Surat yang dikarang si anak itu mendapat reaksi ramai. Malah, keprihatinannya terhadap si ibu yang keletihan pulang dari kerja membuatkan dia enggan menyusahkan si ibu.
Dek kerana itu, si anak memujuk bapa untuk menyediakan Agar-Agar Pandan untuknya. Perkongsian lelaki bernama Amyrul Almuhaziq ini ternyata cukup menyentuh hati.
Dia memuatnaik kisah mengenai anaknya yang meminta membuat Agar-agar Pandan untuk dibawa ke sekolah.
“Balik kerja pagi tadi dapat surat dari anak bongsu..kesian pulak bacanya nak gelak pon ada🤣🤣🤣.
Walaupun tidak pernah buat, namun demi permintaan si anak, ayah ini sanggup mencari resipi di google dan berkongsi hasilnya.
“Atas permintaan sempena bfday anak, abang gagah google dan inilah hasilnya..
“Agar- agar pandan kalau sedap bgtau family kalau tak komplen kat Haziq 😅😅😅
Walaupun pertama kali mencuba tetap menjadi dan elok kejadiannya.Perkongsian tersebut membuatkan ramai memuji cara si anak yang cukup sopan dan cute memujuk si ayah. Tak kurang yang terhibur terutama part terakhir tulisan si anak ini.
Ads
Seorang anak yg sgt memahami. Dia faham umi dia keletihan balik kerja, dia minta tolong ayah pun dgn cara yg sgt baik Selamat hari lahir dik. semoga menjadi anak yg soleh & taat kepada Allah, ibu ayah.
Alaa baik jer cara mintaknya,siap bg salam..selamat hari jd adik,semoga menjadi anak yg soleh/solehah utk ibu ayah,in sha Allah.
Memang cute cara nk pujuk ayah dia..semuga menjadi anak yg soleh in shaa Allah.
Baik si ayah melayan anak.semoga menjadi anak soleh dik mendoakan kebaikan buat ibu bapa kelak. Selamat hari lahir.
Pandainya dia buat karangan.. Dlm ayat pujuk ada ayat ugut..hahaha.. Buat dgn kasih syg ye ayah Selamat hari lahir ye adk.. Moga sentiasa jd ank yg soleh buat ibu n ayah.
Pelbagai karenah anak-anak kadang-kadang membuatkan ibu dan ayah pening kepala. Namun tidak dinafikan mereka juga penghibur dan juga penawar duka kan.
Manakan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Betul tak? Apatah lagi bakat hebat seorang ayah kepada anaknya. Kalau tak semua, pasti akan ada seorang yang mewarisi bakat tersebut.
Baru-baru ini, tular rakaman duet penyanyi lama, Datuk Jamal Abdillah bersama anaknya, Zaki Yamani yang mendendangkan lagu ‘Gadis Melayu’ di sebuah majlis rumah terbuka.
Zaki mendapat perhatian warganet yang mengatakan gaya dan suaranya lebih kurang sama dengan Jamal, malah ada yang berseloroh suara anaknya lebih sedap berbanding bapanya sendiri.
Meninjau di ruangan komen di perkongsian Zaki, rata-rata memuji dan mengatakan suara anak lelaki Jamal sama seperti ayahnya. Malah, ada juga yang mengatakan bakal boleh melawan suara ayahnya.
Sumber : Instagram Zaki Yamani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila cukai jalan mati, boleh cuba cara renew roadtax motor dan insurans ini. Maklumlah kan, nak ke JPJ dalam keadaan PKP ni susah, jadi kita cuba cara yang memudahkan dan yang penting cepat. Perkongsian Che Nor Asma mungkin dapat membantu. Selamat mencuba! Rupanya musim PKP ni banyak benda yg sis bleh belajar… Kalo sebelum ni nk renew roadtax mesti pergi JPJ atau agen utk dorang renewkan. Musim ni 22 tempat tutup. Jadi kite blajar la benda baru.. Renew roadtax gune myeg.. rupanya senang sahaja.. tapi untuk kereta sahaja..Moto x bleh yea. Done renew roadtax utk tengiling hitam.. Kat sini Kita share mcm mana nk renew insurance dan roadtax kt myeg. First kite kene Ade account dengan myeg..kalo xde bleh register gune link kt bawah : https://www.myeg.com.my/register Lepas dah register. Login macam biasa. Utk renew insurance Langkah 1:
Klik icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Langkah 2:
Klik pada butang butang Auto Insurance Renew Langkah 3:
Skrin akan memaparkan syarikat-syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk mereka menerusi MyEG. Pada masa artikel ini ditulis, terdapat hanya 6 buah syarikat iaitu AIG, Zurich Takaful, eTiQa Takaful, RHB Insurance, Berjaya Sompo Insurance Berhad dan Takaful Malaysia. Langkah 4:
Untuk teruskan, klik sahaja pada icon syarikat yang anda pilih, untuk artikel ini, saya tunjukkan Takaful Malaysia (boleh dikatakan langkah dan proses yang sama sahaja akan dilalui apabila pilih yang lain). Selepas isi nombor MyKad, kelayakan NCD akan terus dipaparkan. Isikan sahaja maklumat yang diminta. Anda boleh tetapkan amaun yang ingin dilindungi (biasanya mengikut harga semasa kereta) dan juga tambah maklumat pemandu tambahan. Langkah 5:
Selepas dah isi semua maklumat, sebutharga penuh akan ditunjukkan Jika setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran. Langkah 6:
Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak buat bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Mayabank2u, RHB Online dan Public Bank Online. Langkah 7:
Selepas buat bayaran, boleh muat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) yang diberikan. Selepas selesai renew insurans takaful kereta, bolehlah renew road tax pula. Kalau anda tak renew insurans takaful kereta melalui MyEG pun, anda masih boleh gunakan MyEG untuk renew road tax. ( Insurance ambik dengan ejen insurance) Langkah 1:
Selepas login dan pilih Jabatan Pengangkutan Jalan, klik butang Road Tax Renewal/Baharui Cukai Jalan. Langkah 2:
Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor MyKad, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan. Langkah 3:
Pilih cara penghantaran road tax, sama ada anda nak ambil sendiri di pejabat MyEg di Bandar Utama, Kuala Lumpur, atau dihantar ke alamat pilihan anda sama ada di rumah atau pejabat. Kalo pilih penghantaran roadtax nak dihantar ke alamat pilihan, Ada caj penghantaran. Selepas isi semua maklumat, klik butang Proceed. Langkah 4:
Maklumat road tax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan. Kalau setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran dengan klik butang Confirm & Pay. Langkah 5:
Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak gunakan kad kredit, perbankan internet atau akaun prabayar MyEG. Selepas dah buat bayaran, boleh muat turun resit. Dan tunggu roadtax sampai ke alamat yg Ada request. #credittojomurusduit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali menjelang hari lahir anak-anaknya, pasti Jejai tidak lupa membuat titipan ucapan yang cukup menyentuh hati.
Terbaru, pemilik nama sebenar Rizal Ashram Ramli memuatnaik ucapan istimewa bersempana dengan ulang tahun kelahiran anaknya, Putra Rayqal Ramli yang kini telah menginjak usia 13 tahun.
Dalam ucapannya, Jejai mengakui sebak apabila melihat perubahan anaknya yang kini sudah pun semakin meningkat remaja.
“Dearest Rayqal, 13 years ago you entered the world, it all changed, I became a father. It seems very recent. When u were small I remember how you snuggled into a warm little ball in my arms, I studied every inch of you, looking at your tiny fingers and tiny toes.
“Sayang, things are changing, just as they are supposed to change, because you are growing up. It’s kind of a difficult transition for me, I cant imagine how difficult it is for mummy seeing things changing so quickly before our eyes. But you should know I am incredibly proud of the young man you have become.
“So many things happened this past year, your voice changed, you grew taller than mummy and the most memorable and difficult one was when I had to send you to boarding school. I didn’t know how you were going to cope, but I was so happy when you told me that you loved it over there. I don’t know exactly what you will do or who you will be five years from now, but I hope that the path you are charting for yourself is good.
Tambahnya lagi, dia juga terpaksa menerima kenyataan bahawa anaknya itu kini tidak akan selalu berada di sisi nya dan adakalanya dia harus berhadapan dengan masalahnya sendiri.
“But I am afraid for you too, I can’t always save you in the ways that I once could. When you were younger, I could stop you before you crossed the road or grab your hand before you touched something dangerous.
“Now you are facing problems that aren’t always visible to me, youu are maturing, managing your own self. I tell my self that it is part of growing up and I have to accept it. But if you can slow down just a little, I will be fine with that, too 😂.
Dalam masa yang sama, dia menitipkan pesanab supaya anaknya itu menjadi insan yang berguna buat keluarga, masyarakat dan negara.
“Sayang customary advice I write to you yearly on your birthday, ingat selalu kepada Allah, hormati ibu, bapa, atok, tah dan semua kaum keluarga. Jadilah seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
“I have one job. It is to be the best parent I can be. I hope I have done it well enough. I love you sayang! Happy Birthday! Love Always and forever.”
Perkongsian ucapan tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram miliknya itu telah membuatkan ramai tersentuh hati selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Raykal.
li16na Happy birthday Rayqal💞 and i always look forward to your bday msg to your kids.. always heart-warming.
azianhanimamatSeorang ayah….pandai menulis buat anak, tiap tahun baca… Smg menjadi kenangan buat anak setiap pesanan tu nanti😍😢
nieyna9211Suka tengok Rayqal ni dari dia kecik lagi….muka dia penuh kasih sayang…lembut je…❤️
noorhafiza.ismailHappy birthday Rayqal… Ingat pesan daddy…Semoga membesar dengan sihat dan sentiasa dlm lindungan Allah SWT…❤️
izzasaadHappy Birthday Rayqal semoga sentiasa dilindungi Allah swt Dan dipermudahkan segala urusan rezeki Dunia n Akhirat.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.