Anak Tinggal Di Asrama, Hati Ibu Memang Sedih. Atasinya, Ikut Cara Ibu Ni Buat!

Share

Melepaskan anak yang masih kecil untuk tinggal di asrama, kebanyakan perasaan ibu akan berasa berat hati untuk berjauhan.

Pengalaman yang sama juga dilalui oleh ibu ini dalam niatnya untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah Tahfiz.

Malah turut berkongsi beberapa tip untuk atasi saat itu agar lebih tabah berpisah dengan anak.

BAGAIMANA KAMI HANTAR ANAK ANAK KE TAHFIZ
============================
Alhamdulillah, Kak Effi dan suami bulatkan tekad dan hasrat untuk cuba lahirkan al hafiz dalam keluarga ni. Sebenarnya, ALLAH lorongkan hasrat ini bila mana pengalaman dengan sekokah biasa tidak memenuhi kehendak pengajian agama yang kami impikan.

Bab paling sukar bagi Kak Effi adalah bentuk akhlak anak pada zaman serba mencabar nihhh. Dengan pengaruh handponn, televisyen, media sosial dan kawan kawan, membesarkan anak bersekali akhlak al Quran sangat sukar dilakukan.

Kami larikan anak dari sekolah biasa ke sekolah harian swasta. Alhamdulillah, anak anak mula belajar menghafaz di situ. Namun masih wujud kebimbangan lain di sudut hati kami. Kerana sirap yang bercampur air kopi takkkan boleh jadi sirap yang sedappp. Apatah lagi membentuk sirap ais yang sedap diminum saat panas terik.

Selepas anak dapat pendidikan asas, membaca menulis dan mengira, kami hantarkan anak anak ke tahfiz. Alhamdulillah, kami tak putus meminta pada Allah tunjukkan kami jalan. Satu persatu terbuka. Hinggalah anak ada kesempatan untuk interview dan berjaya ke tahfiz.

Pastikan anak selesa

Waktu itu HARRAZ baru berusia 9 tahun dan AKIF 11 tahun. Mereka masih anak anak. Bukan mudah untuk kami hantar mereka. Duduk di asrama saat mereka tak pernah pon membasuh baju sendiri. Awalnya kami berikan anak anak full support. Kami sanggup ambil baju kotor dan jumpa mereka dua kali seminggu. Ya, kami sanggup buat apa saja asal anak anak selesa.

Awal awal memang Harraz menangis. Akif nampak kuat walaupon kami tahu ini tak mudah. Dah biasa di rumah dengan semua tersedia. Gembira dengan kawan kawan lelaki perempuan di sekolah, biasa guna telefon dan menonton tv.

Tiba tiba semua itu hilang, semua tiada lagi. Yang ada persekitaran berbeza. Kawan kawan berbeza. Ustaz yang garang. Asik asik solat, al Quran dan cerita kebesaran Allah. Mula mula mereka ‘terperanjat’ hingga akhirnya mereka temukan keseronokan.

Apa saja yang sekolah perlu kami bekalkan. Kami hantar makanan sekali untuk kawan kawan mereka yang lain. Satu masa memang semua kawan kawan anak mengenali kami.

Ada yang minta bantuan belikan barang bila outing, ada yang suka borak dengan suami dan ada yang request Kak Effi masakkan sesuatu. Kami buat dengan gembira.

Alhamdulillah anak anak sudah jadi senior sekarang. Telah lebih separuh Al Quran berada dalam ingatan Akif, manakala Harraz hampir suku. Kami tak pernah memaksa untuk mereka laju laju menghafaz. Kami biarkan mereka ambil masa. Yelahh, juzuk 30 pon kami belum hafaz, apa hak kami memaksa mereka yang telah jauh lebih baik daripada kami.

Masa cuti mereka hanya 5 kali setahun. Yang sangat Kak Effi hormati. Kami penuhkan dan gembira bawa mereka jalan atau pulang ke kampung. Mereka anak baik, mereka anak yang sangat patuh. Ternyata kehidupan tahfiz banyak mematangkan mereka. Kak Effi tak menyesal dan sangat bersyukur dengan jalan yang Allah lorongkan ini. Alhamdulillah.

Melepaskan mereka bukan perkara mudah. Membiarkan mereka duduk di asrama dalam usia muda. Namun ada beberapa perkara yang Kak Effi boleh tuliskan sebagai panduan ibu ayah yang nak berpisah dengan anak anak. Insha Allah. Selalulah buat dan fikir begini:

1) ANAK BUKAN MILIK KITA
– anak bukan hak mutlak ibu bapa. Mereka amanah yang kena kita jagai. Amanah dari siapa? Dari ALLAH. Maka lorongkan anak mengikut apa yang ALLAH suka.

2) JAGAAN ALLAH LEBIH BAIK DARI KITA
– hantar anak ke jalan Allah sama macam hantar anak berperang. Tapi kita jangan risau. Allah kannn ada? Kita sendiri mengharapkan jagaan dan perlindungan Dia, takkanlah kita rasa mampu buat lebih hebat dari Allah?

3) BANYAK BACAKAN FATIHAH DAN DOA UNTUK ANAK
– hati rasa rindu, menangis teringat anak. Maka segera ingat, jika kita menangis, mereka juga akan begitu. Maka kuatkan hati, sambil bacakan fatihah dan doa sebanyak banyaknya. Doa untuk diri kita diberi kekuatan dan anak dipermudahkan urusan, mudah menghafaz dan gembira.

4) IBU BAPA BANYAK BELAJAR DAN DIDIK DIRI
– Jika kita nak anak berjaya, mak ayah perlu berjaya juga. Baca Al Quran sebanyaknya, tadabur, cari ilmu agama, tutup aurat sempurna. Pendek kata, apa mak ayah buat akan pengaruhi anak. Maka cubalah dan usahalah jadi LEBIH baik. Insha Allah.

5) MASAK UNTUK ANAK
– Air tangan orang yang solat dan mencari redho Allah itu adalah lebih baik dari yang lain. Maka, ibu kena banyak sediakan makanan air tangan sendiri. Kerana kita tahu dan kenal puncanya dengan jelas.

6) INI TANGGUNGJAWAB
– Kelak akan ditanya apa yang kau berikan pada zuriat keturunanmu, sesungguhnya Al Quran dalam dada adalah yang terbaik. Insha Allah.

7) SALING MEMBERI SOKONGAN
– Ibu bapa dan anak anak yang lain di rumah perlu saling memberikan sokongan. Jangan pernah putus asa. Saling mengingati.

8)BANYAKKAN BERDOA DAN TAWAKAL
– Doa yang tak pernah putus adalah ubat utama untuk banyak perkara. Yakinlah semuanya milik DIA. Dan kepada DIA lah tempat meminta dan berserah. Insha Allah.

Untuk semua rakan rakan, Kak Effi doakan semoga Allah permudahkan dan lorongkan pada kebaikan. Semoga perpisahan sementara adalah jalan menuju pertemuan berkekalan di syurga. Insha Allah.

Nukilan:Effi Rahmat
Mama MIRZA (Akif Mirza, Harraz Mirza dan Firas Mirza)