Cukup memilukan dan sebak melihat seorang wanita bersama tiga orang si kecil hanya tidur beralaskan tikar yang dihamparkan di atas rumput. Namun anak-anaknya tetap nyenyak tidur berselimut, di luar sebuah kereta uzur.
Anak-beranak ini sebenarnya menumpang tidur di tempat parkir kereta di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Pulau Pinang di Lebuhraya Utara-Selatan.
“Ya Allah, ya Tuhanku, kasihan kat anak-anakku along, angah dan adik. Mama minta maaf sebab tak dapat nak bagi anak-anak mama tidur dengan selesa,” menurut keterangan seorang ibu menerusi video yang dikongsinya di laman sosial.
Bercakap kepada mStar, Nurulhafifa Mohd Sabri berkata, dia tidak menyangka video kenang-kenangannya menempuh kesusahan bersama anak-anak menjadi tular.
Wanita berusia 32 tahun itu bagaimanapun mengakui menjadikan R&R sebagai tempat berteduh mereka anak-beranak sejak keluar dari rumah sewa di Kepala Batas, Seberang Perai.
“Sudah empat bulan kami tidur di kawasan R&R, berhujan dan berpanas selepas tak dapat bayar tunggakan rumah sewa selama lima bulan serta tunggakan bil air dan elektrik selama setahun berjumlah kira-kira RM4,000.
“Merata-rata tempat kami bermalam, kadang-kadang di R&R Juru dan R&R Gurun. Anak-anak lebih selesa tidur atas tikar di luar kereta, saya dan suami pula tidur di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi.
Bergelar ibu tunggal selama 11 tahun, dia kemudiannya berkahwin pada 9 februari lalu dengan seorang mekanik berusia 38 tahun dengan pendapatan tidak tetap.
Ads
“Bengkel tempat kerja suami ditutup sementara sebab kes Covid-19. Jadi, kami jual tisu.
“Kadang-kadang kami sampai ke R&R Sungai Buloh di Selangor sebab lebih ‘laku’ di sana. Kami pergi ke kereta-kereta, minta tolong mereka beli tisu sebab nak isi minyak dan top up duit tol,” ujarnya yang berasal dari Permatang Pauh di Seberang Prai Tengah.
Penerima zakat sebanyak RM400 sebulan daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) itu perlu berusaha lebih untuk membesarkan tiga anak lelakinya berusia 16, 13 dan 11 tahun, dengan dua daripadanya merupakan orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran.
Hafifa berkata, dia sebelum ini berniaga gerai menjual air balang dan buah potong, namun bisnesnya terjejas ekoran pandemik Covid-19.
“Sejak pertengahan tahun lalu, saya mula jadi runner hantar makanan dan barang-barang. Tapi tak banyak dapat kerana bayaran ikut sedekah pelanggan.
Kadang-kadang kami sampai ke R&R Sungai Buloh di Selangor sebab lebih ‘laku’ di sana. Kami pergi ke kereta-kereta, minta tolong mereka beli tisu sebab nak isi minyak dan top up duit tol.
“Kadang-kadang ada upah, kadang-kadang tak ada job runner. Saya jadi runner pun guna kereta Proton Wira dipinjam daripada abang ipar.
Ads
“Pernah sekali enjin kereta rosak. Saya terpaksa guna duit zakat dan jualan tisu untuk baiki kereta,” katanya sambil menambah ketiga-tiga anaknya tidak bersekolah sejak mereka keluar dari rumah sewa.
Beberapa pihak tampil memberi bantuan, susulan video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok pada Jumaat malam, meraih lebih 1.4 juta tontonan.
Salah seorang daripada mereka adalah pemilik butik, Nazuha M Ariffin, 31, yang menemui Hafifa di R&R Bagan Ajam di Butterworth, Pulau Pinang pada Sabtu lalu, sebelum membawa keluarga itu membeli barang keperluan.
Hafifa berkata, seorang lagi turut membantu dari segi bayaran tunggakan rumah sewa sekali gus membolehkan dia bersama keluarga kembali tinggal di rumah berkenaan.
“Alhamdulillah ada yang baik hati. Sekarang ni kami dah tak jual tisu cuma pergi cari kotak dan tin buruk untuk jual di kedai besi buruk.
Ads
“Sekarang ni saya, suami dan anak sulung yang ke sana ke sini cari kotak dan tin buruk untuk dijual. Alhamdulillah, dua lagi anak dah masuk ke sekolah tahfiz atas bantuan seorang ustaz.
“Saya nak berniaga balik tapi tak ada modal. Teringin nak berniaga air balang dan buah potong macam dulu, dan mungkin juga jual nasi tomato. Harap dipermudahkan,” katanya lagi.
Awal bulan semuanya seronok. Senyum pun sampai ke telinga! Cuba pertengahan atau hujung bulan, semuanya gelisah. Nak keluar ke kedai pun tak mahu. Duduk di rumah, selamat wang!
Sebenarnya jika gaji sedikit pun masih mampu untuk hidup selesa tanpa hutang. Cuma kena tahu cara menguruskan perbelanjaan harian dan komitmen bulanan dengan bijak.
Jika salah caranya memang tak cukup duit gaji setiap bulan. Banyak macam mana pun dapat, jika salah pengurusan memang ‘kelaut dalam’ tak mampu nak simpan wang sampai bila-bila!
Ikuti nasihat perunding kewangan, Azizul Azli Ahmad berkongsi cara betul untuk pengurusan kewangan yang betul, baru elak cepat habis!
Pelukisteri dua minit sehari dikatakan rahsia untuk kaum lelaki panjang umur. Tak perlu stres-stres. Sebabnya pelukan itu akan meredakan tekanan. Kajian menunjukkan pelukan ini akan mengeluarkan hormon gembira.
Suami janganlah lokek pelukan, sebabnya bila isteri gembira anda pun bahagia. Kalau boleh mulakan sedikit demi sedikit. Memanglah mula-mula agak kekok namun lama kelamaan bila sudah jadi kebiasaan tentu rasa tak sempurna hari bila tidak peluk isteri. Cubalah!
LAKUKAN INI SEMASA MEMELUK ISTERI:
1. Ungkapkan Sayang Di Bibir
Bukan kena keluar duit pun nak kata ‘I Love You’, ‘Saya Sayang Awak’ atau ‘Terima Kasih Sayang’. Cuma modal air liur saja. Kalau semudah itu pun tak boleh buat, macam mana isteri nak memberi kebahagiaan pada keluarga?
2. Gurau Senda
Kalau masa bercinta boleh saja beri ayat-ayat power, bila dah jadi yang sah haruslah lebih hebat ayat powernya ya tak? Jangan ayat ke lain sudah!
3. Pujuk Memujuk
Kadang kala suami tak sedar yang kata-katanya menyakitkan hati isteri. Walaupun isteri tak kata, tapi tak salah minta maaf dan berikan pujukan manja. Isteri akan lebih menghargai nanti.
4. Peluk Cium Tak Salahkan
Biarpun usia perkahwinan dah sampai ke fasa ke matang, jangan malu nak peluk isteri. Sebabnya orang perempuan ini, makin berusia makin sensitif jiwanya. Lagilah bila dia dah faham perangai suaminya macam mana, dia takkan meluah sangat pun ke tak puasan hatinya. Pelukan suami selalunya jadi ubat/penawar hatinya yang hiba itu. Tak perlu lama… seminit dua pun dah memadai.
Empat saranan ini mampu memberikan manfaat yang untuk hubungan suami isteri. Tak lama manapun, dua minit saja!
Sumber: via Mingguan Wanita
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Keadaan rumah yang bersih dan kemas memainkan peranan utama dalam membangkitkan suasana atau mood yang lebih positif.
Biarpun mempunyai anak yang ramai, ia bukan penghalang untuk memastikan rumah sentiasa kemas dan bersih.
Perkongsian keliarga besar ini yang memilik tujuh orang puteri telah menarik perhatian warganet.
Cara susunan yang ringkas memberi aura tersendiri.
Semua pakat share deco rayaka. Kami statik jer cam ni dah 3 tahun. Tunggu anak tujuh besar dulu baru kita ubah. Selagi tak besar ini jerlah deconya.
RUANG TAMU KEMAS DAN RINGKAS
KAWASAN DAPUR TEMA HIJAU
Kawasan Dapur rumah bukan sahaja akan lebih selesa dan sedap mata memandang apabila keadaannya bersih, namun susun atur peralatan atau barangan memainkan peranan yang penting yang mampu memberi impak pandangan yang menyegarkan mata.
RUANG SANTAI DAN MAKAN BERSAMA KELUARGA
KAMAR TIDUR ANAK-ANAK
Memilih patchwork cotton menjadikan kamar anak-anak nampak kemas dan rapi.
Konsep dormitory sesuai untuk anak yang ramai.
TANDAS
DEKORASI RINGKAS
Ruang ini dibiarkan kosong tanpa banyak perabot. Jelas memudahkan pemilik mengemas rumah dengan mudah. Malah menjadikan ruang ini seakan ruang santai buat keluarga.
Semoga menjadi inspirasi buat keluarga yang memiliki anak yang ramai.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.