keluarga, jika berlaku sesuatu hal, mana satu suara yang perlu anda dengar? Itu yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin.
Cakap siapa yang kita nak dengar?
Situasi 1 –
Isteri : Abang, malam ni kita makan luar nak tak…lama tak makan chicken chop…
Mak suami : Tak payah, membazir, makan ja apa yang ada…lauk tengah hari tadi banyak lagi…
Situasi 2 –
Isteri : Ayang ingat, bulan ni nak bagi duit kat mak ayang 300, sebab mak nak beli dapur baru…dapur lama dah rosak…
Mak suami : 300? Banyak tu…dapur apa sampai 300…bagi 100 cukup kat mak kau…200 lagi guna untuk beli barang dapur umah ni…
Situasi 3 –
Isteri : Abang, raya pertama kat umah mak ayang bleh tak…sebab sekarang kita tinggal dengan mak abang, so raya umah mak ayang, ok tak…
Mak suami : Man, kau suami…dia isteri kau, kau ikut dia ke, atau dia ikut kau…? Kau raya umah mak.
Bawah 1 bumbung, tak boleh ada 2 permaisuri….sebab?
Kita tak tahu permaisuri mana yang kita perlu turutkan…itulah yang kebiasaannya banyak suami gagal…sebab memilih untuk tidak mendengar suara isteri disebabkan patuh dan taat kepada perintah si ibu…
Nak keluar makan Western salah x? Membazir x? Tak, lagipun bukan selalu makan pun…lauk kat umah memang ada, dah tekak teringin nak maakn yang lain…
Nak bagi duit kat ibu kandung isteri 300 untuk beli dapur salah x? Tak salah…duit isteri, so hak dia nk bagi berapa pun…boleh bagi 100 je ke? Boleh…tapi org tua isteri nak guna untuk beli dapur je? tak guna untuk barang2 lain…?
Nak balik beraya raya pertama umah org tua isteri salah x? X salah…suami ikut cakap isteri salah x? Tak salah…dah tu, tak boleh bersikap ehsan dengan isteri sebab hari biasa dah hari2 duduk dengan mak kita?
Susah kalau kita tempatkan 2 permaisuri dibawah 1 bumbung…nak berlaku adil terhadap kedua2nya, nak fahamkan kedua2nya dan tak nak kedua2nya terasa hati dengan keputusan yang kita buat sebagai seorang suami dan anak itu bukanlah sesuatu yang mudah…
Sebab tu kalau boleh, kurangkan penglibatan org luar dalam rumah tangga kita, kurangkan mendedahkan apa yang kita suami isteri selalu buat kepada org luar dan apa saja urusan yang ada, selesaikan within diri kita dan pasangan…
Jangan sampai ke pengetahuan org luar dari rumah tangga kita sebab susah nak bagi dia faham untuk setiap keputusan yang kita buat…dan kalau boleh, tinggallah berasingan…hati kedua2nya lebih senang dijaga dengan cara ini…?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...