Cuaca yang tidak menentu ditambah pula dengan masalah pandemik, pasti ibu bapa cukup bimbang anak-anak jatuh sakit. Lebih-lebih lagi jika demam tiba-tiba.
Jadi untuk ibu-ibu yang nak turunlan suhu panas demam anak-anak boleh cuba petua yang dikongsikan ini. Cukup mudah dan cepat je. Tapi jika suhu badan panas dan demam tak kebah-kebah sebaiknya terus ke klinik untuk dapatkan rawatan!
PETUA TURUNKAN PANAS DEMAM
Sekarang kami anak beranak ada dekat Negeri Sembilan. Dah 4 hari duk kat tempat orang. Ditakdirkan pagi semalam yang si kecik tetiba badan suam² panas. Tengah hari tu dah betul² panas.
Biasanya kalau travel saya tak pernah lupa bawa stok ubat timbang kilo saya ni. Tah macam mana boleh lupa pulak kali ni. Nasib baik jumpa Mydin kat sini. Terus beli sepaket biji semangkok ni.
.
Bila anak² demam, inilah remedi wajib untuk anak² saya. Selain minum air kelapa, minum air biji kembang semangkok juga sangat bagus untuk menurunkan panas badan terutama ketika demam panas.
Caranya ambil 3 biji buah kembang semangkuk dan direndam dalam air suam sehingga kembang. Rendaman ini akan menghasilkan air berwarna coklat jernih. Kemudian, rendaman tadi ditapis dan terus boleh diminum. Boleh juga ditambah sedikit gula organik. Dengan izin Allah, 1jam selepas minum, serta merta suhu panas makin menurun. Inilah yang saya selalu perhatikan. Alhamdulillah, sekali minum je panas badan dah hilang. Hari ni dah sihat walafiat.
Selain itu, jangan lupa jerlum kepala dan badan anak dengan air yang dicampur perahan lemon atau limau. Tak kisah samada limau nipis atau kasturi. Semua boleh.
.
Jaga pemakanan anak, jangan bagi minum sebarang air berperisa, air kotak, air bergas. Jangan bagi makan makanan merapu, makanan proses macam roti, biskut, kuih dan sebagainya.
Banyakkan makan buah. Makan nasi yang berkuah atau sup tanpa MSG. Lagi bagus kalau ada broth. Ini lah cara saya selama hampir 2 tahun tak beli ubat demam untuk anak².
Nak cepat sembuh sebagai ibu bapa kita yang perlu bertegas. Kita dah berikhtiar, hanya Allah yang boleh menyembuhkan atau tidak.
Harga pun murah. Tak padan dengan khasiat yang sangat bagus. Rugi kalau tak manfaatkan.
.
*peringatan. Sekiranya demam anak tak kebah² dan panas tak turun² lebih sehari, sila dapatkan rawatan dari doktor ye. Jangan tunggu lama².
Kredit : sumaiyah abdullah via mahn
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club