Anak Takut Pada Ibu Ayah Bukan Penyelesaiannya, Jadi ‘Parut’ Hilang Segala Bonding!

Share

Didik ini sebenarnya bukan mudah. Pelbagai ilmu keibubapaan yang kena tahu termasuk bagaimana mengendalikan anak mendengar kata pada masa yang sama tetap ada bonding.

Biarpun ada yang kata, ‘guna kekerasan’ atau ‘bersikap garang’ kepada anak, namun secara tersiratnya ia umpama makan diri sendiri.

Anak takut pada kita bukan penyelesaiannya. Ia menjadi ‘parut’ hingga membuatkan hubungan anak menjadi tidak mesra dan menjauh dengan ibu bapa.

Begitulah yang cuba disampaikan oleh saudara Taufiq Razif menerusi perkongsiannya terbarunya. 

Katanya dia bersyukur sempat berubah sikap dalam mendidik anak-anak sebelum terlambat.

Ikuti perkongsiannya. Moga menjadi kita muhasabah diri.

Saya pun dulu sangat garang sampai anak anak takut dengan saya.

Memang kalau saya ada, anak anak jadi diam dan tak berani bersuara. Hanya dengan jelingan mata maka senyap habis satu rumah. Memang boleh rasa anak takut dengan saya walaupun mereka belum mampu berkata kata.

Tetapi bila fikir balik siapa yang rugi kalau saya jadi bapa yang ditakuti anak anak sendiri?

Bila anak kita sendiri tak berani bercakap dengan kita, agak agak nanti mereka akan bercakap dengan siapa?

Mereka akan cari orang di luar sana untuk bercakap, bersembang dan meluah rasa. Akhirnya ‘bonding’ mereka dengan orang di luar sana yang kita pun tak tahu siapa akan mengalahkan ‘bonding’ kita dengan anak anak kita.

Ubah sikap

Akhirnya siapa yang rugi? Saya juga yang rugi. Jadi saya ubah, daripada gaya parenting Authoritarian yang banyakkan gunakan kekerasan, hukuman dan ketakutan kepada gaya parenting Authoritative iaitu lebih banyak mendengar, tidak terlalu cepat menghukum dan tidak terlalu mengawal anak secara keterlaluan.

Dan subhanallah anak jadi lebih behave bila saya ubah cara dan gaya parenting saya. Anak yang suka mengamuk jadi lebih terkawal, anak yang suka menangis jadi lebih tenang, anak yang suka buat hal jadi lebih kurang perangai.

Rupanya selama ini mereka memerlukan ibubapa untuk mereka hormati, bukannya ibubapa untuk mereka takuti.

Syukur sempat berubah sebelum terlambat

Sumber: Taufiq Razif